Hai, aku Padi09. Ada satu hari aku pernah marah jiran belakang dan ambil video dia.
Niat aku nak rekod dia pasal dia mengumpat badan aku tapi masa rekod tu dia tak mengumpat plak.
Yang pasti aku tak viralkan pun video tu dan delete permanently sebab dia tak mengumpat pun dalam video tu.
Lepas kejadian tu aku perasan orang2 yang duduk dalam rumah tu selalu perhatikan aku.
Bila aku bangun tidur, mandi, turun makan dsb. Lepas aku mandi aku selalu dengar bunyi squeaking toys yang baby main tu.
Da lama2, aku relax dulu kat bilik aku baru aku turun. Then aku perasan bunyi tu da takde.
Lepas tu ada event2 lain dengan diorang yang menyebabkan mereka report (polis? private investigator?) dan akhirnya aku di-TI oleh TI specialist dalam polis.
Korang nak tau TI tu apa tak. TI tu targeted individual di mana ada orang2 dalam kepala kau bercakap sesama sendiri dan kepada kau.
Dalam kes aku ni, ada 2-3 orang yang cakap kat aku dalam kepala aku yang dia tu polis dan aku kena respect dia. Diorang cakap lagi yang aku ni sedang direkod.
Aku perasan diorang boleh baca fikiran aku dan translate word by word exactly as it is.
Kadang2 lintasan fikiran yang laju pun diorang boleh tahu dan baca sebab diorang bagitahu aku sendiri. Diorang cakap dekat aku balik benda yang terkeluar tu.
Diorang juga boleh nampak apa yang aku nampak dan dengar apa yang aku dengarkan. Diorang tahu aku tersenyum ke menangis.
Kau tau apa impaknya pada aku? Aku mandi dalam gelap gelita, buang air dalam gelap gelita juga. Sebab diorang cakap diorang boleh nampak badan aku.
Aku dengar diorang 24/7 dah lebih sebulan ni. Aku duk rumah, keluar jalan2, buat aktiviti apa pun diorang ada. Time solat pun diorang bercakap dengan aku.
Aku search google dan jumpa remote neural monitoring tapi diorang cakap bukan yang tu. Diorang cakap aku kena ni namanya TI monitoring.
Anybody yang pernah ada pengalaman camni? Aku rasa aku hampir gila tapi aku masih waras lagi.
P/s. Takde bukti pun yang menunjukkan mereka tu polis. Aku pernah cakap yang kalau kau polis marilah datang rumah aku, tangkap aku. Tapi diorang cakap diorang takleh datang kat aku dan jumpa aku.
Korang rasa aku gila ke, halusinasi ke. Sekarang kan ramai je scammer mengaku polis. Polis kan ada kad kuasa, aku minta diorang tunjukkan kad kuasa dalam kepala aku diorang cakap tak boleh tunjuk.
Tujuan aku tulis ni nak tanya if anybody pernah kena kes camni and if anybody yang kerja polis know something about TI monitoring ni.
Thanks,
– Padi09 (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Macam tanda tanda penyakit Schizophrenia je