Konflik Diri & Bagaimana Nak Rendahkan Ego?

Assalamualaikum & salam sejahtera para pembaca sekalian.. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Perkenalkan diri aku, Nama aku Melur (Bukan nama sebenar ) berusia 20an dah masih belum berkahwin. Sedang bekerja & masih tinggal bersama keluarga aku. Ok cukup intro aku disini..

Tujuan aku confess disini dengan harapan aku nak minta pendapat pembaca yang budiman. Pendapat berkaitan diri aku, masalah diri aku yang aku sendiri buntu nak selesaikannya.

Ya betul kita ada sejadah untuk bersujud. Tapi kadang2 kita perlu meluahkan dan bertanya pendapat juga.. Mungkin ada pendapat yang bole membuka mata hati aku ni.

Dah lama sebenarnya aku nak luah, so harini aku decide nak cerita disini sebab ada kejadian yang berlaku semalam.

Ok mari mulakan.. kisah aku berkaitan konflik diri dan keluarga. Aku datang dari keluarga yang biasa, sederhana saja.. Tapi dalam keluarga macam ada satu lopong yang susah aku nak describe.

Orang luar akan nampak kami keluarga yang bahagia.. aku akui ya kami bahagia tapi inner side keluarga kami tak ada orang yang tahu..

Dalam keluarga papa aku dominant, suka membebel berbanding Mommy aku.. ada certain perangai papa yang kami memang tak suka.. tambah2 Mommy.

Jadi kadang2 mommy akan cerita keburukan which is benda yang mommy tak suka tu dekat anak2. Jadi aku lah yang selalu dengar masalah tu. Benda ni sikit sebanyak menggangu emosi aku, emosi & tanggapan negatif aku dekat papa.

Senang cita bila kita selalu disuapkan dengan perkara2 yang negatif kita akan auto jadi negatif. Bila dah diri kita negatif, banyak la keburukan dari kebaikan.. muka pun tak ceria, tak happy banyak kepuraan (aku susah nak describe perasaan aku ni).

Aku pernah dengar ceramah seorang ustaz ni, bila hati isteri tak bahagia, satu keluarga tu tak bahagia.. betul kadang tu aku rasa. Tak nafikan sikap papa aku memang banyak menguji kami. Kadang2 kitaorang sebagai anak hilang rasa hormat dekat papa.

Para pembaca sekalian.. aku tak nak menjadi anak derhaka, cara apa lagi aku nak buat supaya aku bersabar dengan sikap keduanya ?

Cerita seterusnya, masalah aku dengan adik aku.. aku rasa aku ada masalah hati dengan adik aku sorang ni..

Adik aku perempuan beza umur kami kurang 5 tahun, karakter adik aku… bercakap kasar, kadang2 pitching suara dia bole buat aku terasa, cara dia macam tak hormat aku.

Aku rasa aku dan dia tak sehaluan, tak sependapat… Kami pernah bergaduh, bergaduh mulut.. sebelum ni.. tapi sekarang aku banyak diam untuk mengelakkan terasa hati dan sebagainya..

bila aku banyak diam untuk jaga hati aku sendiri , Mommy aku pulak cakap aku ni action, tak nak bercakap dengan adik beradik. Kalau dah kahwin nanti aku terus tak contact la agaknya kot dengan adik beradik termasuk mommy, kata mommy dekat aku.

Sejujurnya aku sedih bila mommy kata aku action like berlagak la kan. Aku cuma nk jaga hati aku, atau aku ke yang bersalah dalam hal ni sebab terlalu sensitif ?? Aku akui satu perkara dalam diri aku ni, aku EGO…

Karakter aku, aku mudah terasa, aku jenis pendam dan diam, kalau aku tak suka dengan perangai someone aku memang akan ignore dia, so aku pilih jalan diam.. buat hal sendiri..

Tapi deep inside aku tak happy pun dengan cara aku ni.. aku nak sangat jadi kakak yang baik, yang mesra dengan adik dia.. tapi culture aku dari mula dah memang macam ni.

Aku jarang bercerita hal peribadi dengan adik aku, sebabnya kami tak sehaluan untuk berbincang isu2 macam ni..

Aku lebih selesa untuk bercerita dengan kakak aku. Ya aku ada 2 orang kakak atas aku.. aku dengan kakak aku boleh get along, tapi dengan adik aku tak sama. Kakak aku dah punya kehidupan berkeluarga, jadi masa aku dengan dia terhad.

Cuma tinggal aku dan adik aku saja di rumah dengan papa mommy. So aku banyak la diam dari meluah atau bercerita dengan adik aku.

Sebab level keselesaan tu tak sama. Ada sikap adik yang aku tak suka, jadi aku susah nk rapat dengan dia.

Aku nak ubah diri aku, tapi aku tak tahu nak mula dari mana dan macam mana nk rendahkan ego aku.. apa perlu buat ?? dan kalau adik aku sikap dia masih sama macam mana aku nk overcome benda ni ?? Aku buntu tersangat buntu.. aku nak berubah.

Aku ni introvert person, dengan kawan kerja pun aku tak get along sangat just sembang2 begitu saja, ada sebab aku tak nak terlalu rapat sehinggkan cerita pasal family dan sebagainya.

So, cerita dia memang aku tak banyak cakap lah bila dengan orang yang aku tak rapat sangat. Termasuk la adik aku kot kategori yang tak rapat tu.

Pagi ni aku bangun dengan ayat mommy semalam, kalau kita Ego bila susah nanti tak ada siapa nak tolong.. dan mommy juga pernah kata, kami ni adik beradik yang tak bersatu hati.

Aku sedih tau aku banyak juga muhasabah diri aku ni..

Aku terima nasihat mommy selapangnya dan aku selalu berdoa semoga Allah buka pintu hati aku ni untuk selalu berbaik sangka dan buat baik dengan semua orang.. sebab hati aku tak tenang, aku rasa seolah ada perkara yang aku tak settle lagi..

Para pembaca sekalian, cerita aku ni hanya 10% dari kisah kehidupan aku… Aku Cuma nak minta pendapat korang tentang diri aku dan bagi aku suggestion untuk aku berubah, dari mana aku nak mula ?

Macam mana aku nk overcome rasa nak marah, sakit hati dan selalu berbaik sangka, buat baik dengan semua orang, macam mana nk didik hati aku ni supaya tak terlalu sensitif dengan kata gurauan adik aku dan dari keluarga aku sendiri.

Terima kasih membaca luahan hati aku.. aku sangat hargai, semoga Allah merahmati kalian semua.

Doakan kebahagiaan Melur ye.

– Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *