Kos ‘Culinary Arts’

Assalamualaikum untuk pembaca IIUM confession and hope admin approve lah post saya yang ni sebab bukan saya post bende merapu2 saya post ni sebab nak education orang ramai pasal course culinary arts. Tujuan saya bukak topik ni sebab ramai sangat salah faham pasal course culinary arts ni so saya terpanggil untuk ceritakan pasal course ni. Ok bila dengar course culinary arts or dalam bahasa melayu seni kulinari ni myb ada yang tau pasal course ni & ada yang tak penah dengar nama course ni so untuk adik2 yang akan habis SPM myb berminat course ni boleh tau serba sedikit pasal course ni. Seni kulinari ni adalah course masakan or we call it,chef course.

Selalu orang ingat amik course culinary arts je nanti dah kerja jadi chef, awak semua salah.ramai pandang rendah course ni yelah tukang masak je kan lain lah doctor, engineer,lawyer & so on bila dengar amik course hebat2 tu kat university mesti bangga. Untuk pengetahuan awak semua course ni kita belajar accounting, finance, economics, law, entreprenuership, business, & so on. Ingat course ni masak je ke kat dapur. Reason ada subject2 ni sebab bila dah kerja nanti bukan setakat boleh jadi chef tapi kita boleh kerja as food & beverage manager, assi. Manager restaurant,manager restaurant, food stylist magazine, sales,marketing bla bla…banyak lah lagi selain chef. senang cerita job opportunities tu meluas. Selagi tempat tu berkaitan dengan makanan itu memang lubuk tempat kerja kita.

Jangan takut susah cari kerja sebab sentiasa ada je peluang perkerjaan bahagian makanan tu sebab even ekonomi negara teruk pun still orang kene makan juga kan.Kalau berminat jadi chef boleh apply kerja kat hotel, hospital, restaurant, cruise, airport, & banyak lagi. Dalam kitchen hotel ada macam2 jenis kitchen contoh pastry kitchen, western kitchen,malay kitchen, bakery kitchen,garde manger kitchen, butcher, chinese kitchen, indian kitchen,japaness kitchen & macam2 lagi. Kalau pangkat dalam kitchen pulak start from kitchen helper, commis 3, commis 2,commis 1, demi chef, chef de partie, jr. Sous chef, sous chef, chef de cuisine & paling tinggi executive chef.

So kalau korang habis diploma culinary arts ni selalunya korang lompat terus commis 2 or commis 3 tengok berapa bintang hotel korang tu.kalau lagi rendah bintang hotel tu myb korang boleh lompat terus commis 2. Selalu orang ingat kalau habis diploma je baru dapat kerja dekat hotel dah boleh jadi chef. Btw commis tu bukan chef lagi yea dia kitchen staff. Ingat senang2 ke nak dapat pangkat chef tu korang kene kerja at least 4 tahun paling cepat & korang start dr commis 2,bila dah sampai pangkat demi chef tu baru boleh panggil diri korang chef. Korang selalu di hidangkan oleh tv rancangan memasak by celebrite chef pastu bila korang tengok korang macam wowww bestnya jadi chef.

Ok semua tu tipu je. Penah tengok hell kitchen? Sila lah tengok macam tu lah kehidupan seorang chef. Takdenya nak tegur elok2 senyum2 time tengah busy memang maki hamun je mendapat.chef ni ibarat askar dalam kitchen sebab kerja2 dorang berat yea. Kalau yang jenis manja2 ni saya bagi 2 jam je mesti lari nangis balik rumah sebab tak tahan  jujur saya cakap orang kerja kitchen ni kasar2 & mulut laser (ada yang baik tu pun bertuah lah kalau dapat).kerja kitchen ni mostly banyak lelaki,perempuan pun ada tapi dorang banyak kat pastry & garde mange sebab kitchen ni dia relex sikit tak panas & ada air cond. Kalau yang hardcore tu malay kitchen selalunya chef sado2 gangster datang dari malay kitchen. Kerja dorang berat. Korang bayangkan dia nak masak mee goreng tu untuk 300 orang dalam kuali besar tu.nampak simple je masak mee goreng tapi bayangkan dorang gaul sorang2 dalam periuk besar tu dalam kuantiti yang banyak & jangan bagi hangus kalau tangan tak kuat gaul 3 kali je terus cramp tangan.kalau nak jadi chef tangan kene kuat yea.

So kerjaya seorang chef ni sesuai untuk orang yang tak suka kerja office, suka cabaran, kreative, tahan maki, tahan panas, boleh kerja lebih 12 jam, sanggup kerja masa public holiday termasuklah masa raya aidilfitri.tapi bila kau dah pangkat jr. Sous chef kene duduk office sikit lah buat costing semua tu kene hadap pc.senang cerita kerja chef ni takde life. Pegi pagi balik malam. Untuk yang suka kerja kat oversea tu memang digalakkan jangan risau ada je banyak peluang kerja kitchen kat hotel2 oversea. Kalau awak mimpikan gaji yang tinggi masa start kerja jangan harap lah, sebab gaji basic rendah mostly dorang ni buat OT nak pulun gaji banyak sikit. Tapi bila awak dah berpengalaman bertahun2 gaji chef agak tinggi lah boleh cecah 10K above. Nak cepat naik pangkat kene main lompat2 hotel myb kerja hotel tu 2 or 3 tahun try lompat hotel lain & apply position tinggi dari tempat kerja lame. Kalau tak salah saya gaji pastry chef antara gaji paling tinggi.

Skill pastry chef antara yang termahal.awak tau tak nak belajar buat wedding cake bertingkat2 tu saya penah tanya chef ni nak belajar kat kelas dia mintak 3K.giler mahal.tapi satu wedding cake tu awak boleh jual dengan harga beratus2 kalau buat business wedding cake. Ramai saya tanya ape beza tukang masak biasa & amik course culinary arts ni? Course culinary arts ni bukan belajar masak je tapi kita ajar cara platting ikut creativity. Arts seorang chef adalah pada food di dalam pinggan.di situlah awak boleh nampak hasil seni seorang chef sebab kita makan dengan mata dulu then baru mulut sebab tu penting kene plating food cantik2. Bukan semua orang boleh masak dalam kuantiti yang banyak dalam 500 pax tapi still sedap.semua orang boleh masak tapi bukan semua orang boleh masak dalam kuantiti yang banyak macam chef. So siapa2 yang taknak jadi chef boleh kerja bahagian management macam jawatan2 saya sebut di atas tu.

Ok sampai sini je sebenarnya banyak lagi saya nak cerita tapi takut korang boring plak baca panjang sangat plus saya taip pakai hp so.leceh sikit. Oklaha tq bye Edit

– Zacky

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit