Untuk part I, (https://iiumc.com/kongsi-perbelanjaan-keluarga/).
Assalamualaikum w.b.t buat para pembaca sekalian, saya tampil sekali lagi bagi membuat sedikit pencerahan berkenaan artikel yang telah saya tulis sebelum ini berkenaan kongsi perbelanjaan keluarga.
Saya dapati hampir kesemua yang memberikan komen tidak bersetuju dengan apa yang saya tulis, justeru saya ingin memohon maaf diatas tulisan tersebut.
Namun begitu, saya dapati terdapat sebilangan kecil yang memahami maksud yang ingin saya sampaikan dalam tulisan itu.
Adalah mustahil untuk saya terangkan secara terperinci dan lengkap tentang segalanya hanya dalam 1 artikel, dalam penulisan sebelum ini sahaja sudah ada yang mengatakan terlalu panjang dan sebagainya.
Jadi saya akan cuba menerangkan sekali lagi bagi menjelaskan pemahaman yang saya ingin maksudkan.
Ada diantara kalian yang mengatakan “adakah TT ingin melawan al-quran”,
Lihat kembali dalam penulisan saya yang sebelum ini, saya telah nyatakan bahawa berkongsi perbelanjaan hanya setelah mendapat persetujuan bersama, ini bermakna jika pasangan tidak setuju maka tidak bolehlah laksanakannya.
Bahkan diawal tulisan lagi saya telah nyatakan bahawa saya bersetuju dengan kenyataan yang mana semua tanggungan adalah tanggungjawab suami.
Yang sedang dibahas adalah tentang “bahagiakah keluarga anda jika segalanya diletakkan atas bahu suami sahaja” dan point yang lebih utama ingin saya sampaikan adalah lebih besar dari bahagia itu sahaja yang mana akan saya huraikan sebentar lagi.
Selain dari itu, ada juga yang menyatakan kalau tak mampu nak tanggung jangan lah kahwin. Sebab itu jugalah saya telah nyatakan dalam tulisan sebelum ini, sebelum nak kahwin nyatakan dengan jelas pada pasangan anda yang semua perbelanjaan harus ditanggung oleh dia seorang.
Jika dia tidak mampu anda tolaklah dengan alasan tersebut, namun jika anda bersedia dan setuju untuk kongsi tanggungjawab bersama sila teruskan niat murni itu.
Yang paling saya pelik adalah apabila terlalu ramai yang memfokuskan pada “kejut isteri pukul 3 pagi semata-mata untuk masak maggi”, subhanallah. Dalam banyak isi yang saya tulis tidak sangka para wanita hanya nampak itu sahaja berbanding usaha untuk berfikir di luar kotak.
Jika mereka ingin menerangkan yang tanggungan sepenuhnya adalah diatas bahu seorang suami, dengan mudah memberi contoh itu dan ini.
Tapi apabila saya wakil dari kalangan suami pula memberi contoh tanggungjawab yang perlu diatati oleh seorang isteri, 700 orang datang menyerang dari setiap sudut.
Cuba baca semula tulisan saya dan fahamilah bahawa ianya hanyalah sebuah contoh yang saya beri bagi memudahkan anda faham sebagaimana anda “cuba untuk memahamkan saya dengan memberikan hadis dan dalil berkenaan tanggungjawab suami”.
Namun apabila anda membaca yang seorang isteri wajib taat 100% pada segala arahan suami selagi tidak menyalagi syarak hatta perlu bangun dari tidur untuk melakukan itu, menderu-deru bagai lautan tidak bersetuju dan siap nyatakan,
“Kalau laki aku kejut pukul 3 pagi suruh buat itu ini memang siapla kena dengan aku”.
Apabila bahagian anda tidak taat pada suami anda boleh katakan begitu, tapi bila sampai bab ingin nyatakan tanggungjawab suami untuk tanggung perbelanjaan keluarga, “mulalah keluar segala dalil dan hadis”.
Sudah pastilah saya tidak sekejam itu untuk menyusahkan isteri saya semata-mata untuk siapkan makanan pada jam 3 pagi, saya hanya ingin memberikan contoh “sesuatu yang nampak pelik namun disudut islam ianya adalah kewajipan isteri”.
Baiklah sekarang saya akan mula terangkan tujuan penulisan saya yang sebenar, sebelum ini saya menyangka para pembaca dapat “faham-faham” sendiri akan point yang ingin saya sampaikan. Ada yang menyatakan “baru dengar dari seorang kawan dah nak buat confession sebegitu”.
Ketahuilah bahawa sifat seorang lalaki itu jika anda sebagai isteri tanya pada dia “abang bahagia tak dengan perkahwinan kita” pasti dia akan jawab bahagia kerana tidak mahu panjang cerita.
Namun, kami lebih suka borak perkara seperti ini dengan rakan yang turut sama laluinya kerana mereka lebih faham perasaan sebenar.
Saya berkerja sebagai seorang banker, dan antara perkara yang sangat memberi kesan pada saya adalah apabila melihat perbezaan cara perancangan kewangan orang islam dengan bukan islam.
Tahukah anda bahawa ramai dari kalangan bukan islam telah mula buka akaun simpanan bersama / joint account sebelum meraka berkahwin lagi, berbanding dengan pasangan islam yang memandang remeh perkara ini.
Ini bermaksud meraka “pasangan NM” telah berbincang berkenaan perbelanjaan dan simpanan dari sebelum kahwin lagi, bahkan telah membuat tindakan sedari awal lagi.
Apa yang pasangan melayu bincang dan borakkan sepanjang percintaan mereka sehingga perkara besar seperti perbelanjaan boleh tercicir / dilupakan, semakin awal anda bincang berkenaan isu ini semakin banyak pencapaian yang boleh keluarga kecil anda kecapi dalam tempoh singkat.
Sepanjang saya berkerja sebagai seorang pegawai bank, sangat ramai pasangan non-muslim yang telah membeli rumah pada usia muda remaja, nombor kad pengenalan baru 96/95/94 dah beli rumah. Sangat berbeza dengan orang melayu yang kebanyakannya beli rumah pada usia lewat berbanding NM.
Setelah sekian lama melihat perkara ini dahulu, saya pernah juga tanya (sembang tepi) dengan orang melayu yang beli rumah diusia 33-40 tentang mengapa baru sekarang mahu beli rumah, pertanyaan sudah pasti dalam bentuk santai dan sengaja ingin membina hubungan.
Rata-rata menjawab kerana usia muda dahulu gaji “cukup-cukup sahaja untuk belanja keluarga, sekarang selepas sekian kenaikan baru ada sedikit lebihan untuk beli rumah”.
Bila ditanya dengan lebih lanjut barulah saya faham cara pengurusan kewangan orang melayu kita ini. Itulah juga antara yang membuatkan saya terdetik ingin menulis artikel sebelum ini.
Bayangkan pasangan NM telah lama bincang dan mengambil tindakan pantas untuk merancang kewangan bersama bagi mencapai masa depan yang cerah, namun orang melayu masih leka dan tidak memikirkan perkara ini.
Meraka tidak berbincang tentang perancangan kewangan SECARA MENDALAM sebelum kahwin lagi.
Kemudian setelah berkahwin pula, isteri tidak meletakkan kepercayaan pada suami dan menggunakan konsep semua perbelanjaan diatas bahu suami,
1.”tapi kalau tak cukup kami top-up la sikit”
2.”kami takdela zalim, nampak suami dah lama tak shopping kami belikan la pakaian sekali sekala”
3.”duit kami untuk belanja anak-anak”
4.”sekali sekala kami belanja suami makan sedap-sedap”.
5. And the list goes on.
Inilah masalah yang saya ingin terangkan sekarang, saya berikan contoh relevan pada masa kini iaitu pasangan bergaji 6k. Sudah pasti contoh ini tidak sesuai untuk semua, namun cuba fahmkan maksud yang ingin disampaikan.
Selepas penolakan gaji bersih seorang katakanlah 2700 x 2 = 5400
Rumah – 700
Kereta – 500
Barang dapur – 500
Keluarga – 200 belah suami dan 200 belah isteri
Bil api dan air – 40 (tidak perlu unifi/astro bagi pasangan baru berkahwin – jimat)
Belanja kerja bulanan – 500 suami dan 700 isteri
Total = 3340
5400 – 3340 = RM2060
Bagi pasangan muda yang baru berkahwin, saya sarankan usahalah untuk hidup sejimat dan secermat yang boleh, tidak perlu beli apa-apa berabut rumah langsung. Cukup sekadar barang2 penting yang perlu sahaja,
Bayangkan hanya dalam setahun sahaja anda dan suami sudah punyai simpanan sebanyak RM24720 dan itu belum ditambah dengan dividen simpanan dan juga bonus suami dan isteri.
Tahun kedua perkahwinan anda sudah boleh membeli rumah kos seserhana dengan duit itu. Ini yang saya mahukan, iaitu anak muda melayu memiliki rumah sejak usia muda. Kemudian perkongsian di tahun berikutnya mungkin boleh digunakan untuk buat modal perniagaan atau lain-lain.
Bayangkan jika anda menyewa untuk tempoh 5 tahun kemudian baru nak beli rumah, berapa banyak wang yang telah anda “rugi” kerana bayar hutang untuk aset orang lain. Sedarlah, semakan awal anda bincang tentang perbelanjaan keluarga anda, semakin baik.
Ada diantara anda yang komen dalam tulisan sebelum ini mengatakan beliau dan pasangan mula berkongsi hanya setelah 3 tahun perkahwinan.
Ini kerana seletah tempoh itu baru beliau berpuas hati dengan analisis yang dibuat terhadap suami dan sudah boleh meletakkan kepercayaannya”, setelah mula berkongi pendapatan barulah dapat beli rumah.
Lihatlah apa yang ingin saya sampaikan, saya bukan suruh kongsi belanja supaya suami senang lenang tiada tanggungjawab.
Tapi supaya keluarga anda dapat kumpul duit dengan cepat dan boleh beli rumah dan kenderaan yang baik, pasangan NM sudah lakukan perkara ini dan dapat memiliki aset sejak dari usia muda.
Namun, orang melayu masih sibuk berbalah “kalau xmmpu tgg xyh kahwin”. Jika beginilah cara pemikiran kita, susah untuk kita conquer kembali aset-aset ditanah melayu ini.
Jika wang lebihan hanya ada pada sang isteri dan bukan suami, dan kemudian wang lebihan itu pula si isteri gunakan untuk “top-up sikit2 / belanja pasangan shopping sekali sekala / etc yang mana akhirnya habis juga duit itu”,
Bagaimana mahu dapat simpanan yang banyak dalam tempoh yang singkat kalau begini?
Nasihat saya, pada awal perkahwinan biar hidup susah “betul-betul” dahulu, biar sama-sama struggle kumpul duit. Jangan sibuk nak beli perabut / buat hutang coway, duduk sahaja rumah itu ibarat rumah bujang.
Supaya bila anda sudah beli rumah pada tahun kedua perkahwinan, tidak perlu kos besar untuk angkut barang yang banyak serta akan memudahkan urusan pindah rumah.
Sebab itu saya tekankan perbincangan tentang perkongsian ini perlu dilakukan seawal yang mungkin dan sebaiknya sebelum kahwin lagi.
Ini ada pula yang komen mengatakan “ooo sedap la dia dari awal kahwin lagi dah nak kongsi2 semua, banyak cantikk. Kami nak tengok dulu sejauh mana suami kami ni sebelum kami nak tolong sebab kami tak nak bela biawak hidop”.
Sungguh pelik bin ajaib, itulah yang saya tanya berkali-kali apa yang anda bual/ borak/ bincang sepanjang percintaan sekian lama dahulu?
Takkan lah langsung tidak bincang tentang ini dan masih belum kenal lagikah pasangan anda sampai siap perlu tengok dulu untuk tempoh sekurang-kurangnya 2 ke 3 tahun untuk tahu dia suami yang baik atau tidak.
75% sifat dia adalah seperti mana yang anda kenal sebelum berkahwin dan hanya 25% yang disembunyikan, jika dari awal pasangan anda sudah baik, kenapa perlu buang masa yang lama baru nak bincang tentang kongsi belanja ini.
Jika keluarga anda telah miliki rumah, seandainya pasangan anda ditakdirkan mati awal. Separuh dari pinjaman akan ditutup oleh insuran, kemudian jika dia ada menyediakan hibah untuk anda, anda boleh gunakan wang itu untuk full settlement loan rumah itu.
Bukankah itu perkara yang baik berbanding anda hanya menyewa, jika setelah suatu tempoh dan anda telah capai target yang diinginkan kemudian ingin suami menanggung perbelanjaan seperti sepatutnya.
Bincanglah kembali dan pada waktu itu saya pasti sudah tidak ada masalah kerana kehidupan telah mula stabil. Waktu terbaik dan mudah untuk kumpul duit adalah sebelum mempunyai zuriat, kerana itulah anda perlu bincang seawak mungkin tentang kongsi belanja ini.
Yang saya lagi pelik juga adalah apabila ramai para wanita memberikan komentar suruh saya baca di iium confession dan lihat sendiri bertapa ramainya isteri bela biawak hidup,
Dah memang jenis kaun hawa sahaja yang suka bercerita dan tulis disini sudah tentulah banyak pandangan dari sudut wanita sahaja.
Lelaki lebih suka memendam rasa dan hanya kuah pada rakan rapat, apabila ada lelaki seperti saya yang cuba untuk meluahkan perasaan anda bash beramai-ramai. Inilah sebabnya kami malas nak luah, selepas ini mungkin tidak ada lagi sambungan part 3.
Jika kalian masih tidak faham maksud yang ingin saya sampaikan terpulanglah dan saya mohon maaf pada semua.
– Anonymous (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Hai bang, saya suuuka sgt baca confession abg. Saya muda x kahwin lg tp tgh topup byk ii ilmu perkahwinan sbb saya lahir drpd broken family, so saya bersmgt nk bina keluarga bhgia. Bang jgnlah merajuk dgn komen ii negatif makcik ii tu (saya fhm manusia berlainan pendapat akibat pglmn yg berbeza-beza), sambunglah part 3 please🥺