Kongsi Perbelanjaan Keluarga

Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca sekalian. Saya sebagai lelaki terdetik untuk berkongsi berkenaan perkongsian perbelanjaan bagi pasangan suami isteri,

Rata-rata para wanita dengan sangat tegas dan lantang memperjuangkan soal suami harus tanggung segala perbelanjaan 100% dan gaji isteri hanya untuk diri mereka sendiri.

Ya saya setuju dengan kenyataan ini.

Namun persoalannya, bahagiakah keluarga anda dan suami anda sekiranya segala beban diletakkan diatas bahunya seorang manakala seorang isteri membelanjakan gajinya hanya untuk diri sendiri (shooping/ Spa/ medi pedi/ lepak di cafe hipster bersama rakan-rakan).

Bahkan yang lebih ekstrim sehingga memperjuangkan bahawa semua kerja rumah juga harus dilakukan oleh suami, jadi isteri hanya duduk rumah goyang kaki.

Jika anda mendalami sirah, pasti akan menjumpai bertapa keluarga nabi sendiri melakukan kerja rumah dan kadang kala dibantu baginda sendiri.

Sekali lagi saya ulangi, saya setuju bahawa tanggungjawab menafkahi isteri dan menyediakan segala keperluan adalah tanggungjawab suami.

Namun fikirlah, pada zaman ini bagi pasangan suami isteri yang berkerja dan mempunyai pendapatan purata 6k (campur keduanya), sudah pasti menginginkan rumah dan kenderaan yang baik dan selesa.

Mudah kata, sekiranya tinggal di kota besi minimum pasti ingin membeli rumah apartment berbangding flat kos rendah.

Ini kerana beberapa faktor seperti kebersihan/ kemudahan parking/ lift/ etc,

Anda pasti rasa tertekan sekiranya pulang dari tempat kerja kemudian tidak mendapati ruang parkir kenderaan dan sampah yang bertaburan serta suasana yang tidak nyaman, apatah lagi jika tinggal bagi tempoh yang lama.

Bagaimana pula jika kereta lama yang anda pandu sering rosak dan mengganggu perjalanan pergi/ balik kerja.

Oleh itu, apalah salahnya jika berkongsi duit dengan pasangan untuk membeli tempat tinggal dan kenderaan yang baik,

Sanggupkah anda tinggal di rumah yang tidak selesa dan kenderaan yang sering rosak hanya semata-mata kerana tidak mahu mengeluarkan duit poket anda sebab itu adalah tanggungjawab seorang suami?

Begitu juga berkenaan perbelanjaan barang dapur, sanggup anda makan nasi lauk telur/ ikan kembung setiap hari kerana hanya itu yang sang suami mampu beli?

Apa salahnya anda kongsi rezeki anda dengan suami juga dengan menambah wang bagi membeli barang keperluan setiap bulan.

Bukankah anda berkahwin untuk sehidup semati? Mengapa berkira dengan pasangan untuk kebahagiaan bersama.

Saya sendiri mempunyai kenalan yang mana dia dan isterinya mengamalkan prinsip gaji suami perlu tanggung segalanya dan gaji isteri adalah hak mutlak isteri.

Saya lihat kehidupan mereka jauh beza dengan saya dan isteri dan boleh dikatakan sang suami tidak gembira dengan kehidupannya kerana merasa terbeban.

Kawan saya itu lebih suka keluar bersama rakan-rakan setelah selesai waktu kerja, bahkan juga hujung minggu.

Apabila saya tanya secara mendalam, kesimpulan yang dapat saya buat adalah dia tidak bahagia kerana rasa susah berseorangan manakala isterinya seronok sendirian.

Oleh itu, mereka sudah tidak lagi seperti keadaan mula-mula bercinta dan tidak ada kemesraan dalam rumah tangga.

Jauh beza dengan saya yang mana setelah selesai waktu kerja rasa mahu cepat-cepat pulang kerumah kerana saya merasakan ianya adalah tempat yang nyaman dan bahagia buat saya serta dapat bermanja dengan isteri tercinta.

Jika anda ingin melihat dari sudut agama sepenuhnya, ya memang benarlah apa yang telah dilakukan oleh kawan saya itu, dia telah melakukan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dengan menanggung segala perbelanjaan.

Namun tahukah anda wahai para wanita, dari sudut agama juga anda harus meletakkan suami nombor 1 melebihi keluarga anda.

Apa sahaja yang diperintah sang suami, sekiranya tidak melanggak hukum agama anda wajib patuh dan taat.

Hatta, sekiranya sang isteri sedang bersantai menonton tv/ main telefon bimbit/ tidur, jika suami suruh bangun dan lalukan sesuatu (e.g ; masak/ sediakan sesuatu) anda wajib lakukannya.

Tidak boleh mengatakan “ah, ish, umph,” atau lain-lain yang memaksudkan tidak mahu. Setiap apa yang anda ingin lakukan haruslah meminta izin suami hatta anda ingin berpuasa sunat sekalipun, apatah lagi ingin keluar dari rumah/ borak dengan rakan lelaki bukan mahram di medsos.

Sekiranya pukul 3 pagi sang suami kejut anda dari tidur dan minta anda masak sekalipun, isteri wajib taat.

Mampukah anda untuk Tidak melawan/ meninggi suara/ buat muka/ menaruh perasaan marah?  Rata-rata para wanita hanya lantang bersuara soal perbelanjaan, namun tidak mendendangkan bab ini.

Ya nafkah wajib diberi dan perbelanjaan isi rumah adalah sepenuhnya diatas bahu isteri, saya tidak menafikan bab ini dan saya juga patuh.

Namun kita sedang bercakap soal hidup kebersamaan, sudah pasti pasangan yang hidupnya susah senang bersama akan lebih bahagia rumah tangga mereka, kerana segalanya dialui dan dirasai bersama sepanjang bahtera perkahwinan.

Sebagai contoh, saya dan isteri mengamalkan konsep kongsi dalam kos perbelanjaan, kini setelah sekian tahun perkahwinan dan hidup kami telah stabil juga telah memiliki beberapa aset besar.

Kami sering mengimbau saat susah bersama waktu muda dahulu, makan nasi berlauk telur sahaja kerana terpaksa berjimat.

Kesusahan yang dilalui bersama akan terasa indah pabila direnung kembali dan membuat kami tertawa. Alhamdulillah zaman susah telah berlalu.

Berbeza dengan rakan saya yang lebih banyak diam pabila bersama isterinya, masing-masing buat hal sendiri. Ini kerana sang suami tidak gembira dan rasa terbeban Seorang diri, lebih seronok apabila bersama kawan,

Saya sangat pelik dengan wanita yang sanggup membiarkan suami susah sendirian dan kemudian sering mengajukan pada suami teringin mahu tinggal di rumah yang cantik dan selesa, ingin punya kenderaan yang baik tapi tidak mahu kongsi wang untuk memilikinya.

Masih berkeras gajinya adalah 100% miliknya, tidak salah kenyataan itu. Namun bahagiakah anda? Saya yakin sekiranya isteri seperti ini pergi dahulu, pasti sang suami tidak mengambil masa yang lama untuk mencari pengganti.

Berbeza sekiranya pasangan itu berkong segala susah senang bersama, pasti banyak kenangan manis yang takkan dapat dilupakan dan memberi kesan mendalam.

Usah takut harta dirampas keluarga jika suami pergi dahulu, isteri yang berkongsi wang dalam perbelanjaan keluarga boleh menuntut hak sepencarian, segala rekod bank boleh membuktikan dan memudahkan proses.

Perkahwinan adalah untuk hidup bersama dunia dan akhirat, jika anda berkira soal perbelanjaan, dan suami pula gunakan kuasa veto dari sudut islamic 100%.

Nescaya para isteri akan faham dan tidak gembira dengan perkahwinannya, oleh itu bersederhanalah dalam konsep perbelanjaan, jangan terlalu keras.

Nafkah masih wajib diberikan oleh sang suami, namun kan lebih seronok jika isteri turun bantu dalam perbelanjaan lain, untuk keselesaan bersama juga.

Jangan bandingkan hidup orang zaman dahulu yang mana rata-rata isteri adalah suri rumah sepenuh masa dan hanya bergantung pada suami, zaman sudah berubah.

Jika anda ingin kehidupan yang selesa perlulah berkongsi rezeki kerana kos hidup sekarang amatlah tinggi. Bagi pasangan yang mengamalkan konsep kongsi kos perbelanjaan, pasti sang suaminya ringan tulang dalam membantu lakukan kerja rumah kerana ada persefahaman.

Jika isu wang sahaja mudah capai kata sepakat, apatah lagi setakat kerja rumah. Masing-masing faham dan tidak perlu berbalah.

Perkara ini lah antara yang menyumbang pada kebahagian rumah tangga, namun jika suami yang tanggung semua kemungkikan untuk dia melepaskan semua tanggungjawab kerja rumah pada isteri agak tinggi.

Buat para wanita yang ingin suami tanggung semua perbelanjaan, saya sarankan anda kahwinlah lelaki kaya.

Jangan kahwini lelaki muda yang masih belum stabil kerana anda tidak mahu susah senang bersama, namun jangan cemburu bila lihat posting rakan yang bergambar dengan pasangan kacak kerana suami anda sudah tua.

Dan pasangan lebih tua biasanya berbeza cara berfikir serta lebih suka berehat berbanding orang muda yang suka explore dan lakukan aktiviti menarik.

Beritahu pada lelaki yang anda suka dan ingin kahwini yang anda tidak mahu langsung membantu dalam soal perbelanjaan keluarga kerana ianya adalah tanggungjawab seorang suami,

Saya yakin ramai yang akan tarik diri dan ianya bagus untuk anda kerana dapat cari yang betul-betul nak bela anda.

Buat para suami yang mempunyai isteri yang tidak berkira dalam soal perbelanjaan, hargailah pasangan anda. Rajin-rajinlah berbincang dan capai persetujuan bersama serta tetaplah beri nafkah padanya serta sayangi/ cintai dan berlaku baiklah padanya.

Kerana kita semua merasakan bertapa besarnya pengorbanan yang telah dibuat oleh isteri kita, jasanya tidak akan kita lupakan.

Nasihat saya juga, ambillah takaful dan hibah kerana ini adalah hadiah terakhir yang dapat kita beri pada pasangan setelah pemergian kita.

Buat para wanita yang ingin suami tanggung semuanya pula,

Nasihat saya turuti 100% apa yang suami kamu arahkan kerana kamu tidak boleh tuntut apa-apa lagi di akhirat kelak daripada suamimu kerana dia telah laksanakan tanggungjawabnya, sebaliknya dia yang boleh menuntut terhadapmu jika kamu culas.

Akhir kata buat para wanita yang ingin ditanggung, nampak seperti jenaka tapi ini adalah kewajipan anda. Kalau suami kata bangun anda wajib bangun, suami kata duduk anda wajib duduk. Patuh selagi tidak melanggar syariat.

Ini adalah pendapat saya sahaja, sekiranya salah tolong betulkan saya dan saya mohon maaf terlebih dahulu. Sila rujuk pada ustaz/ ustazah yang alim bagi mendapatkan pandangan mereka. Berkongsi hanya jika mendapat persetujuan pasangan. Sekian…

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *