Korang Nak Apa Sebenarnya?

Lately aku tengok banyak post tentang budak praktikal tular kat laman sosial. Kebanyakannya rungutan, keluhan dan aduan sepanjang menjalani internship. Some part, aku setuju. Some part, aku kurang setuju. Ini kisah budak-budak praktikal kat tempat aku. Korang hadam dan nilai lah sendiri.

Startingnya semua ok je. Aku bukan jenis kaki ragging budak praktikal. Dorang buat silap, aku kata takpe sebab korang baru belajar. Dari kesilapan lah kita belajar. Tapi aku start annoying bila kesilapan yang sama diulang banyak kali tambah pulak masing-masing mula tunjuk malas. Malas dalam segala hal.

Sekarang dah 4 bulan dorang praktikal kat sini, 10% kerja je yang dorang boleh buat. Walhal dorang semua ni belajar dalam bidang yang sama dengan lapangan kerja ni. So bagi aku paling kurang sepatutnya dorang dah tahu basic dan ethics. Kat sini dorang takde pun kena buli. Takde pun drama hari-hari kena sapu sampah, cuci tandas, kena fotostat, kena tengking ke, kena potong bawang ke. Takde semua tu. Kerja yang dorang kena buat kat sini adalah kerja yang berkaitan dengan bidang dorang sahaja.

Rutin harian praktikal dorang, masuk ofis, sarapan dalam sejam kat pantri. Lepas sarapan, perut kenyang, senang hati, then warming up dengan main fb dulu. Agak-agak dah selesa sikit tu, dorang akan pasang YouTube pulak. Kalau boss xde, dorang melalak karoke dalam ofis. Selain melalak, dorang jugak sangat suka ‘swearing’. Hari-hari ko akan dengar perkataan babi, bodoh, bangang dan yang seangkatan dengannya. Rasa mcm agak suara tu dah nak hilang, dorang pun gi lepak kat ruang rehat dalam ofis tu. Rasa macam mengantuk, tutup lampu, tidor. Lunch kadang2 tak masuk pukul 1 lagi dah berdesup masing-masing keluar. Masuk balik ofis, repeat benda yang sama. Waktu balik supposed to be 5.30 petang, kadang-kadang buat alasan sakit perut lah, period pain lah, family datang lah. So kadang-kadang sejam awal dah lesap. Itu tak masuk lagi drama bergaduh dengan boyfriend dalam phone. Sekejap kang bergayut kt situ, sekejap kang bergayut kat tepi tandas. Aduhaiiiii…

Kenapa tak bagi kerja kat dorang? Ok let me tell you this. Aku dah bagi kerja kat dorang. Report yang aku suruh dorang buat semua report yang aku dah siap buat. Aku siap cakap kalau kurang faham boleh refer report aku. Dan kalau dah keluar pergi site, balik memang wajib buat report. Situasinya dorang sangat kurang common sense dan pemalas. Pergi site, balik je ofis terus pergi kt ruang rehat, duk lepak kat situ. 2 bulan aku cakap kat dorang, ingatkan dorang yang kena buat report bila balik dari site. Masuk bulan ke 3, sori lah. Aku tak boleh kompromi dengan orang-orang macam ni. Buat kerja bila ada mood sahaja. Dik, ko sedar tak yang ini bukan company bapak ko?

Pernah jugak 2 minggu aku tak bagi kerja langsung kat dorang sebab nak tengok siapa yang ada common sense bila masuk ofis tapi tak ada kerja langsung. Sudahnya dorang bawak mulut, kata aku sombong, berlagak. Mentang-mentang aku staff, tak nak ajar dorang. Alahaiiii, awal2 aku bagi kerja korang malas buat. Bila aku tak bagi kerja korang kata aku sombong. Sekarang ni bila aku bagi semula kerja kat dorang , tahu tak apa jawapan dorang? Sori kak, boleh tak kalau tak nak buat lagi kerja tu. Kiteorang perlukan masa dan ruang. Masa dan ruang untuk apa, aku pun tak tahu.

Kenapa tak marah je dorang? Nak tengking-tengking ni bukan lah aku. Bagi aku korang dah besar kot. Ada yang lagi tua daripada aku yang praktikal kat sini. Pernah aku naikkan suara sikit, tapi bukan lah maki hamun. Masa tu salah sorang dari dorang tinggal barang company dekat site. Sudahnya boss marah aku sbb boss tak tahu cerita sebenar. Lagipun awal2 lagi dah ada orang lain yang backup dorang. Balik ofis, aku cuba cakap sehabis baik. Tolonglah jangan cuai. Respon dorang, dengar teguran aku sambil main fb n youtube, dengan buat muka tak bersalah langsung. Tuhan je tahu perasaan aku masa tu.

Itu tak masuk lagi bab kebersihan ofis. Aku masukkan bab cuci pinggan cawan sendiri je. Perangai masing-masing lepas makan, main biar je pinggan dan cawan yang dorang dah guna kt atas meja. Berbuih dah mulut aku ckap, tolong basuh pinggan n cawan yang korang dah guna. Sudahnya sampai sekarang ada lagi cawan dorang berlonggok kat atas meja. Ya Tuhan, moga korang berubahlah bila dah jadi bini orang nanti. Masing-masing macam dah tak sabar dah nak menikah. Aku harap korang berubahlah walaupun demi laki korang.

Kenapa tak report je kat boss? Boss aku ni dia tak ambil pusing sangat masalah budak praktikal sebab banyak lagi benda lain dia kena fikir. Janji prestasi company cun. Tapi last week aku dedahkan sikit je prestasi budak-budak praktikal kat sini. Masa tu dorang kena buat presentation laporan industri kat boss. So masa tu ada beberapa perkara berkaitan gerak kerja yang aku tegur. Tapi aku takde la jahat sangat pun. Aku komen pasal kerja dorang je. Itu pun sikit sangat yang aku sentuh. Sebab muka masing-masing dah tak puas hati. Tapi sekurang-kurangnya biar boss buka mata sikit. Paling tak boleh blah, dalam 5 keping slide presentation dorang tu, dalam suggestion masing-masing duk tulis nakkan ‘equal respect’ antara staff dan budak praktikal. Korang sibuk nak equal respect bagai, tapi bila boss tanya apa sebenarnya yang awak belajar masa kat kolej dulu yg awak praktikkan kt sini, menggelabah masing-masing tak tahu nak jawab apa.

Dik, staff kat sini semua nampak perangai korang. Kecuali boss je yang tak nampak sangat since korang sangat pandai mengampu boss. Ada staff lain yang tegur kenapa budak praktikal rilek sangat, tapi staff kemain busy buat kerja? Anak boss yang jugak staff dalam company tu pun tegur kenapa korang selamba sangat lepak dan tidor kt ruang rehat waktu office hours? Hari-hari kena dengar korang mengilai dan mencarut sesama sendiri. Aku faham korang darah muda, nak enjoy, nak chill out. Aku pun muda jugak. Tapi nak berhibur, nak berseronok biar bertempat. Tak perlu tunjukkan dalam ofis sisi gelap korang.

Korang nak equal respect kan? Tapi sekurang-kurangnya jagalah sikit adab dalam ofis. Sedar ke tak yang korang terlalu biadab? Sepanjang company ni ambil budak intern, aku rasa yang ni paling teruk. Paling takde effort nak belajar. Paling besar kepala. Paling pemalas. Paling tiada common sense. Aku berkata-kata bukanlah sebab aku di posisi yang atas. Aku risau kalau diteruskan lagi perangai macam tu, macam mana masa depan korang? Kat sini mungkin lah korang diberi muka. Tapi cuba kalau company lain? Ada ke company yang nak pekerja yang bekerja ikut mood, takde effort langsung nak sumbangkan sesuatu untuk company dan attitude dalam ofis zero.

Dah habis cara dah aku buat. Friendly meeting, open meeting, wassup, tegur direct, semua dah buat. Bila tanya ada masalah ke? Masing-masing kata takde masalah. Berubah 2 hari je. Tu kira lama lah tu behave 2 hari. Aku tak tahu apa masalahnya dorang terlalu besar kepala. Tak minat atau tak boleh pergi dengan bidang kerja ni? Then kenapa mintak intern sini? Takde life praktikal kat sini? Apa yang takde life pulak. Korang berhibur sepanjang hari kot. Apa yang tak seronok lagi? Tak pandai? Then, belajar dan mintak tunjuk ajar. 2 bulan pertama boleh lah aku suap korang. Tapi dah masuk 4 bulan kalau takde effort langsung nak belajar, siapa yang sanggup nak ajar? Tertekan? Stress tang mana? Kerja pun korang tak buat. Nak stress apa?

Dik, realiti kerja hari ni menyakitkan. Ramai yang tiada peluang pekerjaan. Korang pun tahu yang boss kat sini sangat mudah untuk offer peluang pekerjaan pada student praktikal. Tapi kenapa korang sia-siakan?

Korang nak apa sebenarnya dalam hidup korang? أفلا تشكرون

– Staff Confession

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit