Salam sejahtera semua sebenarnya aku cuma nak tulis tajuk tu sekadar ‘konsep rezeki’ saja tapi aku takut kalau sebelum ni ada juga orang buat tajuk yang sama dan aku juga nak kaitkan juga antara rezeki dan covid ni.
Aku dah lama perhatikan isu ni dari mula² covid lagi. Aku pendamkan saja tapi bila baru² ni ada orang persoalkan sambil marah² tentang rezeki selepas covid jadi aku tertarik untuk buat confession ni.
Secara jujurnya, aku antara orang yang suka mempersoalkan rezeki sebabnya rezeki bagi aku tu susah tak kiralah covid ataupun tidak.
Aku seorang yang tiada rezeki dalam mempunyai kawan, tiada rezeki dalam mendapat tanggapan yang baik dari sesiapa, tiada rezeki dalam mendapat keputusan yang cemerlang,
Tiada rezeki dalam mendapatkan kemudahan, tiada rezeki dalam mendapatkan kesihatan mental yang baik, tiada rezeki dalam mencari kerja dan macam² lagi jika nak dibandingkan dengan rakan² sekelas aku yang lain.
Malah aku menjadi kebencian para guru² masa zaman aku belajar sebab aku tak berapa pandai dan pasif.
Tapi mak aku dan makcik aku pula, bagi aku seorang yang rajin, sabar, cekal, kuat berusaha dan positif. Aku tak pernah bagi tahu mereka tentang apa yang aku perhatikan dan tulis tentang ‘kekuatan dan kebaikan’ mereka ni.
Aku kalau setiap kali bercerita tentang masalah dan kesusahan aku, aku selalunya akan bergaduh, bertekak dan menangis sebab aku sebenarnya selalu tak percaya dan mempersoalkan tentang rezeki.
Kalau balik kampung pula aku selalu dengar mak aku dan makcik aku bersembang, dipenghujung ayat mereka mesti akan beri kata² sabar dan kata² yang ‘keajaiban akan berlaku’.
Setiap kali aku dengar tu aku akan sakit hati sebab aku tak percaya. Aku selalu tanya mak aku tentang apa kesusahan yang dia, makcik aku atau sesiapa yang dia kenal pernah hadapi.
Sebenarnya kesusahan mereka tu lagi susah dari apa yang aku rasa dan tanggungjawab mereka lagi besar cumanya zaman mereka dan zaman aku berbeza.
Mereka pun pernah rasa kesusahan dan tiada rezeki yang aku nyatakan diatas tadi. Mereka siap dicemuh dan dipandang hina kerana miskin oleh sanak saudara dan kenalan pada zaman dulu tapi mereka tetap sabar.
Pada zaman kini pula antara kesusahan makcik aku ialah makcik aku terpaksa bergadai berpuluh ribu dan habiskan duit simpanan walaupun gaji kecil sampai tak makan demi nak tanggung anak dia sampai habis belajar.
Mak aku pula diduga dengan mempunyai gaji yang kecil dan sampai tak ada gaji sebab tempat pekerjaan mak aku tu mempunyai pengurusan yang tak cekap sehingga kearah muflis dari dulu hingga kini.
Aku selalu tanya mak aku dari dulu lagi kenapa dia tak berhenti kerja dan kenapa tak cari kerja dekat tempat lain,
Tapi jawapan mak aku sebab apa dia masih kerja situ ialah sebab dekat dengan rumah, flexible dan tak stress maksudnya tak ditindas dari segi mental/fizikal oleh bos dia walaupun bos tak mampu nak bayar gaji dia dan dia kata kalau dia cari kerja pun bukan ada orang nak ambil dia nanti.
Sekarang ni hampir semua benda mak aku buat di ofis tu, dialah yang urus, dialah cleaner, dia juga yang bayar bil² ofis tu guna duit sendiri sebab bos malas dan tak mampu nak uruskan.
Pelikkan kehidupan dia? Kalau fikir logik dia dah boleh tuntut pampasan dari akta pekerja tapi mak aku tak nak buat sebab kesian dekat bos dia.
Mak aku dan makcik aku adalah mempunyai kesusahan yang lain tapi aku malas nak tulis di sini. Persamaan dari segi kekurangan mereka berdua tu ialah masing² gaji tak sampai RM3k dan kadang² tu tak ada gaji langsung pun ada.
Persamaan dari segi kelebihan mereka pula ialah mereka rajin tolong orang, suka bersedekah, suka bagi binatang makan, suka bagi bantuan pada orang yang susah, suka berdoa, redha dan sabar.
Aku rasa itulah penyebab kenapa rezeki mereka tak pernah putus walaupun hidup nampak tak cukup.
Sekarang aku bagi contoh selain dari mak aku dan makcik aku pula. Kawan mak aku pula, anak 5 orang, isteri tak kerja dan tiada lesen jadi dia yang urus semua anak, kehidupan serba sederhana, gaji tak sampai RM2k dari dulu sampai sekarang,
Dan baru² ni terkena covid jadinya dia tak sekuat dulu tapi tetap bekerja sebagai tukang kebun demi nak sara keluarga.
Apa yang aku nampak persamaan antara mak aku, makcik aku dan kawan mak aku ialah mereka tak mengeluh. Mereka jalani saja kehidupan mereka seperti biasa dari dulu sampai sekarang.
Mereka dah memang hidup susah sejak sebelum covid lagi dengan serba kekurangan. Aku ada contoh² kesusahan dari kenalan yang lain tapi aku malas nak tulis banyak².
Aku sekarang ni selalu rasa bersalah sebab aku masih tak bekerja lagi untuk tampung dan ambil alih beban keluarga walaupun umur dah nak cecah 30 tahun sebab aku tak sihat dari segi mental dan fizikal,
Tapi tetap mak aku tak marah dan tanggung semua kos perubatan aku yang beribu tu (mesti ada yang pertikai mcm mana ada duit pulakkan dan kenapa aku tak pergi hospital kerajaan? Maaf bukan sebab mampu tapi giliran di hospital kerajaan tu lama sangat sampai berbulan²).
Mak aku kata pada aku ‘ada rezekinya nanti’. Macam aku kata sebelum ni, aku tak percaya tentang rezeki lagi² sebab aku ada overthinking kesan dari anxiety.
Bila mood turun, mulalah aku risau, mengamuk dan menjerit² tapi bila mood aku reda balik, kata² mak aku tu akan masuk dalam fikiran aku yang rezeki ada dimana² dan dalam apa jua cara sekalipun.
Mesti korang akan tanya apa kaitannya dengan covid kan?
Sejak covid ni, aku banyak baca komen² orang yang mengeluh sehingga memaki hina bila menyuarakan ketidakpuasan hati mereka di dalam ruangan komen di media sosial.
Mereka mengeluh bila mereka hilang sumber pendapatan, mereka mengeluh bila diberhentikan kerja kerana menentang vaksin.
Bila ada seseorang bagi nasihat, kongsikan pandangan dan pengalaman, mereka terus memaki hina, mempertikaikan dan tak percaya.
Aku sebenarnya tak minat nak kaitkan dengan vaksin sebab nanti ada yang kata aku pro vaksin tapi itu kenyataannya di waktu covid ni.
Apa yang aku nak sampaikan ialah mereka yang mengeluh ni biasanya dari orang muda, dari orang yang pernah hidup mewah/ selesa atau orang yang tak pernah/ jarang hidup terlampau susah walaupun sebelum wujudnya covid.
Menurut pemerhatian aku, jika seseorang tu memang dah pernah alami dan hidup susah sejak sebelum covid lagi terutamanya golongan berumur, mereka boleh kekal tenang, sabar dan redha dengan dugaan.
Sebagai contohnya lihat sajalah mereka yang berumur atau yang tidak mempunyai telefon pintar atau seorang yang buta IT tapi masih sabar dan cekal meniaga secara kecil²lan, berkebun, menangkap ikan dan pelbagai lagi.
Walaupun aku tak berapa percaya tentang rezeki, aku sentiasa terkesan dan tersentuh hati melihat golongan ini. Aku harap agar mereka mendapat kesenangan hidup dan agar golongan seperti mereka dimurahkan rezeki.
Situasi ni membuatkan aku tertarik untuk berfikir, adakah golongan seperti mak aku ni boleh sabar sebab dah pernah susah pada zaman dulu ataupun sebab umur mereka yang dah lanjut usia iaitu 50 tahun ke atas?
Adakah mereka yang mengeluh ni sebab umur 30an-40an yang dikenali sebagai darah muda, ataupun desakan ekonomi di masa covid ataupun hanya kerana tidak puas hati terhadap kerajaan?
Itu sajalah aku nak kongsikan sebenarnya tapi sebelum penghabisan, menurut kenyataan terkini yang aku terbaca,
Mereka yang menetap di KL dan bergaji kurang dari RM9k itu dianggap sebagai B40 yang mana layak mendapatkan bantuan tapi aku rasa ramai saja orang yang gaji kurang dari RM5k tak pernah mendapat apa² bantuan.
Keluarga aku dari dulu gaji tak cecah RM5k tapi masa tu kami tergolong di dalam golongan berkemampuan dan keatas,
Selepas itu dikategorikan pula sebagai M40 dan sekarang dianggap B40 pula menurut kenyataan terbaru tapi kami tetap tak pernah dapat bantuan kewangan sebab tak layak,
Tetap dianggap sebagai M40, tetap dikenakan cukai yang tinggi dan tetap orang anggap yang kami mampu untuk hidup mewah.
Bukanlah nak mengeluh tapi kan pelik di situ? Bila ada orang yang kata aku tak memahami kesusahan mereka dan tak pernah rasa susah, aku tak tahu apa yang mereka maksudkan tu. Mereka anggap aku budak hingusan agaknya. Mereka anggap aku budak bodoh yang tak boleh berfikir.
Untuk pengetahuan, sebab aku banyak fikir sangatlah yang menyebabkan aku ada masalah mental terutamanya anxiety tu.
Mesti ada yang persoalkan kenapa aku cuma cerita tentang mak aku dan makcik aku kan? Mana suami mereka dan adakah ditanggung sebab tu mampu.
Aku tak nak buka aib suami makcik aku dan ayah aku tapi cukup untuk bagi tahu yang mereka merupakan ayah yang tidak menyumbang duit mahupun moral support.
– 16/11/21 (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit