Hai Assalamualaikum para pembaca IIUM Confession. Terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan confession saya. Saya hargai sangat-sangat.
Sebelum tu, saya minta maaf jika karangan yang saya tulis agak berterabur. Otak saya agak mereng sedikit.
Saya teruskan pada penceritaan ya. Saya merupakan suri rumah sepenuh masa n baru hendak memulakan bisnes.
Untuk pengetahuan, saya dah pernah buat confession di IIUM Confession sebanyak 3 kali. Semuanya berkenaan dengan konflik antara mertua dan menantu. Tapi sudah lama la. Tahun lepas tak silap.
Ok, saya teruskan point utama. Sebelum ni saya dan mertua memang bergaduh teruk sehinggakan saya lari daripada rumah mertua ke rumah kakak. Seminggu lepas tu kami sewa rumah lain.
Semua disebabkan oleh kesihatan mental saya yang tidak di handle sejak kecil dan juga berlaku salah faham dalam diri mertua.
Selain dari tu juga, yang menyebabkan kami bergaduh adalah disebabkan mertua tidak boleh menerima kekurangan ku. Siapa pernah baca tentang confession yang “saya berbulu, jari kaki pendek dan jari tangan kasar dan agak lebar” mesti tau.
Orang yang sakit macam saya ni, pantang orang tengok saya lama-lama. Bila orang tengok saya lama-lama tak kira siapa pun saya akan rasa nak mengamuk, down, marah benci dan rasa nak bunuh. Lagi2 jikalau reaksi muka yang melihat saya dengan keadaan jijik sekali.
Banyak kali mertua berikan kepada saya dengan pandangan yang penuh jijik dengan melihat atas hingga ke bawah. And yes. Balik rumah sewa, malam tu dan bulan-bulan seterusnya saya akan insomnia. Tak boleh tidur, hati tak tenang dan agak serabut.
Yes, semua disebabkan trauma pandangan jijik yang diberikan. Saya tak boleh terima dengan pandangan macam tu. Saya ada trauma yang cukup besar. Bila jadi macam tu Saya akan berdebar-debar di tengah malam menahan sakit di dada yang teramat sangat.
Otak saya akan rasa sakit sangat-sangat. Bukan sakit seperti cubitan ya. Tapi sakit dia sukar dijelaskan. Orang yang sakit mental mesti tau rasa sakit tu luar biasa sangat-sangat.
Setiap hari selepas kejadian saya semakin menjadi orang yang sakit. Kami suami isteri asyik bergaduh. Saya mudah marah dan agak panas baran. Setiap hari tak sah kalau tak teriak.
Malu dekat jiran tapi bila datang sakit saya, semua tindakan saya sudah tidak boleh dikawal. Btw selepas pindah rumah pun kami still melawat mertua tetapi jarang sekali.
Satu disebabkan sakit saya membawa kepada masalah susah bergaul dan agak takut berjumpa orang ramai. Kadangkala berjalan di mall pun saya rasa semua orang tengok-tengok sambil judge.
Perkara macam tu buat saya sakit sangat-sangat. Begitulah yang berlaku setiap kali ke rumah mertua , balik rumah tu mesti otak, hati dan jiwa sakit sangat-sangat.
Setelah 3 tahun lebih duduk berasingan, tiba2 Allah beri saya ujian serangan gangguan jin di subuh hari. Sebelum tu okay saja. Tapi satu subuh ni tiba-tiba saya menggigil teruk dan nak baca ayat quran pun susah sangat-sangat. Seolah-olah lidah jadi berat yang amat sangat.
Jantung berdegup laju sangat2 sampai kaki n tangan kebas kemudian sejuk. Subuh tu suami ke masjid, jadi saya call suami suruh balik cepat.
Waktu tu saya gerak anak n ajak dia keluar daripada rumah ke balkoni. Suami pun bergegas balik tapi lambat sangat. Saya pun call la mertua. Minta mertua datang rumah sebab minta di ruqyah. Belum pun mertua sampai suami dah sampai dulu. Jadi suami pun ruqyah.
Waktu di ruqyah tu satu badan jadi kejang, menggigil dan agak kebas. Rasa sejuk sangat2 seluruh badan terutama kaki dan tangan hingga kuku kaki dan tangan jadi biru. Dipendekkan cerita, mertua pun sampai ke rumah.
Dipendekkan lagi cerita selesai meruqyah, kami duduk sembang sekejap. Oh ya, waktu tu adalah bulan Ramadhan ya. Jadi pelik juga macam mana jin boleh kuat di waktu Ramadhan, huhu.
Ok sambung. Lepastu, abang ipar kebetulan kerja hospital jadi bab-bab sakit ni memang luas la pengetahuannya. Jadi abang ipar sarankan jumpa psikiatri.
Waktu kejadian tu, saya tak tahu kalau itu adalah hari terakhir kami duduk rumah sewa. Masyaallah, alhamdulillah syukur Allah atur kehidupan kita dengan baik sekali selagi mana kita mengharapkan jadi baik.
Rumah sewa tu dah jadi lain. Aura dia macam dalam penjara. I don’t know how to explain but it’s really creepy. Saya dah tak senang duduk dalam rumah tu. Rasa jiwa kosong, sepi, sayu, takut dan kami Suami isteri asyik bergaduh teruk-teruk.
Jadi malam tu kami ke rumah mertua. Tidur di situ sebab saya tak boleh duduk sendiri dengan anak. Semangat saya waktu tu hilang. Jatuh teruk. Hari ganti hari akhirnya kami duduk semula bersama-sama.
Bila duduk bersama ni mula-mula okay tapi lama kelamaan syaitan akan cucuk jugak kan.
Duduk sekali ni, kisah lalu berulang lagi. Mertua kembali melihat saya dengan pandangan yang agak jijik di mata saya. Benda-benda macam tu buat saya sakittt sangat-sangat.
Jadi setelah 4 bulan lebih duduk sekali barulah saya dirujuk di psikiatri. Doktor diagnosis saya sakit social anxiety. Rupanya apa yang berlaku pada saya waktu subuh tu disebabkan oleh anxiety. Tapi saya percaya kewujudan alam ghaib maybe bercampur la kot.
Maka bermulalah secara rasmi saya adalah pesakit social anxiety. Agak teruk ya anxiety saya bila berhadapan dengan orang. Tapi yang peliknya kalau berjalan ke mall saya macam biasa cuma ada masa-masa rasa diperhatikan dan dijudge.
Kalau nak makan ke restoran mesti saya akan pesan pada suami cari kedai makan yang xramai orang. Appointment anak pun suami yang urus dari segi call, berurusan di kaunter dll.
Saya pantang sangat kalau ada orang nak beramah mesra atau tegur saya. Mesti jantung jadi berdebar dan bila bercakap tergagap-gagap dan sebutan pun boleh salah. Contoh saya nak sebut order jadi odor.
Dan benda-benda macamtu la salah satu keadaan yang mertua tidak suka. dia suka jika saya pandai bergaul dan pandai beramah mesra.
Namun saya bukanlah seperti itu. Yang menjadikan karakter saya macmtu adalah disebabkan social anxiety. Jadi bagi saya berjumpa orang adalah perkara yang memenatkan, stress dan lemas.
Karakter saya tersebut menyebabkan mertua agak kurang berkenan. Dia suka orang yang peramah , pandai bergaul dan Soleh.
Namun, dengan kuasa doa, alhamdulillah kini mertua semakin lembut hati dekat saya. Mertua semakin menerima segala kekurangan saya.
Alhamdulillah syukur ya Allah.
Rupanya sebelum kejadian subuh tu, saya baru ingat kalau setiap hari berturut saya paksa berdoa pada Allah untuk lembutkan hati mertua menerima saya seadanya tanpa melihat kekurangan fizikal dan sifat saya.
Dan sebelum tu juga saya dan suami memang berniat nak tinggal semula dengan mertua.
Cuma masa yang sesuai tidak ada lagi. Bila fikir balik, rupanya apa yang berlaku di subuh hari tersebut rupanya besar HIKMAHnya.
Rupanya hikmah itu datang tidak dalam keadaan harmoni dan tenang. Kadangkala ia datang di waktu kehidupan yang agak teruk. Dengan sakit yang saya alami, Allah bagi kami ruang dan jalan untuk kembali bersatu dan duduk sekali.
Mertua pun sudah lanjut usia. Tinggal pun sendiri sejak konflik haritu. Rupanya apa yang berlaku semua atas kehendaknya dan juga mungkin kerana doa mertua dan juga kami suami isteri.
Bila sakit ni, mertua pun semakin memahami, menerima seadanya dan reaksi muka pun berubah 100%. Dah tak ada pandangan jijik tersebut. Apa yang saya boleh katakan, doa adalah senjata paling ampuh dan paling hebat.
Sekalipun kita dalam keadaan sakit hati dan terasa, paksalah berdoa agar hubungan kembali okay. Saya tidak katakan sekarang dah okay 100% tapi perubahan yang berlaku antara hubungan kami agak besar.
Saya yakin semua disebabkan DOA. Doa doa doa Insyaallah Allah bagi jalan. Kadangkala jalan yang dia bagi tu agak menyakitkan tapi percayalah, hikmah dia buat kita rasa bersyukur sangat-sangat.
Alhamdulillah kami pun dah boleh duduk sekali cuma bila datang sakit mental, saya lebih suka berkurung dalam bilik. Alhamdulillah mertua pun faham. Terima kasih ya Allah.
Minta readers doakan agar hubungan kami semakin baik dan semoga kami rukun duduk sebumbung. Doakan agar saya dapat berjasa dengan mertuaku.
Ibu bapak saya jauh di seberang sana. Agak mustahil untuk kami balik selalu. Jadi pengganti berjasa pada ibu bapa yang jauh bole disalurkan pada ibu mertua.
Doakan ya. Terima kasih sudi membaca dan mohon maaf sekali lagi karangan agak berterabur dan tidak tersusun.
Maafkan saya. Insyaallah dah sihat nanti , karangan saya akan lebih baik. Sakit ni membuatkan perbicaraan dan tulisan agak berterabur.
Lari ke sana sini. Apa pun terima kasih admin dan readers. Assalamualaikum..
– Hayati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit