Hi semua. Aku cuma nak luahkan since aku takde tempat nak luahkan..

Aku baru berkahwin setahun jagung, aku dan suami sebelum ni pernah PJJ, dan aku pernah mengandung lepas 7 bulan kahwin tapi rezeki tidak menyebelahi aku. Kemudian lepas 8 bulan, aku pindah duduk dengan suami di negeri dia.

Jujur cakap i was not mentally ready untuk perkahwinan ni.

Nak dijadikan cerita, mula dari 1st day aku menikah aku dah rasa macam aku tak boleh survive dalam perkahwinan ni.

Sebenarnya timbul konflik dari sebelum aku kahwin lagi, waktu bertunang aku memang nekad nak putus sebab aku tak nampak usaha dia untuk aku.

Dari segi duit dia ada usaha tapi dari segi masa, kalau ada masa terluang, dia lebih selesa sorang2 atau lepak dengan kawan kawan dia.

Hampir seminggu waktu tunang tu dia palau aku. Bila aku dah desak2 tanya dia cerita yang dia ada masalah dekat tempat kerja. Kalau 3 hari aku boleh terima tapi sampai seminggu?

Aku memang betul2 nekad sampai aku terpaksa luahkan dekat mak aku untuk take over bercakap dengan tunang aku.

Tunang aku (kini dah jadi suami) dia bekerja dalam sektor retail. Jadinya cuti dia memang tak sama langsung dengan aku. Aku kerja office hour, cuti sabtu ahad.

Aku nekad nak putus masa tu sebab dia memang tak spare masa langsung dengan aku,

Dan segala urusan nak kahwin kebanyakan aku yang settle sendiri, aku minta dia untuk spare masa teman aku pilih baju nikah, baju sanding, pelamin semua, even pjj benda boleh je video call. Tapi tidaklah untuk dia.

Waktu aku nekad tu, mak aku ada call dia direct mak aku tanya, “lepas kahwin nanti kalau dia duduk dengan kamu, kamu nak buat dia macam sekarang?”

Dia jawab dengan yakin dia akan cari kerja lain yang membolehkan cuti sama dengan aku supaya dapat teman akku.

Tetapi, selepas setahun lebih kahwin, kata katanya cuma dalam mimpi. Dah berapa kali aku sorang2 di tempat orang, malam pun ada time aku tidur seorang, weekend pun banyak masa seorang.

Kalau diajak dia pergi dating atau kemana2, dia akan bagi alasan “ramai orang weekend, takde duit la, nak rehat la” jujur cakap kitorang tak pernah lagi pergi dating berdua selain daripada makan. Itu sahaja, kalau nak create memory dengan dating? Jauh sekali.

Setiap kali aku ajak keluar berdua mesti dia sibuk nak update dekat kawan dia, mak dia, sepupu dia. Like takde privacy langsung????

Kerja kat rumah susah nak nampak dia tolong. Kalau rumah tu sepah, sepah je tapi dia akan marah aku kenapa tak kemas rumah? Kenapa tak masak? Ada time aku nak rehat dari masak dan kemas. Kita hidup rumahtangga kena give and take.

Dia memang suka duduk rumah, tapi dia akan duduk rumah tak buat apa apa melainkan main game dan tengok netflix sorang2.

Kadang kadang aku rasa kenapa aku pilih dia untuk jadikan suami? Banyak lagi benda aku nak cerita. Tapi makin diluahkan makin rasa hati macam disiat-siat.

Ada pernah sekali dia terlampau busy dengan life dan kerja dia sampai aku rasa sangat terabai, aku beli tiket bas aku balik rumah mak aku. Sebab kalau aku ada dengan dia pun, aku tak dapat rasa “keberadaan” dia. Aku tak nampak usaha dia sungguh sungguh untuk aku.

To be honest, kami bersama pun paling2, sebulan 2-3 kali. Is it okay untuk orang yang dah berkahwin?

Aku pernah cuba beli baju seksi dan cuba nak goda dia tapi ikut nasib, kadang2 dia on kadang2 dia buat taktahu sebab dia sibuk dengan game atau any live tournament.

Aku paling teringat waktu anniversary kami, aku dah siap baju seksi untuk dia tapi malam tu juga ada one championship live, dia bersama dengan aku sekejap lepas tu takde pillow talk atau apa terus sambung tengok phone.

Actually pillow talk lepas bersama pun tak pernah.

Mungkin, ada sebab kenapa Allah tarik balik rezeki anak kami dulu. Ada hikmah.

– Zehra (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Sebenarnya dia bkn jodoh yg sepadan atau serasi dgn awk tp nk buat cmne dah terkahwin kan.

    Dan nampaknya dia juga tak sepenuh hati syg dan cinta..terbukti dia tak luang masa dgn awk..alasan demi alasan sebab dia x cinta pun

    Kesian awk cuma melukut tepi gantang…

  2. selagi belum ada anak ni, bolehla awak consider untuk berpisah. awak masih muda, cari kebahagiaan awak. seumur hidup tu terlalu lama dik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *