Komuniti Kejiranan

Assalamualaikum. Aku ada pengalaman duduk dalam komuniti yang baru nak dibina.

Bila bangunan baru siap, pelbagai perkara perlu dibincangkan termasuk soal keselamatan, kesejahteraan dan keselesaan bersama.

Satu perbezaan bila duduk dalam komuniti B40, sebenarnya ramai yang membantu memerah idea, mencari solusi, mencurahkan tenaga.

Tolak tepi lah pasti ada rasa tak puas hati, menyindir, dan pasti berlaku pergeseran antara sesama jiran tetangga.

Apa aku nak kata, mereka lebih proaktif. Mengambil langkah segera sebelum terjadinya sesuatu perkara.

Manakala bila duduk dalam komuniti T20, ramai yang suka diam dan tak ambil kisah soal kejiranan. Mungkin sibuk bekerja, mungkin duit banyak tak perlu nak risau apa.

Perbalahan sesama jiran tetangga berlaku juga cuma lebih professional dan sangat jarang. Kebanyakannya buat hal sendiri-sendiri.

Jadi soal hal keselamatan dan kesejahteraan kawasan kejiranan ini biasanya tuan rumah yang intermediate lah beriya fikir, rumah end dan corner lot harga berjuta tu macam bos-bos lagaknya tidak mahu take part.

Bukan saja kejiranan, aku ambil contoh keluarga aku sendiri. Yang kaya tu balik kampung jadi bos, hulur duit lepas tu lepas tangan dan goyang kaki.

Yang tak berapa kaya dan tak berapa miskin ni, duit dihulur walau tak sebanyak si kaya, tenaga juga dihulur sama.

Yang miskin, duit confirm tak hulur, tenaga sajalah diberi dan juga telinga terpaksa ditadah segala sindiran.

Memangnya begini lah lumrah hidup.

Zaman dulu kenapa aku rasa hidup di kampung lebih meriah, lebih mempunyai “ruh”.

Kalau seseorang dapat pergi haji atau umrah, dapat pergi universiti, satu kampung menghantar. Kalau ada kematian, satu kampung ziarah.

Sekarang bila duduk di rumah batu, bila kematian hanya 1-2 saff solat jenazah di kawasan kejiranan. Kalau kenduri, hanya orang tertentu diajak.

Sudahlah tak mengajak, menegur sapa pun tidak. Adakah kekayaaan material menjarakkan kita daripada rasa insaniah?

Cuba perhatikan, andai berlaku kemalangan di jalan raya, siapakah yang membantu? Owner alphard, vellfire ke atau owner proton cabuk dan motor cabuk?

Seringkali yang menghulur bantuan adalah orang yang tidak kecukupan material di mata kita.

Ya Allah letakkan dunia di tanganku, bukan di hatiku. Andai kekayaan ini mendekatkan diriku kepadaMu, mudahkanlah, peliharalah diriku dunia dan akhirat.

Andai kekayaan ini hanya menjauhkan diriku kepadaMu dan mencampakkan diriku kepada kebinasaan, jauhkanlah.

Ya Allah kurniakanlah setiap kebaikan untuk dunia DAN akhirat. Serta jauhkanlah kami dari api neraka.

– Zana Arina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *