Kongsi Pahala Baca Al-Quran Dengan Orang Tersayang

Assalamualaikum dan salam Ramadhan buat semua pembaca. Aku segan nak menulis bab ini sebenarnya. Tapi teringin juga nak share perkara tak seberapa ini.

Maybe orang lain dah lama amalkan. Cuma aku yang baru setahun jagung mencuba. Berkenaan bacaan Al-Quran. Itu pon selepas ditegur suami.

Sebelum ni aku sekadar baca Al-Quran. Tapi kali ini sebelum aku baca, aku niatkan segala pahala bacaanku kepada kedua orang tuaku, mentua serta orang2 tersayang (baik yang hidup mahupun telah tiada).

Boleh juga niatkan hadiahkan pahala bacaan ini selepas kita baca Al-Quran, ikut keselesaan masing-masing.

Begitu juga sebelum tidur, aku baca Al-Mulk dan As-Sajdah. Sebelum baca, aku niatkan perkara yang sama, lebih-lebih lagi buat arwah ibu dan kedua mertuaku.

Mula2 memang rasa susah. Tapi aku ‘paksa diri’ buat demi kehidupanku ‘di sana’ kelak.

Dari situ aku baca surah2 sebelum tidur. Nak hafal sepenuhnya, memang dah tak mampu. Dapat baca pon dah seribu rahmat buat insan kerdil macam aku.

Kadang-kadang aku suka joint kelas live di FB “Kelas Mengaji Personal”. Banyak ilmu dia share.

Bagi aku, ini antara cara aku mencurahkan kasih sayang pada orang tersayang.

Atas motor pon aku cuba selitkan hadiahkan Al-Ikhlas buat arwah sebanyak yang boleh. Cuma aku dapat rasakan, rezeki seakan tak putus Allah berikan.

Kami tidak kaya namun tidak juga susah. Ada saja rezeki Allah beri terutamanya melalui anak-anak.

Alhamdulillah. Paling terbaru, aku dapat Anugerah Cemerlang. Syukur dapat kongsi rezeki dengan orang sekeliling.

Kawan-kawan, jangan tumpukan pada diri sendiri. Ajak anak-anak amalkan apa kita amalkan. Setiap hari anak-anak ‘dipaksa’ baca Al-Mulk.

Mula-mula memang menangis, sekarang semua senyum dapat baca lancar. Maklumlah, masih sekolah rendah. Kami tambah 10 ayat Al-Kahfi awal, dan 10 Al-Kahfi akhir.

Alhamdulillah, sekarang anak-anak terbiasa baca Al-Mulk dan Al-Kahfi tiap pagi @ malam, mana-mana masa yang sempat. Benda ni suami isi semasa PKP lalu.

Jika ada rezeki anak-anak hafal beberapa surah ini, Insya Allah kami ingin mereka amalkan sebelum tidur.

Bila kita kejar akhirat, Insya Allah dunia akan mengiringi kita. Moga kami terus istiqamah mengamalkannya. Tidak banyak tapi sentiasa ada lakukannya.

– Aku Insan Kerdil (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *