Konflik Keluarga

Assalamualaikum. Korang bleh panggil aku ed. Umur aku sekarang 20 tahun.
So takyah buang masa, aku straight ja open story aku.

Aku ni tinggal kt kampong, budak kampong la katakan. Waktu aku kecik dulu aku sorang ja anak lelaki dalam family aku. Aku ada sorang kakak and sorang adik perempuan. Kebetulan pula kawasan kampong aku masa tu ramai pulak geng2 budak perempuan yang duduk area tu, so mostly aku spend time ngn bebudak pompuan tu ja lah ( aku bukan sotong okay) . Tapi tu takda kena mengena pon ngn story, apa yg aku nk cakap sebenarnya aku ada sorang cousin ni nama dia Lia. Lia ni sama umur ngn aku and rumah dia sebelah rumah aku ja. Kitorang rapat gila lah mmg tiap2 hari kitorang slalu jumpa, main sama2.

Rumah tok aku pulak tak jauh dari rumah kitorang, so kadang2 Lia dan aku akan tidur sama2 dekat rumah tok aku (kitorang kecik lagi okay masa tu). Ada satu hari tu, masa lia datang tidur rumah tok aku, tok aku bagi bantal yang baru dekat Lia. So aku pun jealous lah, kitorang pun gaduh main cubit2 sambil lawan kata panggil nama bapak. (dulu2 kan mmg gitu cara gadoh). Tapi everytime kitorang gaduh, mesti tak lama lepastu akan baik balik. Bestfriend mana boleh gaduh lama2. X best arr. Hehehe. Btw family aku rapat dengn seorang mak saudara aku ni. Dia tinggal dengan tok aku. Mak saudara aku ni kerja tukang jahit . aku sayang gila dekat dia. Tiap2 hari khamis, dia selalu bawak aku dngn kakak aku pergi satu pekan. Budak2 mcm aku mestilah selalu nak beli mainan kan. Mak saudara aku pun ikut ja apa yg kitorang nak.

Ada satu hari tu, mak saudara aku bawak aku naik motor. Boleh pulak aku tertidur atas motor tu sampaikan selipar aku terjatuh atas jalanraya. Mak saudara aku tak sedar pun sampailah ada 1 pakcik ni hon kereta dia bagitau yg aku tertidur. Nasiblah waktu tu selipar ja jatuh. Kalau aku yg jatuh? Hahahaha. Tapi tu lah kenangan yg aku ingt smpai sekarang ni.

Disebabkan makbapak aku masing2 bekerja, so kadang2 diorang takda masa untuk aku dngn kakak aku. So mak saudara aku dngn tok aku lah yg akan jaga kitorang. Mak saudara aku suka masak macam2 bagi kitorang makan. Tok aku garang sikit, so kalau2 ada apa2 kitorang ngadu kt mak saudara kitorang tu je lah. Pastu kalau mak saudara aku menjahit sampai tngah malam, dia akan ambik selimut dan gantung buat langsir untuk tutup cahaya lampu bagi kitorang senang tidur. (tempat menjahit sama dngn tmpat tidur masa tu) . Tiap kali mak saudara aku buat mcm tu, aku dngn kakak aku akan main lah. Ala2 wayang kulit gitu. Best gilee time tu!.

Pastu kadang2 waktu mak saudara aku tak menjahit, aku dengan kakak aku akan main berlakon2 jadikan mesin jahit mak saudara aku tu jadi machine tmpat cashier tu. Barang jahit dia kitorang jadikan barang jual beli. Tok aku selalu marah kitorang kalau dia Nampak kitorang main macam tu, maklomlah bersepah habis kitorang kerjakan.

Okay, back to lia dngn aku. Hari saban hari, kitorang pun dah makin besar. Daripada umur berapa tahun smpailah kitorang masuk darjah 4. Btw aku dan Lia sekolah tak sama.

Sebenarnya family Lia, dan family tok aku ada problem sikit. Bapak lia tu abang bapak aku. Aku pon x sure sangat sbb masa tu budak2 lagi, tapi yg aku pasti bapak lia yang aku panggil Pakngah memang tak kamcing ngn family kitorang. Bukan takat family kitorang je, tapi anak2 tok yg lain jugak. Kes ni berpunca oleh bini Pakngah aku tu lah. Dia selalu hasut macam2 kt Pakngah smpaikan pakngah aku lebihkan bini dia drpd darah daging dia sendiri. Ada lah haritu pernah jadi pertengkaran antara Pakngah dengan adik2 dia (termasuk bapak aku lah). Bertengkar sbb apa tu biarlah rahsia. Kesian gila aku tngok tok aku. Yalah sapa tak sedih bila anak2 kau gaduh depan mata kau. Menangis tok aku masa tu. Yg bestnya setiap kali berlaku pertengkaran, bini pakngah aku tu pandai. Dia akan stay ja dalam rumah takkan keluar and masuk campor apa2 pon. So bila org luar tngok, bini pakngah aku tu mmg seems innocent la. Padahal sbb dia lah family tok aku bergaduh sesame sendiri. Pastu, kekadang bila pakngah aku takda kt rumah, bini dia mmg sengaja cari pasal. Dia suka hempas pintu kuat2 bila Nampak ja muka tok aku ngn anak2 tok aku. Bila laki dia balik, terus jadi baik gila smpaikan pijak semut pon semut tu boleh tolak balik kaki dia aku rasa.

Ada lagi satu kejadian waktu tu hari raya, pakngah datang rumah tok aku. Masa tu aku rasa tak sedap hati dah. Mmg instinct aku tepat. Berlaku lagi pertengkaran. Kami yang geng budak2 ni mmg kena halau pergi dapur la. Yalah hal org dewasa kan. Pakngah aku ni banyak kali dh cuba halau bapak aku keluar dari situ. Aku x sure sbbnya maybe sbb bapak aku punya rumah atas tanah tok aku kot. Tapi masalahnya, rumah pakngah aku pun atas tanah tok aku jugak. emmmm.

Kes gaduh ni berlanjutan lama jugak lah sampailah masa tu aku darjah 4, jadi lagi pertengkaran. Masa tu pakngah gaduh dengan bapak aku. Bapak aku pulak mmg jenis panas baran jugak so nasib baiklah ada mak aku dengan adik beradik bapak aku yg lain masa tu. Pakngah datang serang rumah aku sambil gaduh2 dngan bapak aku. Mak aku dah nangis dah masa tu. Kebetulan mak saudara aku yg tinggal dengan tok aku ada masa tu so dia terus melulu datang rumah aku lah (rumah kitorang mmg dekat2). So benda jadi riuh rendah lah dengan org lalu lalang naik motor. Malu xyah cakap lah. Aku yg budak lagi masa tu pun rasa malu ni kan pulak makbapak aku yg dh dewasa time tu. Jatuh air muka diorang wei.

Masa gaduh tu, Pakngah aku ada sumpah mak saudara aku tu. “biar kau sampai mati tak kahwen!”. Mak saudara aku masa tu dah nak masuk 40 tapi bujang lagi. Masa berlaku pertengkaran, kecoh sampaikan Pakngah aku tu tendang mak saudara aku dekat perut dia. Ya Allah kesian mak saudara aku.
Sejak tu, mak saudara aku selalu mengadu yg perut dia sakit. Sebelum2 ni ada sakit jugak tpi tak seteruk lepas kena tendang tu. So family kitorang bawak dia gi hospital. Doktor sahkan yg mak saudara aku ni ada apendiks. Dah pecah dah pun. So dia kena admit untuk operation lah.

Lepas rawatan, dia dh start okay dah. So kakak dia (maklong aku) dah prepare katil kt rumah, untuk jaga dia waktu dia keluar nnti.
Tapi tu lah, kita merancang tpi Allah yg menentukan. Pada 4/9/2007, mak saudara aku menghembuskan nafas terakhir dia dekat hospital. Memang betul apa yang Pakngah aku kata. Memang ajal dulu yg jemput mak saudara aku. Siapa sangka, kitorang dh ready dh untuk mak saudara aku keluar hospital tapi tiba2 ja dia pergi tinggalkan kami buat selama-lamanya. Aku yg masa tu tngah tidur (masa tu tengah malam) , mak aku kejut aku bagitau berita tu smbil nangis2. Lepas ja dpat tau, aku still blur2 lagi. Tpi bila smpai ja hospital, tngok makcik aku yang lain menangis2 , terus aku sedar apa yg jadi. Mmg nangis la tunggu apa lgi. Org yang kau sayang, yg besarkan kau dri kecik pergi mcm tu ja. Sapa tak sedih?

Tapi yang paling aku kesian masa tu, kakak aku lah. Kakak aku lah yg paling rapat dngn mak saudara aku. Masa tu pulak dia tngah nk UPSR tau. Mesti down gila. Masa malam bawak balik mak saudara aku kt rumah, kitorang semua sama2 naik van jenazah yang bawak mak saudara aku tu balik rumah tok aku. Ya Allah, sedih dia hanya Allah yg tahu. Tapi sesedih kami, aku tak dapat bayang kesedihan tok aku. Anak yg duduk dengan dia dan yg jaga dia sementara anak2 yg lain bawak haluan masing2 ada rumah sendiri, pergi tinggalkan dia. Kesian tok aku.

Masa majlis tahlil mak saudara aku, sepupu aku yg dah bertolak balik rumah dia terus cari ticket flight nak balik kampong bila dpat tau berita tu. Family kitorang kecik2 ja, so semua cousin jdi rapat sngat. Ah kebetulan pulak masa tu pulak musim raya. Adik bradik semua berkumpul la. Tak sangka pulak pertemuan kami semua kali ni dngn hati yg berat dan sayu. Btw family pakngah aku ada dtg masa majlis tahlil tu, yg aku perasan ada anak pakngah aku, kak mia aku panggil dia. Kak mia ni anak kedua pakngah aku, kakak kpd lia. Antara anak2 pakngah aku, kak mia lah yg paling baik dan paling rapat dngn arwah mak saudara aku. Aku ingt lagi masa tu aku Nampak kak mia duduk bersandar dekat tepi dinding sorang2 dia, aku tak Nampak pulak pakngah, bini dia, lia atau sesapa yg lain. aku nmpak kak mia sorang ja smbil duduk diam kt situ.

Tak sangka pulak tu lah kali terakhir aku jumpa kak mia. Tak lama lepas kejadian tu hubungan family kitorang bertambah renggang. Family Pakngah pun dh berpindah dri situ. Sebelum diorang berpindah, beberapa hari sebelumnya tu, aku dan lia dah tak dpat jumpak mcm selalu. Sebenarnya sejak kejadian tu, lia dh jarang keluar rumah. Jarang cari aku. Jarang dah aku jumpa dia. Kalau jumpa pon, kitorang Cuma sempat buat eye contact kejap kemudian ignore sesame sendiri. AKu tau lia pon sedih bila hubungan kitorang jdi mcm ni. Tapi tulah konflik keluarga yg mencetuskan segala-galanya. Sedih. Sedih sangat.

Lepas ja diorang pindah, aku dh tak jumpak dah lia. Dah tak jumpak dah kak mia. Aku cuba lupakan diorang dari hidup aku. Aku cuba move on dari kisah lalu. Tapi aku sedar yg tok aku yg terpaksa mengharungi semua ni. Tok aku hilang 2 org anak dlam sekelip mata. Kesedihan tok aku masa , kalau korang tngok muka, korang pun rasa nk nangis. Mmg dia tak tunjuk dia sedih tapi aku tau dri lubuk hati dia. Dia pendam rindu dia dkat anak2 dia.

Beberapa tahun berlalu, smpailah aku form 4 masa tu. Tiba2 aku nmpak kereta yg familiar masuk area rumah tok aku. Ya. Pakngah aku balik. Kali ni, bukan untuk cari gaduh ke apa. Tapi dia balik untuk jumpak tok aku dan mintak maaf dengan tok aku. Bini dia pun ada sekali.
Lihat riak wajah tok, hati ibu mana tak gembira bila anak dia dh balik ke pangkuan dia. Sejahat-jahat mana pun anak tu, tu ttp anak dia. Anak yg dia kandung selama 9 bulan. Anak yg dia susah payah lahirkan. Anak yg dia susah payah besarkan. Mungkin bapak aku dan anak2 tok aku yg lain masih susah nak terima balik pakcik aku dan bini dia atas apa yg diorang buat tapi suatu hari mungkin Allah akan buka hati diorang untuk berbaik balik bak kata pepatah “air yg dicincang tak akan putus”.

Sometimes, diorang akan jenguk tok aku dan ada satu kali tu lia pun ikut. Setelah 5 tahun, kitorang tak jumpak, akhirnya aku dpat jugak tngok lia. Masa aku tngok dia, aku tak sedar pun yg tu lia, aku ingatkan tu kak mia sbb muka diorang lebih kurang sama. tpi bila aku tatap balik elok2, lia rupanya. Sebenarnya aku dan lia tak bersua pun muka. Aku perhatikan lia dari jauh, dari jendela rumah tok aku. Bila ja aku tngok muka dia, terus terimbau kenangan kitorang sama2 dulu. Ingin ja aku bersua dngn dia tpi masa tu entah apa yg aku pikirkan, takut? Nervous? Aku pun x sure. Aku hanya mampu tatap lia dari jauh je. Aku pon x sure sama ada lia masih ingt dkat aku. Adakah dia rindu dkat aku mcm mna aku rindu main sama2 dngn dia waktu kecik dulu? Adakah dia ingt lagi wajah aku yg kini makin meningkat dewasa? Adakah dia ingt lgi persahabatan kitorang dulu? Aku nak tahu semua tu. Aku pun dh 20 sekarang, lia pon dh 20. Andai kata kitorang jumpa lagi suatu hari nanti, aku x sure sama ada kitorang akan recognize each other but I hope I will even if lia dah tak kenal aku.

Dulu waktu kitorang kecik, aku dan lia selalu pergi tepi sungai tu. kitorang ada ckap yg kalau kitorang sedih atau ada masalah, kitorang akan cerita dekat tepi sungai tu. hahaha. Lawak bila ingt balik sbb sungai tu sebenarnya dekat tepi jalan. So bila ja kau bertenggek tepi sungai tu, kereta2 yg lalu lanang dekat sungai tu kompem2 lah nmpak kau kt situ. Tpi tulah kan waktu kecik2 mana tau malu.
Aku rasa dh cukup panjang apa yg aku tulis ni. Ni lah confession yg dh lama aku nk buat tapi taktau kt mana. Alang2 ada medium ni, bleh la aku luahkan apa yg terpendam di jiwa ni. Andai kata confession aku ni disiarkan, tq admin. 

-ed

– ED

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit