Kosong

Aku Anne. Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Part time housewife. Full time stable career yang masih mencari pengalaman dan belajar benda baru from time to time.

Aku happy dengan kerjaya ku sekarang. Suami, kerja badan beruniform. Kami berkahwin pada usiaku yang masih muda awal 20an setelah aku tamat pengajian diploma. Berkahwin atas dasar suka sama suka.

Perkahwinan kami menginjak ke usia 8 tahun. Alhamdulillah. Cerita aku hanya ingin meluahkan rasa kosong dalam jiwa.

Aku dan suami duduk serumah tetapi atas kekangan tugas dia, kami hanya akan berjumpa seminggu 3 hari sahaja. Anak-anak mesti lah happy kalau ayah dorang balik sekejap tu. Asyik nak melekat aje.

Pun begitu, aku mula rasa kosong sebab segala urusan baik dari segi anak, komitmen semua aku kena uruskan sendiri.

Sejak anak lahir aku lah berulang cek up sendiri, anak warded aku lah kena cuti sebab nak jaga anak, sekarang anak dah mula sekolah aku juga lah yang berulang ulang alik amik anak.

Bukan taknak guna transport tapi sekolah anak aku lebih dekat dengan pejabat aku dan agak jauh dari rumah so takde transport yang cover area tu. Nak masukkan anak full day?

Tak mampu lah kita wak. Mahal betul. Dan pada aku, aku ada peluang sekejap je untuk ada pause moment dengan anak.

Tinggi value moment ni yang aku tak nak sia2kan. Dah la ayahnya jarang ada. Kesian ke anak pun ye juga. So, 8 tahun ya aku banyak independent. Tapi dah terlalu independent pun susah juga ya.

Anak seakan memahami. Kesian ibu asyik kena buat sorang-sorang katanya. Hmm nasib ibu nak. Tapi takpe ibu faham. Dan akibat terlalu memahami. Aku pulak yang terkono. Kereta aku bayar bulan-bulan tapi dia yang lenjan.

Sekolah, taska anak aku yang bayar. Aku mampu thats why aku pilih untuk diam. Komitmen suami? Banyak habis ke bayar hutang. Kerja senang buat loan kan.

Tapi satu yang baiknya bab tanggungjawab untuk makan minum dia tak culas. Masih beli barang2 dapur. Limitlah sebulan berapa. Thats it. Ok la dari takde ye.

Kadang ada part yang aku rasa aku ni bukan isteri yang baik untuk dia, suka nak ungkit2. Biarpun suka ungkit2 dalam hati sendiri je pun. Aku tak de ramai kawan.

Hidup merantau ni buat aku hidup dengan pergi kerja, tengahari amik anak, kerja balik, balik petang masak (aku memang hari2 masak untuk dinner daripada beli luar sebab malas nak singgah2), spend time dengan anak. Itu aje ulang hari2.

Dan sekarang, aku mula nampak yang dia terlalu selesa bila ada isteri yang terlalu independent ni.

Asal hari dia tak kerja dia akan ada balik rumah. Bangun tidur lewat. Kurang2 pukul 12 keatas baru dia bangun. Kerja rumah? Hmm jauh sekali.

Kalau suruh buat time tu je la. Dia akan layan anak2 jap pastu sambung main phone lepas tu tidur. Tak function kalau ada kt rumah.

So, aku lagi seronok kalau dia tak de kat rumah. Tak sakit mata. Bila nak mengadu kat mak mertua, ayat dia. “Takpela, kena faham kerja dia mcmana, penat” Huhh nombor 2 tak function. Mak pak dia sangat alim agama.

Which is the part yang aku suka masa mula2 kawin. Kita expect he is the one yang boleh guide kita. Tetapi tidak. Anak dia ni hauk weh.

Solat? Anak aku lagi beringat nak solat dari dia. Puasa? Anak lagi puasa penuh. Kadang kita yang malu. Aduhh… Faham kan?

Another part, bila dia balik of course la nak bersama. Humm hambar. Sebab aku penat. Penat dengan rutin kerja, balik rumah settle makan minum anak2. Kau tahu kau balik rilek nak sedap. Amboi. Senang lenang hidup kau. Haihh…

There is no spark in our marriage anymore. Hambar. Aku rasa kosong dan lagi happy dengan anak2 daripada ada dia. Bila dia ada kat rumah.

Takde pun effort nak menyembang ke ape dengan aku. Mungkin tak de ape yang menarik nak diceritakan kot. Dan mungkin aku yang dah hilang tarikan bagi dia.

Entahlah. Perkahwinan ni takde lah sampai tahap nak bercerai berai pun la. Mungkin ye la aku je kot seorang yang sabar dengan tahap kemalasan dan ketiadaan common sense dia ni.

Selama kahwin ni tak pernah sekali pun dia sendiri call mak ayah aku tanya khabar ke. Aduhai.. Aku yang naik malu..

Pernah sekali dia call mak aku itu pun masa aku bersalin anak sulung. Nak inform yang aku dah bersalin. Hahh tu je la.

So, nasihat untuk yang tengah mencari jodoh. Beringatla untuk cari yang sekufu. Dari segi financial, background, pemikiran. So tidaklah terjadi perkara sebegini dalam perkahwinan korang.

Dan aku? Masih mencari kekuatan untuk tempuh hari2 yang mendatang.

Aku kuat demi anak2. Jiwa yang masih kosong ni aku rasa begini je lah sampai jumpa jalan dan cara macamana nk uruskan.

Aku cuma doakan suami aku ada terdetik untuk berubah. Tak banyak sikit pun jadilah. Tunjuk contoh yang baik pada anak2.

Kepada lelaki kat luar sana, appreciate sikit effort isteri yang dah banyak mudahkan urusan kamu. Jangan lama2 amik kamu kesempatan.

Sekian…

– Anne (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *