Assalamualaikum.
Saya terpanggil untuk menulis mengenai rezeki. saya sudah berkahwin selama hampir 6 tahun ketika berumur awal 22 tahun. Apabila sudah berkahwin tentulah hampir semua pasangan inginkan cahaya mata yang dianggap rezeki daripada Allah. seperti saya sendiri, bila masih belum dikurniakan anak saya anggap ‘belum rezeki’. tapi bila perkahwinan saya mencecah 6 tahun saya sedar rezeki sudah ada, malah banyak yang Allah beri kepada saya. Pada saya, konsep rezeki itu besar, rezeki anak, rezeki sambung belajar, rezeki mendapat pasangan yang sesuai, rezeki harta dan sebagainya. mungkin saya masih belum dikurniakan anak, tapi saya melihat daripada sudut yang positif;
(1) ada pasangan dikurniakan rezeki anak, tetapi pasangan diuji apabila anak kerap tidak sihat
(2) ada pasangan dikurniakan rezeki harta berlimpah ruah, tetapi masih belum dikurniakan anak
Begitulah seterusnya. .
lihatlah percaturan Allah. Kepada yang tidak dikurniakan anak lagi, jangan sempitkan konsep rezeki itu. kita sama-sama lihat daripada sudut yang luas. Saya dan pasangan tidak dikurniakan anak lagi, tetapi bila kami muhasabah diri, Allah sudah memberi rezeki yang berlimpah ruah kepada saya dan suami. Ketika usia muda kami bebas hutang pinjaman kereta, loan study dan hutang2 lain. Saya pula bakal menamatkan pengajian dengan menggunakan dana kewangan sendiri walaupun gaji kerja sampingan tidak besar (doakan saya ye).
Tidak terniat saya menceritakan ini untuk mendabik dada (tidak perlu saya lakukan sedemikian kerana para pembaca bukan kenal saya siapa). Anggaplah apa yang saya ceritakan ini ambil yang baiknya sahaja. Saya dulu seringkali mengatakan bahawa rezeki itu bermaksud apabila saya dikurniakan anak, sambung belajar dan seangkatan dengannya bukanlah konsep rezeki. tetapi saya lupa, Allah sebaik-baik perancang dan pemberi rezeki. Berapa ramai yang layak sambung belajar tetapi bukan rezeki mereka tidak dapat teruskan dan diberi rezeki pekerjaan dll.
Juga saya sediakan petua yang saya dan pasangan lakukan untuk setiasa rasa mencukupi dengan rezeki yang diberikan:
(1) asingkan wang gaji untuk diberikan kepada pasangan, ibu bapa dan untuk bersedekah
(2) memberi makan kepada anak yatim, ibu tunggal dan orang2 susah
(3) memberi derma setiap kali masuk ke masjid atau surau
(4) belikan barang basah sebulan sekali sekurang-kurangnya kepada ibu bapa (wang yang diberi tadi biarlah mereka gunakan untuk beli keperluan yang mereka inginkan)
(5) sediakan makanan di dalam kereta/handbag untuk stray cats dan dogs
Jadi yang belum dikurniakan anak, janganlah give up dengan konsep rezeki ye. doa, usaha dan tawakkal ye. :) Saya doakan mommies yang inginkan anak dikurniakan anak yang sihat dan cergas. Amen
ps. saya tak pandai mengarang. yang baik tu dari Allah, yang buruk itu daripada saya sendiri.
– Puan A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit