Konvo Yang Menyedihkan

Assalamualaikum dan hai untuk warga IIUMC, aku Lina (bukan nama sebenar), baru lepas convo hujung bulan 10 baru baru ni di utara. Under KKM. Malas nak panjang panjang untuk intro so aku straight to the point jelah kan?

Mesti yang baca tajuk rasa pelik?? Sebab convo ni selalu hari bahagia untuk yang dah habis belajar,, yelah meraikan hari penat lelah setelah 3 tahun belajar(aku diploma je, so study 3 tahun). Tapi tak bagi aku, why?? sebab dari awal sampai habis memang mengecewakan. Aku takde langsung gambar convo,(that why aku post sebab aku sedih bila scroll fb & ig tengok gambar convo masing2, siap mak boleh pakai jubah sekali, boleh ambil gambar yang proper, banyak keping)

Ok kita start,, dari mula2 belajar aku awal2 lagi dah tak fikir convo, kalau kawan2 sembang pasal convo ke ape aku macam takde perasaan,, which is aku tak berminat nak pergi,, masa berjalan, so study aku pun tamat bulan 12 2017.

Selepas raya puasa kawan kawan kecoh dalam group ws pasal convo,aku macam biasa tak berminat & buat tak tahu jelah,, tapi memikirkan aku masih ada mak(ayah dah meninggal) so aku cakap la kat mak aku yang bulan 10 convo tapi aku taknak pegi sekian2, tapi mak aku nak aku pegi,, dia nak tengok,, dia la yang semangat semua cari baju baru, tudung baru untuk aku convo, jadi aku proceed untuk pegi semata mata untuk mak aku,, bukan untuk diri sendiri.

Disebabkan aku ni keja kat Putrajaya dan mak aku di pantai timur so aku decide aku pegi dari sini dia pegi dari kampung dan jumpa di Perak (tempat convo), Hari jumaat sehari sebelum hari convo aku gerak dengan bas untuk ambil jubah, sebab aku takde sape2 lagi kat perak jadi untuk bergerak aku terpaksa ambil grab dari stesen bas ke tempat convo. Tempat convo agak pedalaman sikit, jadi susah nak dapat grab, jadi encik grab yang bawak aku tadi tawarkan untuk tunggu aku sehingga siap proses ambil baju dan dia hantar aku ke bandar ipoh kembali, aku setuju memandangkan aku sorang.

Selesai ambil baju daftar ape yang patut semua aku gerak balik, tak sempat pre convo ape semua dengan kawan (gambar tak de). Petang dalam pukul 7 family aku sampai terus balik homestay (masa ni penat sangat dah,, seharian tak rehat) sampai homestay masing2 penat jadi tak ambil peduli pasal jubah convo semua. (tak ambil gambar jugak) huhu.

Hari kejadian (sabtu) dalam pukul 9.30 am aku dan family gerak ke tempat convo,(aku sesi petang, perlu ada di sana pukul 11 dan majlis start pukul 2 petang) sepatutnya homestay aku ke tempat convo ambil masa tak sampai setengah jam pun,, tapiiiiiiii, disebabkan pengurusan yang teruk sangat aku rasa menyesal gila pegi convo, ok aku list kan ape yang terjadi:

1. Dah gerak awal,, tapi masuk je jalan ke lokasi tu jalan sesak teruk,kereta tak bergerak langsung,, bayangkan dari pukul 10 sampai pukul 1 kereta tak bergerak,, Allahu,, masa ni perasaan hanya Allah je tahu,, aku ni sebak lain macam dah.

2. Pukul 1.30 still duk dalam kereta, aku dah takboleh sabar, jadi aku turun dari kereta sambil pegang jubah dan jalan kaki, Awal jalan tu aku cuba sabar,, sebab aku ingat dah tak jauh,, tapi,,, lepas aku jauh menapak still tak nampak pagar tempat convo,, aku dah mula sebak balik, sedih hanya Allah je tahu,, jauh gila,, tak sampai2, kaki melecet, berapa kali tanggal kasut sebab sakit kaki punya pasal, berpeluh peluh(kalah peluh time workout), baju lencun, tudung senget benget,, bayangkan pukul 1. 30 tu panas dia macam mana. Sambil jalan sambil nangis,, fikir kat mak,, fikir kat majlis dah nak mula, fikir semua la.

3. Sampai kat pagar,, orang tengah penuh sebab yang sesi pagi dah keluar,, so memang sesak. Sekali lagi aku sedih sebab sorang pun takde yang jaga untuk tunjuk tempat daftar,, cari la sendiri,, time tu nasib baik aku jumpa yang convo sekali (lelaki) aku ikut dia, aku tak fikir dah dia laki ke pompuan ke,, kenal ke tak ke,, aku ikut dia je,,(terima kasih awak) dah sampai atas ada urus setia nampak aku,, time ni banjir habis dah,, esak esak aku nangis,, takkira dah orang ramai tengok. Puan tu tolong hantar aku kat tempat daftar,, Alhamdulillah sampai tempat daftar kawan2 aku keluar untuk beratur masuk dewan jadi aku tak kena tinggal. syukur sangat,, sebab aku dah down sangat sebenarnya time ni.

4. Beratur nak masuk dewan punyalah lama,, takpe mungkin normal,, tapi yang sedih bila aku coll family diorang still tersekat kat luar. Aku pulak dahaga plus pening semua ada yelah dah jalan jauh air tak bawak, nasib baik ada sorang kakak ni suami dia bagi air and dia tanya aku nak tak(terima kasih akak)

5. Bila dah masuk dewan lagiii perkara yang mengecewakan hati, duk dalam dewan tu dari pukul 2pm, 3.45pm something baru la sampai VIP, bayangkan dari pukul 2 dalam pukul 4 baru mula majlis dengan jumlah penerima seramai 2000 orang kalau tak silap aku, Waktu ni masing2 dah down,, dengan lapar, dahaga semua ada.

6. Bila tengok parents masuk aku call la mak aku, tanya duduk bahagian mana, alih2 mak aku cakap dia dan kakak aku ada kat luar,, dah beratur nak masuk tapi sampai dekat nak masuk orang tak bagi masuk sebab penuh(sebak lagi,, dalam dewan pun dalam dewan la, aku nangis je). Jadi aku naik pentas mak aku tak dapat tengok,, sedangkan mak aku yang beria ria nak tengok aku convo naik pentas ambil segulung diploma.
sedih lagi dan lagi.

7. Masa bergerak, dari pukul 4,pukul 5,lepas tu pukul 6 tapi still ramai lagi yang tak menerima sijil,, sabar, sabar sabar,, tengok jam dah 6.45pm macam tu,, majlis tak habis lagi, pukul 7 lebih macam tu baru la keluar dewan dengan cuaca gelap plus hujan lebat. Keluar je dewan air mata ni macam air hujan dah,, aku nangis sungguh sungguh sambil cari mak n akak aku (family lain balik semua duk homestay sebab keadaan sesak sangat).

Dah nampak mak aku makin menjadi jadi aku nangis,, sebab aku sedih why semua ni happen? mood memang kelaut, sempat ambil gambar 2 keping (tapi buruk sangat nak tengok segan) hahaha. Lepas tu rushing nak pulangkan jubah before pukul 8 malam. Hantar jubah aku balik dengan perasaan bercapur baur. Sedih, nak marah(dengan pengurusan) semua ada,.

Aku perasan ramai je yang mata merah sebab menangis,, aku harap lepas ni pihak pengurusan ambil tindakan untuk lebih baik, cukupla aku dan kawan2 je yang kena.

Dan….. cukup lah sekali aku convo, lepasni kalau aku sambung study pun aku tak ingin dah nak pegi convo melainkan bukan under pihak ni.

p/s : maaf kalau terlalu panjang,, maaf kalau terlalu terumbang ambing,, lama dah aku tak menulis panjang panjang macam ni, and aku malas nak tengok dan perbetulkan balik sebab aku betul2 kecewe,, yang alami je tahu macam mana aku rasa(aku percaya ramai yang kena macam aku pada hari kejadian)

Sekadar luahan…

– Lina

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *