Assalamualaikum. Aku adalah bekas pelajar Kolej Vokasional (KV).
KV yang aku masuk ni adalah separuh swasta separuh kerajaan. Kerajaan yang tanggung pembiayaan pelajar dari tempat tinggal, makanan dan yuran pengajian.
Masa aku masuk KV tersebut aku tingkatan 4, lepasan PT3.
Aku teruja sebab KV tersebut didirikan oleh orang yang berpengaruh di Malaysia. Tak semua orang tahu nama kolej aku tapi bila sebut nama CEO dia makcik pakcik tentu tahu siapa yang disebutkan.
Nak dijadikan cerita, kawalan di KV tersebut tersangatlah ketat, tak boleh pegang telefon, tak boleh couple.
Yang tak boleh brain, kawan aku ada upload gambar dia tidur dalam kelas dan gunakan hashtag nama kolej tersebut. Pihak kolej suruh dia buang gambar tu.
Masa tu aku masih mentah, aku rasa ye la masuk asrama memanglah ketat rules dia. Tapi satu hari masa exam kawan aku ni dah demam 3 hari, badan dah keluar tompok-tompok.
Pihak kolej tak hantar pergi klinik pun, katanya demam biasa. Kawan aku minta balik rumah tapi diorang tak kasi. Bila dia pergi klinik sendiri rupanya dia kena demam denggi.
Tak cakap lagi pasal Pengarah KV. Dia punya tahap gila aku tak boleh brain, dia nak psycho semua orang. Kalau dia tak suka student tu dia kutuk habis2 sampai student tu down.
Ada kawan aku, dia study half way je kat KV tu sebab dah tak tahan maki. Ada kes dia bertumbuk dengan student sampai masuk kes polis.
Lecturer pun kena jugak tempias, kena bayar gaji lambat, bayar untuk part time je sedangkan diaorang kerja full time dah 4 tahun. Ini pun salah pihak pengurusan di atas sana.
Macam aku cakap, KV aku half swasta half kerajaan, bermakna kerajaan bayar CEO KV dengan tujuan dapat melahirkan graduan yang mempunyai kerja. Mostly duit dapat pada CEO, pelajar yang sengsara.
Hostel tak dibaiki. Makanan tak berkualiti, kolej tak ada faciliti. Kebanyakkannya pelajar yang naik taraf sendiri kawasan hostel dan kolej.
Sekarang ni program biasiswa dari kerajaan dah diberhentikan dari kolej tersebut.
Jadi sesiapa yang nak masuk kolej berkenaan kena masuk selepas SPM dan kena bayar yuran yang aku rasa langsung tak berbaloi dengan duit yang kau keluarkan.
– Lan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit