Assalamualaikum dan hi.. terima kasih admin sebab bagi peluang untuk saya share serba sedikit pengalaman saya ni..
Saya anak bongsu dari enam adik beradik. Saya ada tiga orang kakak dan dua orang abang. Saya terpanggil untuk berkongsi mengenai hal urusan perkhawinan sepertimana yang menjadi satu impak besar buat masyarakat kita.
Selalunya kalau majlis perkhawinan, masyarakat kita akan andaikan perlu perbelanjaan yang banyak sebab nak buat masjlis tu grand atau besar besaran. Nak masuk meminang pun sekurangnya perlukan RM 10k-15k tu baru hantaran, belum termasuk lagi dengan perbelanjaan majlis. So bila majlis memerlukan belanja yang tinggi, pelbagai persepsi masyarakat sekeliling perlu dijaga. Sebabnya juga takut orang orang mengata dan sebagainya.
Bagi saya, perkara ini adalah bergantung kepada individu tersebut. Tak semua perbelanjaan perlukan kos yang tinggi. Contohnya kakak saya, perkhawinan yang dibuat termasuk dengan hantaran tidak lebih dari Rm 10k pun.
Ok meh sini saya elobratekan. Hantaran yang diberi setelah dipersetujui adalah 6 dinar, lebih kurang dalam Rm 5k (mengikut harga pasaran). Manakala untuk dulang hantaran, kakak saya letak barang barang yang dia da lama beli tapi tak pakai lagi. Pastu untuk kenduri makan, kiteorang menjemput lebih kurang 100 orang untuk datang makan time nikah siap ada lebih lagi. Sume barangan kenduri kiteorang prepare sendiri lagi cut cost. So jumlah perbelanjaan takde la macam ribu ribu. Ha untuk pelami kitorang DIY je. Pakai kerusi rumah mak yang dia sayang. Kalau ada yang boleh recycle kitorang akan recycle dan akan guna sebaik mungkin. Bukan nak cakap kiteorang kedekut yea!. Tapi ada jugak yang kitorang beli baru.
So kepada mereka mereka yang menganggap perbelanjaan perkhawinan sangat tinggi please la, sebenarnya bukan tinggi tapi banyak perkara yang boleh recylce tolong la pakai balik jangan cepat nak tukar baru je semua.
Untuk hantaran, selagi boleh consider, tolonglah tolerate. Kakak kakak saya yang dah berkhawin, mak ayah kiteorang akan consider jugak, asalkan agama menjadi keutamaan.
– Aisya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit