Terima kasih admin sebab siarkan pandangan pakcik untuk confession BAHAYA SIHIR RUMAH TANGGA ni, (https://iiumc.com/bahaya-sihir-rumahtangga/).
Apa yang pakcik perasan masaalah org kita ialah tidak percaya kepada kewujudan sihir, ambik mudah dan takut sangat syirik sebab percaya kepada sihir, padahal masyarakat kita lupa, percaya kepada benda-benda ghaib ini salah satu rukun iman, percaya kepada kewujudan itu wajib tapi meminta tolong kepadanya adalah haram.
Kisah yang panjang tapi penuh iktibar. Bagi pakcik, dalam kes ni, memang suami hang tu sendiri dah memang jahat, depan hang nampak baik, tapi sebenarnya sikap sebenarnya disembunyikans sebab nak kahwin dgn hang, lama cover jadi baik dan tak tahan, akhirnya keluar juga perangai sebenar.
Isu sihir pakcik tak nampak sangat, isu hypokrit dan berlakon seorg lelaki yg dah berjiwa syaitan, memang nampak. Kenapa pakcik cakap macamtu? Bila kamu cerita taste suami kamu bila sex dgn perempuan lain yg amat pelik dan luar alam, so adake org disihir boleh kawal cara dia nak sex? Siap ada tema sesi sex tertentu, pelik sungguh.
Orang kalau dah jiwa liar ni, coverlah macam manapun akhirnya terserlah juga kejahatan dia sebab perangai tu dah memang ada dalam jiwa dia. Dan sudah memang perangai sebenar dia. Nak kata apa lagi, kalau dia betul2 kena sihir, tak de istilah beritahu perempuan a yang dia bujang dan kerja pilot bagai hanya utk mengorat betina a. Betina b tu lainlaa.
Soal betina A dan B lagi hanya rencah saja.
Satu lagi, ada ke lelaki yg disihir wanita lain untuk dirampas, boleh pula putuskan hubungan dengan wanita yang menyihirnya dalam keadaan diri disihir?, kemudian balik rumah isteri beritahu dia disihir? Setahu pakciklaa org yg disihirni takkan mudah mengaku dia disihir malah tak sedar pun diri disihir. Sebabtulaa org terengganu panggil exsuami kamu tu kaki lebong. Kaki penipu, kaki nawwok. Sebab mushkil sungguh pakcik bab boleh balik rumah dan ngaku diri disihirtu. Hmmm. Yang peliknya, kamu boleh lagi nak cakap suami kamu tu asalnya baik dan takpelah, dia disihir. Hmmm. Entahlah dik, sebab kamu mungkin lebih kenal exsuamitu berbanding reader.
Apapun islam tak ajar taat membabi buta, itu silapye pemahaman kamu dan majoriti wanita bab ketaatan kepada suami, malah islam tak ajar semua nafkah diberi oleh wanita atau wanita ambik peranan suami beri nafkah. Islam ajar, semua tanggungjawab memberi nafkah 100% adalah tugas dan tanggungjawab suami, kalau nak bantu suami pun bantulah lepas suami jalankan tanggungjawab dia dan ternyata lepas dah bagi nafkah, duit suami masih tak cukup, then baru kamu masuk bantu cukupkan, bukan kamu bagi segala-galanya atas alasan gaji suami tak cukup, atau nak bantu suami, itu bukan bantu dah, tapi offer diri untuk diperhambakan tanpa bertepi. Bab bagi duit simpanan asb untuk suami start berniaga tu pun sangat mengecewakan padahal kamu tahu suami dari keluarga senang, kena tipu bulat2 kamu dek jantan keparat tu.
Oleh itu, pada pandangan pakcik yg tak berapa cerdik ni, apa yang kamu faham selamani bab ketaatan adalah salah dik. Ketaatan mengikut yang islam ajar ada batasnya, batasnya apa? Selagi tak melanggar syariah wajib taat, andai dah melanggar syariah, wajib engkar. Jangan silap faham ye.
Apapun alasan ketaatan taat itu, tetap kena faham objektif taat dan kesan taat, adakah ketaatan itu membawa bahagia atau ketaatan itu membawa derita bila bukti kejahatan dah terserlah.
Sebabtu kes macam kamuni banyak berlaku, cinta tak bertepi membataskan akal wanita dalam memahami hakikat hukum dan hak mereka dalam rumahtangga. Matlamat nak jadi solehah, akhirnya jadi bodohlah. Takut jadi derhaka sampai redha segala kesalahan suami padahal suami memang dah salah sampai kamu dapat penyakit dari perbuatannya dan dalam kes ini kamu berhak engkar bukan terus memaafkan, sedangkan islam tak beri peluang hidup pun kepada suami atau isteri berzina dengan bukan yang halal (hukuman Penzina dah kahwin: rejam sampai mati), kenapa pula kamu beri peluang pula dengan mudah? Sedangkan kamu sendiri dah tangkap bulat2 suami kamu buat onar. Takkan kerana tak nak anak2 membesar tanpa ayah sampai kamu sanggup redhakan saja padahal father figure mereka dah rosak moralnya. Kamu ingat anak2 akan jadi elok bila membesar dgn ayah yang tak bermoral depan mata? No no.
Apapun, alhamdulillah, kamu dah move on dan sedang move on, semoga beroleh kebahagiaan yang diharapkan. Pakcik doakan kamu dikurniakan cinta dan pasangan yang setia seperti selayaknya. Harap kamu beroleh pengajaran dari apa yang berlaku. Dan pakcik harapkah kisah kamu ni dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada pembaca, amin Ya Allah S.W.T.
Yang berharap agar semua wanita faham konsep ketaatan dan bangkit menjadi wanita Islam yang faham ajaran Islam tentang rumahtangga dan konsep ketaatan.
– Pakcik
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit