Kos Sara Hidup Tinggi

Aku ada satu teori yang betul2 aku rasa kenapa kos sara hidup tinggi. Semuanya sebab kita Melayu ni suka nak ikut2 culture Western.

Sampai la ke tahap perkahwinan. Terima je culture 50/50 jugak. Semua atas alasan, zaman sekarang bukan macam dulu. Semua benda mahal. Isteri kena bantu bayar jugak.

Islam cakap apa?

Isteri kena bantu bayar ke benda2 keperluan? Basic necessities? No. There’s no such thing as 50/50 in Islam.

Rumah,

Bil air,

Bil elektrik,

Makanan,

Pakaian,

Barang keperluan anak-anak,

Semua benda keperluan semua SUAMI sepatutnya yang tanggung sorang.

Isteri kerja buat apa? Suka hati depa la. Depa dah penat2 carry your children for 9 months, bertarung nyawa. Duit dia is duit dia. Kalau dia nak belanja kau, up to her.

Islam itu dah cantik dah. Yes, perempuan tak ada responsibilities. Tapi dalam faraid, bahagian perempuan sikit je. Sebab apa?

Perempuan ni royalty. Memang lelaki kena jaga. Selagi tak kahwin, itu responsibility bapanya. Kalau dah kahwin, suami yang tanggung dia 100%. Bukan 50/50.

Turun darjat perempuan ke kalau kita ikut cara Islam? No. Actually lagi naikkan martabat perempuan. Sebab itu semua Allah punya undang-undang. Bukan kaum wanita yang pandai2 buat undang2 macam ni. Please.

Kalau culture kat Malaysia ikut culture Islam sebenar, lelaki sorang je tanggung, most probably kos sara hidup terpaksa turun.

Aku benci betul tengok ‘pendapatan isi rumah tangga’ untuk determine kemampuan sebuah keluarga tu. Kepala hotak kau, patutnya based on gaji LELAKI sahaja. Cuba fikir2 kan.

Sebab mana ada lelaki mampu tanggung keluarga sorang2 kalau dia punya gaji bukan at least RM15k sebulan.

Tolong lah, siapa yang tak kahwin lagi, kalau kau lelaki, dapatkan income stable at least RM15k setiap bulan dulu, baru kahwin. Jangan berangan la nak kahwin kalau gaji kau RM3500 je.

Kalau dapat isteri yang tak kisah duduk rumah yang kau mampu bayar dengan gaji sikit macam tu tak apa.

Isteri pun satu, kalau lelaki kau gaji RM3500, duduk je pangsapuri. Sekarang ni banyak dah tutorial makeover rumah.

– Idris (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *