Kontraktor Rumah Bermasalah

Assalamualaikum dan hi korang. Aku nak minta pandangan dari korang.

Aku ada bina rumah awal tahun lepas. Tapi sampai sekarang belum siap. Ramadan pun hampir tiba. Kontraktor melayu muda dan lokasi aku di p* t*.

Banyak masalahnya kalau nak ceritakan.

Aku jenis seorang yang mudah berurusan.

Di tempat kerja biasanya aku dicari untuk berbincang apa apa kerana personaliti aku suka win win situation. Dan aku berkerja di sebuah company gah.

Tapi untuk kontraktor rumah ni sangat bermasalah. Call tidak berangkat.

Dulu dia tidak dikenali. Ditolongnya sehingga pandai buat story di tiktok dan fb. Tapi jenis tak reti kenang budi.

Sebab kejahatan dia, aku doakan dia suami isteri muflis untuk lindungi orang lain. And yeah dia disaman selepas aku doa macam tu.

Di cakapnya kita suka memaksa dia. Duit selalu mintak, lepas diberi, terus diam. Claim sepatutnya dibayar selepas kerja itu siap. Tapi dia mintak awal dari claim. Aku bayar saja untuk elakkan delay. Tapi still delay.

Dia juga ada gang kontraktor, datang site ambik video dan post, saling komen support di socmed. Untuk naikkan rating.

Now dia built company lain pulak, jual Product pula, tiktok dia ribuan orang follow. Tapi sayangnya gaji buruh binaan tak dibayar sehingga cecah puluhan ribu.

Korang, bila tengok perjanjian rumah, tiada tempoh masa ditentukan untuk siap rumah. Cuma ada proses claim.

Adakah boleh report kepada DOE atau DOSH untuk gerakkan dia siapkan rumah pada bulan ini juga?

Aku da print semua detail lesen dia kat page DOE. Cuma hanya perlu proceed saman atau report sahaja.

Aku choose tak saman dari dulu sebab malas nak cari kontraktor lain. Aku Google dan pergi page peguam, and ramai kontraktor bermasalah, lagi lagi kontraktor melayu. Maaf bukan rasis tapi kenyataan.

And tiada solusi melainkan tukar kontraktor. Tapi diorang ini masih active cari pelanggan. Lesen tak kene tarik. Boleh tukar nama company dan buat lesen baru.

Kalau staff DOE datang lawat site dan tengok bayaran sudah dibayar kerja belum siap lagilah elok. Boleh la tarik lesen dia terus dan blacklist nama mereka. Mohon cadangan kalian.

Dan kepada lokasi di P* T* hati hatilah. Aku tak cakap semua. Staff di tempat kerja aku mula bina rumah end of year now da siap. Bagus sangat kontraktor tu. Lokasi pun P* T*. Hanya ambil masa kurang 1/2 tahun.

Siasat betul betul, bukan senang kita kumpul duit untuk bina rumah. Lawati setiap rumah kontraktor bina. And istikharah lah minta Allah tunjuk kontraktor kita hire tu adalah orang baik baik atau sebaliknya.

Mereka tak kan senang dunia akhirat walau buat business lain sekalipun. Selalu hidup tak tenang. Selagi tak memohon maaf.

– Aku (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *