Aku Minah. Aku muda lagi, baru awal 20-an. Student lagi. Ada boyfriend. Masing-masing dah kenal family masing-masing. Boyfriend aku tua setahun dari aku.
Awal tahun 2025, boyfriend aku datang jumpa mak bapak aku dekat rumah.
Bapak aku ni, dia dah pesan dah kalau masuk umur 20, kalau ada kawan (BF/GF) bawa kenalkan dengan abah. Kalau kena caranya, settle down terus saja.
Nak jadi cerita, bapak aku cakap benda yang sama kat BF aku ni. Lepas tu kami dua seronok lah sebab dah dapat green light untuk nikah.
Yang jadi masalahnya pulak, belah lelaki. Nak-nak BF aku ni, nak habis study dulu baru nikah. Sekarang dia diploma, dah sem 5 dah, tunggu nak intern saja.
Mak BF aku ni cakap nak suruh tunggu sampai lepas degree. Degree lagi 3 tahun, lama betul aku kena tunggu.
Aku bukan galak ke gatal nak menikah tau, tapi entahlah, ni relay aku yang ketiga.
Aku kalau boleh dah tak nak lama-lama relay, takut jadi macam dulu-dulu punya relay. So aku kalau boleh, aku nak nikah saja dengan si BF ni.
Yang jadi konfliknya sebab mak ayah belah lelaki. Lepas tu kami dua-dua masih student lagi.
BF aku ada lah buat part time kerja kan. Sambil-sambil study, sambil kerja. And alhamdulillah, dia kumpul duit hasil dari dia kerja tu lah.
Cumanya dia sorang lah yang duk kumpul duit. Aku ni tak kumpul pun. Sebabkan aku pun susah keluar rumah, nak kerja pun susah jugak + susah cari kerja sekarang.
Aku tanya kawan aku yang kerja kafe kalau ada kosong part time tapi kawan aku cakap tak ada.
Mengantuk dah. Nanti lah aku sambung lain cerita, na.. Haha.
– Minah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
betul la tu apa parents belah lelaki cakap. of course la dia concern anak dia tu lelaki, nak bagi makan apa kat anak dara orang ni? kahwin ko ingat cinta je ke cukup ke dik? berapa banyak perkahwinan gagal sebab financial kelaut? please look way beyond that. aku setuju parents lelaki suruh ambik degree dulu, ko ingat diploma je cukup? boleh hidup dengan gaji 1.8k-2k? tolak epf, socso, eis, tinggal berapa? and you, yourself pon takde kerja and income for now. sebab tu hukum kahwin ni harus, makruh and haram. so dalami agama dulu, pastu tengok diri kita ni kat level mana. harus berkahwin? makruh berkahwin? . unless ayah cfs ni ada megah holding yang boleh provide for you even after you got married, then i would say, good for you.
yg ko pun satu dik non. cari bf student da kenapa? carila yg da kerja kalau nk cpt kawin!
tunggu la dia habis belajar… masa depan lebih terjamin.. gaji lebih tinggi.. career option lebih luas
hmmm macam mana nak cakap ek.
saya ni perempuan, tapi saya sedih juga bila nak kahwin tu, hanya pihak lelaki ja yang berusaha kumpul duit. awak bagi banyak alasan susah dapat kerja lah apa lah. awak tak rasa nak pegang duit sendiri dulu ke sebelum kahwin? bf awak tu dah lah student juga. kalau bf tu adik saya pun mmg saya tak bagi dia kahwin dulu. habis kan belajar dan fahamkan dulu tanggungjawab suami. saya tahu ada je yg kahwin muda hidup berjaya. tapi awak betul-betul ready ke nak susah senang bersama? jangan nanti dah kahwin, sibuk update dkt dekat sosial media yg suami tak bagi nafkah lah apa lah.
conclusion nya, adik fikir lah masak-masak. kahwin ni memang seronok. tapi lagi seronok kalau tak ada konflik dari awal. jadi berkahwin lah bila keluarga mertua pun ready nak terima awak. jangan sebab awak, nanti bf jadi melawan ckp mak. pastu mak dia jadi ada pandangan buruk dkt awak. kalau betul awak nak kahwin juga, cuba ambil hati / pujuk bakal mak mertua awak. bukti kan awak pun dah ready nak jadi isteri. financial okay (sy tak kata stabil ya, cukup okay sahaja), mental pun okay.
sekian.
sekolah bagi habis.. then kerja. bayar komitmen bulanan. tengok harga barang sekarang.. masya allah.. mahaiii..
silalah berusaha sama2 kalau nak menikah..
bagi habis belajar dulu better
saya pun mengantuk baca awak. belajar rajin2 ya
diknon, kerja dulu la ye sebaiknya. puaskan dulu diri dgn duit sendiri. kau kahwin awal nanti banyak benda kau nak fikir, lagi pulak sama-sama belum berkerja. kau kene sama-sama cari duit, masa tu kau jangan mengeluh dik.
Jgn merenyam nak kahwin selagi belum tahu ombak badai rumah tangga
Nikmat sekejap je di awal awal kemudian berentak la sebab duit tak cukup.Fikir fikir lah dik….
Jiran akak umur baru 19 tahun..dia dipaksa gf umur 18 then utk kahwin konon nak elak maksiat la kot..si lelaki tu takde kerja tetap.perempuan pula tak kerja tak sambung belajar.
Kahwin anak dua .cerai ..kes tak cukup duit ..igt senang ke
Kalau relationship pon ko sebut relay, jauh lagi perjalanan ko ni dik. Elok stay single je la sebab aku rasa banyak lagi relay yang ko kena hadap nanti. Relay tu pon maksud dia berganti-ganti. Jadi elok ko delay lagi berkahwin sampai umur ko cukup matang sikit untuk berfikir, sebab sekarang ni macam otak ko pon dah jadi tukun. Lama sangat tak pakai. Pokok pangkalnya ko percaya je cakap aku, jangan kahwin lagi sampai ko boleh berpikir untuk diri sendiri. Sebab nanti ko akan kahwin cerai kahwin cerai bersilih ganti sebelum ko paham apa maksud perkahwinan. Masa tu menyesal pon dah tak guna.