Assalamualaikum. Ini kali pertama saya send confession disini. Harap sangat disiarkan mungkin saya boleh baca pendapat dan pengalaman orang.
Nak bercerita dengan kawan bimbang terbuka pekung sendiri. Disini orang tak mengenali saya dan saya pun dah penat pendam rasa hingga diagnose MDD. Major depression disorder. Kini makin pulih tapi saya kena belajar luahkan. Saya ni sangat perahsia. Sesi kaunseling atau terapi dulu pun saya tidak cerita semua. Lagi selesa penulisan dari penceritaan.
Nama saya Nana. Nama samaran. Saya dulu kerja kerajaan sebagai pegawai, kerja yang agak stabil. Selepas berkahwin saya mengalami depression teruk kerana masalah bos dan mertua. Baru kahwin jadi saya tak boleh adapt lagi culture mertua yang bagi saya suka push, suka nak dengar cakap mereka je. Lepas berlarutan prestasi kerja saya teruk. Saya tak datang kerja, selalu mc.. Rupanya saya depression dan terpaksa berhenti kerja. Ketika itu masyarakat tak faham lagi sakit ni. Mereka nampak okay je, normal je. Dalam hati macam nak pecah dada.
Hubungan saya dengan mertua dan kakak ipar sebelum dan selepas kahwin tiada masalag tetapi lepas kahwin saya jadi makin tak selesa. Kakak ipar saya kuat mengadu pada mertua yang suami saya abaikan adik beradik, suami saya lebihkan family saya. Dan mertua akan call suami dan saya konon macam nasihat tapi kalau dah berkali2 saya jadi stress.
Anak dah berkahwin kenapa nak control lagi? Yang kakak ipar saya pulak macam kurang kasih sayang. Pantang nampak saya keluar dengan parent saya akan call tanya ada tak suami saya sekali? Mestilah kadang-kadang dia ikut tapi belanja makan semua saya yang bayar bukan suami. Dia seolah ingat kami ni tak berduit dan nak kikis duit suami. Sedangkan suami saya awal berkahwin tiada harta pun. Hantaran hanya 3ribu ringgit pada tahun 2016.
Rezeki lepas berkahwin rezeki mencurah hingga berbeza kehidupan kami. Syukur sangat. Masa susah nak kahwin saya salute mak ayah saya. Tak pernah pertikaikan pendidikan saya walau degree kena 10k,20k. Dia cuma cakap tak apa ada lah tu rezeki lepas kahwin. Semua perbelanjaan majlis guna duit saya dan parent saya. Even majlis sebelah lelaki pun saya hulurkan sedikit dan hanya majlis ringkas.
Makin lama mereka makin menekan hidup saya. Bila mengadu pada suami akan jadi arguement yang sangat dahsyat. Hingga saya keguguran di awal kandungan kerana over stressed. Saya fikir nak terjun je time tu. Mujur adik saya ada dan pujuk dan selamatkan. Saya dah tak mampu hadapi. Saya pernah sekali menjawab selepas hampir 2 tahun berkahwin dan mereka bertindak balas amat dahsyat. Perlu ke saya biarkan mereka pijak kepala saya? Apa mereka buat terlalu panjang untuk diceritakan.
Selepas itu, mereka benci sangat pada saya. Hingga balik kampung pun saya kena duduk hotel. Pernah saya pergi rumah mereka untuk jernihkan tapi apa saya dapat? Baru kereta sampai depan rumah, mertua saya dah buka pintu kereta saya dan tarik saya keluar. Sebiji macam gangster. Saya cakap sabarlah mama, saya sudahla sakit. Mereka ramai dan saya seorang disitu perlu pertahankan diri. Sudahla di negeri jauh dari keluarga saya.
Kemudian kakak ipar saya pula keluar rumah dan tengking masuk sekarang! Saya sedih sangat orang buat saya macam budak2 dan tiada maruah. Suami hanya memandang dan saya tahu dia seakan backup family dia. Saya capai handphone dan call ibu saya dan suami terus rampas dan membalingnya. Konon nak tunjuk hero depan keluarga. Dah macam drama. Saya bersabar dan balik ke KL saya ke mahkamah tetapi hasil kaunseling dinasihatkan untuk berbaik kerana kami tiada masalah cuma berkaitan mertua sahaja.
Tak cukup itu, bapa mertua saya burukkan saya pada saudara mara suami hingga saya pergi ziarah raya oun mereka memerli seolah saya ajar suami jadi anak derhaka, seolah saya menantu hantu keparat taknak balik rumah mertua. Sedangkan bila balik, saya diperlu, dimarahi, langsung buat saya macam tiada perasaan.
Hingga satu hari, bapa mertua suruh suami pilih dia atau saya dan suami jawab dia pilih dua2. Dia taknak aniaya saya dengan menceraikan tanpa sebab dan dia takkan buang ayah mertua sebab dia ayah dan kekal sampai bila-bila. Sumpah saya tak faham ibubapa yang sesuka hati buat anak kahwin cerai ini. Dan, ini perkahwinan kedua suami saya.
Yang pertama masalah sama, masalah campurtangan keluarga. Teruk ex wife suami mereka burukkan dahulu pada saya. Kata mereka, perempuan itu kaki kikis, bohsia, kurang ajar pelbagai lagi. Saya pun jadi takut dengar betulkah? Tapi saya tak masuk campur kerana kisah lepas.
Bila sudah berkahwin jelaslah mereka yang bermasalah. Suami saya jenis taat keluarga. Alhamdulillah bagus cuma keluarga mertua ini ambil kesempatan. Pernah saya keguguran perlu dimasukkan di wad dan mak mertua saya sebolehnya suruh suami balik kampung tanpa sebab. Sekadar katanya lama tak balik. Mengajar pula anak lelakinya suruh tinggalkan saya dan minta ibubapa saya tolong jagakan.
Entahlah tak faham saya manusia begini. Agaknya satu hari jadi pada anak perempuan mereka baru tahu. Sekarang mereka membanggakan menantu lelaki. Seorang doktor yang kini sudah bergelar pakar. Tak habis menyebut doktor, doktor. Kata dia menantu lelaki dia semua bagus bukan macam yang perempuan ni. Tak apa, sekarang bileh takabbur dan hina. Kita tak tahu esok lusa sakit agaknya yang dibenci ini yang jaga.
Masalah ini masih berlarutan kerana mereka tidak mahu berbaik dan saya pun dah malas nak terhegeh-hegeh. Biarlah asalkan saya bahagia. Kepada ada masalah mertua ipar ini walau nampak remeh tetap sangat effect pada perkahwinan. Lebih lagi jika si lelaki utamakan keluarga dan keluarga sengaja ambil kesempatan. Makan hati. Saya hanya bersabar dan doa moga diberi kekuatan dan dipanjangkan jodoh kami walau berkali sudah saya give up. Doakan kami.
Kepada ibubapa mertua, ketahuilah meruntuhkan atau memberi pressure pada perkahwinan anak itu berdosa. Jika tak mampu layan atau sayang seperti anak sendiri tak mengapa. Kami faham tetapi janganlah hingga menganiayai dan mengaibkan. Dunia ini berputar.
– Nana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit