Konsep Rezeki

Bulan 8 dah rancang ,

Gaji bulan 9 nak simpan nk bayar utk service kereta.

Tiba-tiba . .
Kena selesaikan hutang keluarga ( almost half gaji ) , half lagi gaji bayar komitmen .

Duit dalam bank baki ada lebih kurg RM200 untuk survive dalam masa sebulan dkt KL ( baru awal bulan kot) ?

Tapi masa selesaikan hutang keluarga tu dh niat

” Ya Allah , aku sedekahkah duit ni utk selesaikan hutang kedua ibu bapaku . Aku bertawakal kepada-Mu untuk perjalananku pada bulan ini Ya Allah ” .

Then , tiba-tiba ada event dgn officemate kena buat keluar duit lagi

Tak apalah , niat sedekah .

Then , sy pun ada berniaga makanan (part time) , ada lebih , sepatutnya boleh jual dkt office tapi haritu saya niatkan sedekah saja dekat officemate .

Alhamdulillah setakat harini melimpah rezeki Allah swt bagi .

Setiap minggu memang baki dkt bank tu dah nyawa ikan tapi alhamdulillah ada je order masuk untuk business part time .

So duit business tu boleh cover minyak kereta dah bersyukur seribu rahmat .

Al-Talaq ayat 7:

” Berimanlah kamu kepada Allah swt dan RasulNya dan belanjakanlah di jalan Allah sebahagian daripada harta yang Dia telah menjadikan kamu sebagai penguasanya. Maka orang yang beriman di antara kamu dan menginfakkan (hartanya di jalan Allah) memperolehi pahala yang besar.”

Saya pernah dengar di satu kuliah dekat Masjid , sedekah tu lagi bermakna bila kita tak ada banyak harta tapi kita sedekah dkt orang lain . Sebab kita percaya dengan rezeki yang dikurniakan Allah swt .

Alhamdulillah .
Akaun yang mulanya kosong tu dah bertambah nilainya .
Makanan tiba tiba ada orang belanja makan .

Percayalah konsep dalam rezeki kita ada rezeki orang lain .

Sedekah yang paling baik tu adalah sedekah pada ahli keluarga kita .

Sedekah yang bermakna tu apabila kita bagi semua yang kita ada dan ditinggalkan kosong tapi kita percaya dengan Allah swt yang akan berikan rezeki lain kepada kita di kemudian hari.

Wallahualam .

– Cherry

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit