asaalamualaikum.
pertama sekali saya anak perempuan 18tahun dari 3 beradik ada abang dan adik perempuan. kongkongan semestinya ibu bapa kan? yes mmg parents saya strict yg sangat strict. saya faham since saya perempuan jadi parents nak control sosial saya its okay i get that. tapi, bayangkan sampai satu tahap saya dah besar kalau saya cerita pasal classmate saya mestilah ada student lelaki kan?
and parents terus cakap jgn kawan dgn mana mana lelaki walau budak kelas sendiri sekalipun. faham tak apa saya rasa? lepstu saya usaha nak raih kepercayaan parents saya dengan kenalkan semua siapa yang saya berkawan perempuan dgn lelaki, pun parents still cakap no boys kerja kau belajar je jangan sibuk nak kawan dengan lelaki. dont you feel me?
alhamdulillah aku masih waras untuk tak jadi lesbian. ini serious memang aku tergerak hati nak rebel cakap yg aku lesbian just nak tunjuk kat parents yg aku tertekan dgn strict dorang tapi aku rasional benda tu mmg bodoh. so aku memang tak ada connected dgn dunia luar dgn mana mana lelaki. tapi aku nak bagitau parents kat luar sana mana yang memang strict macam ni jugak, please jgn kongkong anak macamtu sekali. kalau takut sangat suruh anak bawak sesiapa pun dia nak kawan jumpa parents dulu biar kenal latar belakang nak ikut keluar pun its okay janji bagi anak at least bergaul so dorang tak culture shock one day nanti. tapi aku dah memang takboleh tahan so aku rebel aku kawan je and aku ni remaja so mana boleh lari dari ada perasaan suka dekat lelaki kan?
so aku fikir jugak aku kenalkan lelaki ni dekat abang aku dulu then parents tak boleh accept and this guy respect my parents punya decision and dia sendiri nak mi ta maaf dekat parents depan depan sebab timbulkan masalah but my parents taknak. Guys, apa pendapat korang?Either parents ke aku yang salah? maksud aku, aku tak pernah sekali pun tengking tinggi kan suara, melawan apa apa cakap dorang selalu buat housechores sampai sanggup hw & study tu aku tepikan dulu. and masa spm aku still buat benda sama and aku struggle bebtul untuk spm so dorang dah boleh accept aku as dah matang and boleh buat keputusan dgn baik tapi? hampeh . dorang masih fikir aku ni budak budak kecik taktau uruskan apa apa. even aku sementara nak tunggu result spm tu aku nak part time dekat je dgn area rumah tak bagi. tapi parents j ni pulak jenis memula bagi then hari kejadian terus tak bagi langsung. I be like what???
aku dah janji dgn orang or aku dah excited nak buat something then tetiba tak bagi? faham tak apa aku rasa? aku jealous dgn kwn kwn aku yg lain boleh bincang macam macam topik selain belajar dgn parents dorang. my parents mmg strictly cakap kau budak lagi takyah fikir mcm mcm kau belajar je tu je kerja kau takyah sebok benda lain. please? aku remaja banyak keinginan. aku menanbung jugak aku nak beli apa yg aku nak but? parents aku jenis ‘dah kenapa nak kena belu barang sendiri?takde makbapak ke?tapi kalau nak pun mmg takkan belikan tak penting’ but benda nak tu is baju since aku makin membesar so baju mmg byk tak muat so aku jual then dorang anggap aku beli then buang camtu je dorang mcm anggap aku ni bazir duit. guys please?
aku pun fikir pasal duit aku pun menanung taknak susahkan parents bayar duit buku buku yg kena bayar ke apa ke . tapi dorang taktau and satu lagi, im doing all the housechores, and tak pernah sekali pun dgr parents cakap ‘appreciate dgn u’ or apa apalah compliments. dorang pergi cakap benda bruk kat kawan kawan dorang pasal aku adalah which is aku tak buat pun tapi gi sebar cerita tah apa yg seronok sangat cerita aib anak kat kawan kawan tah.
Lastly, did you guys feels me? aku tertekan sampai aku pukul badan sendiri aku cakap sorang sorang aku terfikir aku ni anak angkat ke tapi bin nama bapak sendiri. aku salah ke dalam hal ni? aku dah cuba accept rules ni tapi aku remaja. last sekali adakah aku salah dalam hal ni sampai aku alami depression tapi ahli keluarga sendiri tak sedar?
bila aku bagitau semua cakap aku bohong tipu bukan masa untuk aku stress depression ni semua. aku cuma budak 18 tahun yang perlu belajar sahaja! noktah! tu apa yg parents aku tegaskan. tak salah mmg aku budak tugasnya belajar tapi tak balance if aku belajar cam nak mampus tapi belajar je. i need hiburan jugak means sama macam semua remaja kat luar sana boleh bercerita mcm mcm about boys dgn parents dorang .
So please, sometimes aku harap parents aku faham aku by the text ni atau dia terbaca ke apa ke and dorang mula openminded sikit pun aku bersyukur. Sekian terima kasih. Assalamualaikum
– anon
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit