Assalamualaikum
First and foremost aku nak minta maaf kalau perkara yang aku highlight kan ni menyakitkan hati korang.Isu ni dah lama aku tengok, and makin menjadi dari hari ke hari. Aku bukan nak back up ke ape, aku memang langsung tade kepentingan dalam pasukan security UIA mahukan ada sedara mara dalam security tu.
Aku nampak ramai sangat complaining berkenaan operasi check kereta/motor baru2 ni. Siap bersepah sumpah seranah berbangkul2 korang tujukan dekat dorang. Sedar tak dorang ni cuma menjalankan tanggungjawab jaga keselamatan kita?
Bila kes orang ceroboh masuk nusaibah, ada komplen pakgad tak buat kerja, tapi bila dorang check sticker motor/kereta, korang marah pulak. Ape korang ingat pakgad makgad ni ada mata laser macam superman ke nak tau korang ni bawak benda illegal ke tak masuk UIA ni? Apa korang ingat dorang psikik macam Prof Xavier ke nak tau korang student UIA ke tak?
Bila implement denda tak pakai kad matrik naik, korang marah. Cakap ridiculous etc. Haihhh. Aku ulang,Apa korang ingat dorang psikik macam Prof Xavier ke nak tau korang student UIA ke tak?Kalau tak naik denda, ada korang nak pakai ke matrik kad tu?
Fikir lah sikit. Cuba buang sikap skeptical pada pakgad makgad. Yes, aku pun pernah je jumpa dengan pakgad makgad yang poyo dan bajet bagus dan suka nak take advantages je kat students tapi tak semua macam tu. Ni main pukul rata je cakap pakgad makgad tak guna.Kesian weyh. Aku pernah je sembang dengan dorang, macam2 cerita keluar. Macam2 kes ada. Dorang bukan superheroes fantasi yang boleh prevent crimes sekelip mata. Cuba bagi kerjasama. Ikut rules, maka tade la korang kena saman. Tu je lah nak share. Hopefully lepas ni boleh laa fikir2 sikit secara dewasa. Adios
– green tea