Korea Ni Bagus Ke Tak?

Bismillah.

Saya berhasrat utk menyatakan sedikit luahan dan pandangan, jika bermanfaat moga dapat diambil iktibar. Jika tidak, mohon teguran dan pandangan.

Kita semua sedia maklum, rakyat Malaysia, bahkan mungkin seluruh dunia sekarang terlalu taasub dan fanatik dengan segala macam drama/movies/tarian/lagu/rancangan realiti dari Korea.
kdrama,kpop,kmovies dsbg.

Drama2 terbaru terus mencanak laju, dipromosi dengan para artis pelakon yang tampan dan jelita.

Rancangan2 berbentuk hiburan juga terus bersaing pesat, membina ranking penonton yang tersendiri.

Malah yang memuja artis Korea juga semakin bertambah2, bukan setakat memuja malah tanpa segan silu menyebarkan pada dunia berkenaan ketagihan tersebut.

Saya tidak mengkritik melainkan kpd diri sendiri yg turut terjebak dgn wabak ini.

Menilai dari sisi pandang secara adil, tidak dinafikan naskhah drama Korea sememangnya lebih bermutu daripada drama tempatan. Mampu menambah ilmu kerana jalan dan bentuk penceritaan yg terperinci.

Cthnya,jika lakonan sebagai doktor, pelakon tersebut akan digilap, diajar dan dilatih berperanan selayaknya seorang doktor. Bukan sekadar berkot putih dan menggantung stetoskop di leher.

Kalau dilihat dari sudut reality show pula, ada kebaikannya juga. mampu memberi kesedaran dan terkadang pengubat stress, atau reward utk diri sendiri setelah berpulun memerah otak menempuh exam.

Itulah..sudut pandang positif yang saya nampak.

Tapi kawan2, kita semua tahu, disebalik yg baik2, negatifnya juga wujud. Malah mungkin lebih besar dan banyak.

Contoh?

Ok. Kiss scene. Hampir semua drama korea ada unsur kiss. Bukan kiss biasa2 tapi lips kiss. Kalau sekali kita tgk, mungkin masih ada iman, kita akan lajukan @ skip that part. tapi kalau dah berkali333 tengok, kita akan dapati rasa malu itu terhakis. Makin berkurang. Malah tak rasa berdosa. Lebih teruk, enjoy that scene. Kita muslim, selemah2 iman adalah benci dgn dosa.tapi jika hati pun dah mula seronok dgn dosa, tahap mana dah agaknya iman kita?

Lagi, pendedahan aurat yg terlalu ketara. Tengok saja mana2 korean girls group, semuanya bermodalkan sexy body. Dipertontonkan di khalayak tanpa malu. Ditambah dengan liuk dan rentak yang menggoda. Kita? menonton, dgn menjadikan alasan utk meniru rentak tarian kononnya. Utk menurunkan berat badan, utk enjoy dancing dsbg.. Walhal semakin kerap ditonton, semakin berakar ketagihan. Bila sudah ketagih, bukan mudah utk mengembalikan kewarasan akal.

Lagi..Pemujaan melampau kepada kecantikan fizikal. Kau cantik, kau akan dapat more and more. Pelakon2 utama korea, majority adalah goddess. Terlampau cantik. Maka penonton2 terpukau, berangan miliki aset sebegitu juga. Lihat saje di negara korea sendiri, plastic surgery adalah perkara normal. Terlalu ramai yg tidak berpuas hati dgn fizikal sendiri. Mencari bahagia dgn penampilan luaran semata..

Korean drama juga mengikis adat dan melanggar terus syariat. memang, kita tak expect sebuah drama islami dari producer korea, tapi at least limitkan apa yg patut dilimit. tidak perlu ditayang semua adegan from a to z. dan penonton? anda tahu what happened to you. Pernah rasa berdosa tak selepas menonton? nilah penyaksian kamu kelak bila ditanya apa amal kamu di dunia..nak jawab apa? aku tonton korean drama,kpop half of my life??

mengikis adab macamane? ok, ikut adat melayu, touching, kissing, bersedudukan dsbg hanya dibenarkan after marriage. Tapi dlm kdrama? pertemuan pertama pun dah boleh buat itu ini. Hilang adab kesopanan.

Bercakap ttg adab, bukan skdar adab melayu malah adab hindi juga menitikberatkan soal ni. Contoh dari movie Vivah (2006), penceritaan ttg proses menuju perkahwinan yang hampir menepati adat melayu dan hukum islam. bertunjang kesopanan. bermula dari proses taaruf,khitbah dan seterusnya. minima adegan panas, pergaulan bebas dsbg.

Justeru, saya dan kalian..pernah x rasa jijik dgn apa yg dah ditonton oleh sepasang mata kita? Dah berapa ribu detik masa terbuang dengan benda sia2.

Berniat dan berhasratlah utk berubah. Tak mampu takpe,asalkan ada keinginan..moga Allah lorongkan jalan.

Ingatlah kawan2, dosa tetap dosa walau kita selesa lantaran ramai orang melakukannya.

Sebab apa yg banyak org buat, tak menghalalkan apa yang salah.

Jom isi masa dengan aktiviti lebih bermanfaat, semoga mata kita dapat jadi saksi di akhirat nanti.

tepuk dada,tanya iman.

– Q.S

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit