Konsep Perigi Cari Timba

Assalamualaikum, terima kasih IIUM Confession jika cerita hati saya ini disiarkan. Benarlah, orang kata bila dua hati tu sudah sebati sukar untuk dileraikan. Nama aku Aliah, masih bujang dan kini sudah hampir menjangkau lewat 20-an.

Tapi, orang sekeliling masih ingatkan aku ni umur budak lepasan SPM, maybe sebab aku ni baby face, putih, pipi pau so, kalau aku berdiri sebelah adik aku yang sekarang ni tengah final year di universiti, orang selalu anggap adik aku tu kakak dan aku adik.

Haha, bangga kejap sebab orang muka baby face ni, susah nak nampak tua.. biarpun umur dah 27 tahun.

Adoi, macam cepat sangat masa tu berlalu, aku bagai tak sedar sehingga sekarang ni aku masih membujang dan hidup solo.

Member-member aku yang lain tu, kalau aku scroll wall FB biarpun instagram, semua dah beranak pinak, dan berpasangan, aku ni saja yang masih hidup solo dan masih dengan dunia sendiri.

Dan, tipu lah kalau aku ni tidak terjerat langsung dengan soalan-soalan maut dari mak cik mak cik bawang yang rasakan diri mereka tu umpama dewa, tapi aku pekakkan sahaja telinga.

Aku rasa hidup aku dah lali dengan pertanyaan orang, bila nak kahwin? Bila nak jumpa pasangan? Tak nak kahwin ke?

Biarkan saja lah, manusia kan… selagi ada mulut, mereka memang takkan berhenti bercakap. Kau biarkan saja, tak payah amik port sangat, lama-lama diam lah tu.

Alah, paling banyak pun dorang akan tanya kau, bila 3, 4 kali jumpa saja pun.. selepas tu konfem dorang diam punya lah. Takkan lah tiap kali jumpa asyik nak tanya soalan yang sama, hahaha macam pelik sangat tu.

Lagi pun, kadang-kadang mak cik mak cik ni, nak mulakan perbualan dengan kau saja. Aku anggap macam tu saja, malas aku nak amik serius sangat hal ni. Small matter lah! Bak kata orang puteh.

Tapi…..

Sebab apa aku tak kahwin lagi tu… Hurmm…..

Tipulah kalau aku nak cakap, sepanjang umur aku sampai nak masuk 3 series ni, tak ada langsung kumbang yang ingin merisik.

Ya, tipulah kalau aku nak cakap tiada langsung jejaka yang ingin menyunting aku sebagai suri hati. Tapi, mungkin pintu hati aku ini masih tidak terbuka untuk menerima lamaran daripada sesiapa lagi.

Aku pernah hampir untuk bertunang. Gigih aku yakinkan keluarga aku, dia lah lelaki yang terbaik.

Dia lah wira dalam hidup aku. Dia lah sahabat, teman dan penguat semangat aku. Dia, yang selalu aku panggil dengan panggilan “Wan”. Seorang jejaka yang boleh aku kira sangat manis dipandang.

Yang menambahkan lagi keserian di wajah dia, dia mempunyai kumis yang nipis dan lesum pipit di pipi ketika senyum. Rambutnya ikal, dan sentiasa kemas. Berkulit kuning langsat, mata sedikit sepet tak ubah macam muka g-dragon group korea tu.

Sopan santunnya dia apabila bertutur terutama dengan orang yang lebih tua dan betapa tegasnya dia dalam aspek kepimpinan sangat menguatkan lagi naluri aku, dialah yang terbaik dalam hidup aku.

Safwan seorang pelajar cemerlang. Tambah pula, beliau sangat aktif dalam aktiviti-aktiviti seperti kepimpinan.

Aku mengenali Safwan ketika di zaman sekolah tetapi tidak pernah bertegur cuma, apabila di zaman universiti tuhan takdirkan kami untuk bertemu lagi. Di situ lah, kami menjadi rapat. Aku ni, bukan lah seorang yang talkative, kategori hot stuff pun bukan.

Aku tak tahu kenapa Safwan memandang aku sebagai sesuatu yang indah di mata dia. Iya lah, jika nak dibandingkan aku dengan gadis-gadis lain yang menyukai diri dia, jauh bagai langit dengan bumi.

Aku ni, tak ubah seperti budak kampung sahaja. Pakai baju besar-besar, fashion pun macam itu sahajalah tidak pernah nak up to date dengan trend yang terkini. Pernah juga, aku mencuba stail yang baru.

Aku cuba untuk menjadi wanita yang berstail juga. Aku habiskan RM 100 duit simpanan aku waktu itu, untuk beli baju baru dan seluar baru yang mengikut trend semasa. Aku cuba untuk mengagumkan Safwan dengan gaya terbaru aku.

Aku masih ingat lagi, reaksi dia waktu itu, ketika melihat aku dengan gaya baruku. Dia cuma senyum sahaja, dan terlihatlah dua lesum pipit dipipinya itu.

Aku dengan bangganya beritahu dia, “Kau mesti terpegun kan dengan gaya aku sekarang. Aku tahu aku cantik. Sebab tu kau tak cakap apa-apa kan. Hahaha”.

Kemudian itu, barulah dia bersuara. “Cantik”, katanya sepatah.

Kemudian dia menyambung, “Tapi, kau pakai apa pun cantik. Tak perlu jadi diri lain untuk kagumkan orang. Jadi diri sendiri dan yang penting, perhiasan yang paling cantik, ialah keyakinan diri kau terhadap diri sendiri. Aku tahu kau tak selesa pakai macamni. Bukan diri kau ni.”.

Aku masih ingat, betapa malunya aku waktu tu. 15 minit aku diam membisu. Sehingga Safwan tergelak melihat reaksi aku dan berkata “Chillllll”. Ciss.. aku memang saja diam sebab tak tahu apa nak borak saja, bukan malu dengan kau pun lah !.

Hampir 4 tahun kami berkawan. Aku memang memendam perasaan terhadap Safwan sejak awal lagi. Tetapi, disebabkan kami ini cuma dengan title “kawan” jadi, aku tidak berani untuk make a move.

Eh, takkan lah perempuan pula kan nak make a move nanti orang kata, macam perigi mencari timba pula.

Sepanjang aku berkawan dengan Safwan, aku pernah couple dengan seorang mamat ni yang aku panggil Zaidi. Kami sama course belajar.

Zaidi seorang yang kaki control. Ada sahaja pantang larang yang dia tetapkan untuk diri aku. Safwan? Safwan tidak berkata apa pun, waktu aku beritahu dia aku couple dengan Zaidi.

Dia cuma cakap, “Kesiannya laki yang malang tu dapat kau”.

Nampak tak? Macam mana aku nak confessed perasaan aku kalau sememangnya aku sukakan Safwan bukan Zaidi dah kalau perangai Safwan sangat menjengkelkan. Buatnya, kalau dia memang anggap aku kawan biasa, malu weh… tiba-tiba kena reject pulak. Jatuh saham aku!

Berbalik cerita perihal Zaidi ini, dia seorang yang sangat kuat cemburu dan kaki kontrol terutama apabila dia tahu aku dengan Safwan berkawan rapat. Dia tidak suka aku berkawan dengan Safwan. Kerana dia kata, apa beza dia sebagai teman lelaki jika aku selalu lebihkan Safwan?

Ya, aku faham. Disebabkan ingin menjaga hati dan perasaan Zaidi, aku dan Safwan semakin renggang dan jarang bertegur sapa. Zaidi juga seorang yang panas baran dan kedekut.

Part kedekut ni, aku memang tak boleh tahan dengan perangai dia. Cuba bayangkan, kalau kami nak pergi ke supermarket, dia ingin membeli barang dan dia akan bertanya aku contohnya dia ingin membeli shampoo.

Dia akan cuba bahagikan harga sampoo A, B dan C dengan isipadu sukatan shampoo itu, yang mana paling murah maka itulah pilihan dia. Aku macam tak percaya orang macamni wujud di muka bumi ini. Pening… pening..

Sejak aku couple dengan Zaidi, aku dah jarang sangat-sangat berborak dengan Safwan. Tiba-tiba suatu haritu, kami berdua terserempak bersama di cafe kampus.

Ya Allah, happynya rasa. Lama kami berborak. Bergelak ketawa. Rasa bahagianya aku pada hari itu, dapat berjumpa dengan Safwan dan berborak macam kami dulu-dulu sebelum aku couple dengan Zaidi.

Safwan suka singgah di cafe ini, untuk membeli Mi kari. Apabila aku melihat plastik di tangannya, aku bertanya, “Sah, mi kari kan tu?”. Dia tergelak. “Hebat aahhh kau ni, boleh ahh masuk american got talent”.

Poyo gila mamat ni. Tiba-tiba, dia kata…. “haha rindu aah nak borak macamni lagi”. Aku tersentak. Diam. Dan dia menyambung “weh, okay lah… chowwww”. Dalam hati aku, waktu tu, ya Allah…. aku pun rindunya saat-saat macamni lagi.

Zaidi, suka suruh-suruh aku untuk tukar penampilan diri aku. Dia kata, aku ni selekeh sangat bila keluar dengan dia. “You, ni… kalau keluar dengan i mesti selekeh saja memanjang. Cuba you tengok instafemes ni, cuba you pakai macam dia. Cuba you make up macam dia”.

Dalam hati aku, buruk sangat ke aku? Kadang tu, aku rasa sangat hilang keyakinan diri apabila aku bersama dengan Zaidi. Dia pun bukannya stailo sangat pun, tapi asyik kutuk-kutuk aku ni selekeh lah, muka macam mayat lah. Rasa macam nak menangis bila dia cakap macamtu.

Pernah sekali, dia ajak aku dinner tapi sebab dia kata aku selekeh dia malu nak bawa aku jadi dia tinggalkan aku dekat mall, suruh aku balik sendiri sebab dia marah sangat dengan aku yang tak pandai bergaya.

Mujur, waktu tu, Safwan angkat call. Safwan datang ambil aku. Suasana cuma diam dalam kereta. Sampai lah aku terdengar dia menyumpah , “Bodoh!” sambil menyentak stereng kereta.

Aku dapat tahu, Zaidi curang. Aku marah, sebab aku punya lah setia untuk dia, dan dah buat apa yang dia suruh aku buat untuk dia. Tukar penampilan diri. Belajar make up. Semua sudah. Aku rasa sakit hati sangat-sangat dengan layanan dia terhadap aku. Tapi, Zaidi tak rasa bersalah pun.

Malah, dia sempat mengutuk lagi aku, katanya sebab aku ni buruk dan dia layak cari wanita yang lebih cantik untuk diri dia.

Aku rasa bodoh sangat waktu tu. Zaidi ni, sumpah toksik sangat2. Aku rasa macam nak mengamuk saja waktu tu. Setiap kali aku tengok cermin, aku macam tak de hati nak berhias cantik-cantik. Dah burukkan…buat apa nak berier sangat. Kau bukannya cantik pun.

Safwan dinobatkan sebagai tokoh pelajar dan model pelajar terbaik dengan cgpa yang cemerlang dan aktif dalam badan-badan persatuan di universiti. Aku rasa malu dengan Safwan. Aku kena repeat paper sebab ada subjek yang aku gagal.

Kawan-kawan aku yang lain semua berjaya grad on time. Tetapi, aku terpaksa extend semester sendirian sebab ada subjek yang aku gagal. Itulah, padan muka diri sendiri. Orang suruh belajar, kau sibuk nak bercinta.

Semester baru, aku macam tak percaya aku masih nampak Safwan disini. Dia kata, dia ambil kerja 4 bulan part time sebagai tutor disini. Aku rasa excited sangat-sangat. Tak delah rasa janggal sangat untuk menghabiskan semester ini sendirian.

Safwan minta aku fokus belajar. “Weh, aku nak kau grab sem ni. Kalau tak.. sia-sia aku buat part time dekat sini”. Aku bingung. Dia cuba untuk menemani aku kah? Atau dia memang buat part time. Tapi, aku rasa bahagia sangat-sangat.

Sepanjang 4 bulan semester ni, Safwan banyak menjaga aku. Teman aku pergi makan. Teman aku membeli barang. Bawa aku pergi klinik waktu aku sakit.

Sebenarnya, semua ini pernah saja kitorang buat sama-sama waktu masing-masing tengah belajar dulu. Cuma, sekarang aku tak tahu kenapa aku malu-malu dengan Safwan.

Kalau dia senyum dekat aku pun, aku rasa macam nak meletup pipi ni. Bodoh betul perasaan ni, padahal hentah-hentah Safwan anggap aku kawan biasa saja dan aku saja yang perasan lebih.

Sejak Safwan mula bekerja part time ni, tiap bulan waktu gaji dia akan bawa aku makan di tempat-tempat istimewa, belikan aku baju yang cantik.

Kadang aku rasa tak selesa. Macam ni ke? Cara seorang kawan melayan kawan? Waktu tu aku seperti, tolong laa….. jangan baik sangat dengan aku…. ianya menyakitkan tahu tak? Aku…. suka kau… tapi, aku tidak berani ingin meluahkan.

Akhirnya, alhamdulillah aku berjaya habiskan pembelajaran aku di universiti ini. Safwan juga, sekarang sibuk mencari kerja yang stable. Dia cerita pada aku, dia bercita-cita untuk menjadi president di sebuah syarikat minyak yang besar di Malaysia.

Tiada apa yang mustahil untuk Safwan, bagi aku dia memang layak. Dengan pointer hampir dean list setiap semester. Aku yakin, suatu hari nanti dia pasti menjadi seorang yang hebat.

Lama menyepi. Masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing. Cuma, setiap kali hari ulang tahun masing-masing, kami tak pernah lupa untuk wish antara satu sama lain. Ucapan daripada Safwan adalah yang paling aku nantikan.

Biar pun, ucapannya sangat ringkas dan kadang-kadang berbaur sarkastik tapi tetap membuat aku bahagia biarpun, tiada ungkapan cinta antara kami cuma berkasih sayang sebagai seorang “Kawan”. Aku harap, suatu hari nanti, Safwan akan sedar akan perasaan aku terhadap dirinya.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, sudah lama aku tidak tahu perkhabaran dari dirinya.

Kadang aku rasa, aku ini macam orang gila bayang. Syok sendiri. Hentah lah, aku juga tidak tahu adakah penantian aku ini, penantian yang menguntungkan atau memakan diri sendiri.

Hampir 2 tahun, aku dan Safwan sudah tidak bertanya khabar. Kadang-kadang, apabila aku cuba contact lambat betul nak tunggu dia balas.

Punyalah panjang aku tulis, apa yang berlaku pada aku pada hari ini, cerita pasal kerja, cerita pasal kawan ofis, pasal boss tapi, yang aku dapat selalunya “blue tick”.

Mungkin betullah, aku ni gila bayang. So, aku stop contact Safwan. Aku tak mahu nampak terhegeh-hegeh pula kejarkan lelaki.

Lama…….. aku tak terima khabar darinya sehinggalah ….. TING !!!!! Bunyi notifikasi masuk. Tersiar nama di fon screen aku “Safwan”. Aku rasa happy gila waktu ni, macam terharu sangat-sangat dapat khabar dari Safwan setelah dekat 2 tahun tak contact.

Tapi, penantian aku cuma sia-sia. Hati aku berkecai, rabak gila. Aku rasa macam tak dapat nak cover diri aku. Aku rasa nak menangis. Nak meraung dekat situ juga.

Ada kawan ofis yang tegur kenapa raut wajah aku berubah tiba-tiba. Aku minta diri untuk pergi ke toilet. Di toilet, aku tak dapat control diri aku lagi. Aku menangis.

Aku heart broken sangat-sangat. Aku rasa down sangat2. Safwan mesej aku, dengan berkata,

“Weh ! Sorry aarrr tak dapat reply mesej kau. Bizi doe. Weh…aku kan actually nak tanya pendapat ko, kau rasa… cantik tak samping corak ni? Nak bawa pergi akad nikah nanti. Aku perlukan nasihat kau sebabkau saja member yang aku boleh harap.”

Betul lah….. kan….. dia anggap aku cuma kawan biasa. Aku saja, yang perasan. Aku cuma seen. Safwan fikir, dia ada buat salah dengan aku. Banyak juga mesej dari dia lepastu. Tanyakan aku… aku okay ke tak?

Kenapa tiba-tiba bluetick. Bodoh apakah dia ni? Die memang betul-betul tak tahu ke yang aku suka dia ? Dia langsung macam tak de perasaan.

Boleh lagi tu balas, “Aduh, kau asal weh? Kau okay ke? Kau ada problem ke?”. Kalini, aku read pun tak, blue tick pun tak. Aku biarkan saja…. biar.. sampai aku rasa tenang.

Majlis perkahwinan Safwan berjalan lancar. Isteri dia anak orang kaya, cantik. Mereka kenal di tempat kerja yang sama. Baguslah, sama-sama bijak. Sama-sama cantik dan sama padan. Kata terakhir aku, ucapkan pada Safwan ialah “Selamat Pengantin Baru :) Aku bahagia kau bahagia”.

Yup, aku bahagia kau bahagia.

Dulu, dia pernah bergurau “Kau kahwin dengan aku jelah. Senang sikit, hari-hari aku buli kau”. ” Jom tunang” “Jom kahwin”. Kelakar. Aku anggap serius. Rupanya sekadar permainan kata-kata dia sahaja. Peribahasa perigi cari timba? Better luahkan dari pendam dan akhirnya merana.

Last, sebelum Safwan bernikah, aku ada meluahkan perasaan sambil berseloroh pada dia, aku cakap “aku suka kau dah lama, tapi jodoh tuhan yang tentukan, pasti dia tu yang terbaik. Kesian dia dapat kau. Dah aaah takut lipas!”.

Dia diam. Kemudian dia balas, “Sorry, and thank u. Aku doakan kau bertemu jodoh yang baik”. Kelakar aku menangis. Bodoh nak menangis. Bodoh menangis sebab lelaki. Aku rasa give up nak kenal siapa-siapa. Sesiapa saja yang tuhan aturkan untuk aku selepas ini, aku redha.

Peace!

– Alya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *