Kosong Tanpa Mak Ayah

Mesej ini saya kongsi & harap dapat kongsi manfaat dengan pembaca. Sebelum itu terima kasih pada admin yang menyiarkan confession ini.

Semalam saya dengar perbualan tengang kawan A dengan ibunya “kan kita dah cakap kita tak boleh balik.mak tak faham ke?” Sebentar kemudian datang kawan B dan mereka bercerita tentang plan menonton wayang & terus ke Penang. Sambil ingatkan RM240 yang kawan B patut bayar padanya. Saya ke pantry membaca mug kotor dan kawan B pelawa tengok wayang. “Balik kampung” Jawab saya
“Kau ni, asyik balik kampung je..” Balas kawan B
“Aku tinggal ayah sorang tu je, sementara masih ada ni kan..” Aku pandang kawan A, memang ayat tu untuk dia. Dia sedikit terkejut. Aku harap ayat tu masuk dalam hati dia. Paling tidak, boleh buat dia rasa bersalah dengan kata kata kasar dia tadi.

Kawan,
Aku pernah cerita kat kau macam mana kosongnya rasa lepas aku tahu arwah mak aku meninggal. Aku tak akan lupa masa tu. Aku balik kejap je nak ambil baju bersih. Kemas rumah sikit-sikit & ako dapat panggilan dari abah bagitau arwah mak dah tenat. Sebaik sahaja pintu lift terbuka, abah duduk kerusi di tepi pintu wad. Aku pandang abah “Pi masuk tengok” Kata abah. Waktu tu aku hairan. Kenapa abah tinggalkan mak yang tengah tenat?
Sampai di bilik mak. Nurse sedang ramai didalam bilik
“Kejap ya, kita bungkus kejap” Aku nampak bahagian kaki mak di bungkus dengan beg oren.
“Kenapa nak bungkus mak saya?” Tanya saya
“Pakcik tak bagitau ke?” Tanya nurse
Aku dah agak sesuatu. Aku masuk bilik tengok mak dah kaku. Aku keluar bilik tengok jam. 4.02p.m, aku jalan ke surau sebab masih belum zohor. Lepas solat aku rasa sedih sangat. Aku nangis semahunya. Aku betul betul rasa kosong.

Baru aku sedar,selama ni, walaupun mak aku marah aku. Mak aku baling pinggan mangkuk kat aku. Aku masih rasa aku ada seseorang. Aku masih rasa aku ada sebab untuk hidup. Aku masih ada tanggungjawab untuk aku tunaikan.

Lepas mak aku takde aku betul betul rasa kosong. Hari pertama kembali kr tempat kerja aku tak boleh fokus. Aju habiskan 5 hari balance AL aku. Balik dari hospital aku ke hospital. Sampai ke depan bilik arwah aku tak boleh masuk sebab dah ada pesakit lain. Aku duduk didepan bilik tu menangis. Aku betul betul rindu arwah mak aku. Walaupun 3 bulan sebelum arwah meninggal dia dah tak boleh bercakap, tak boleh bergerak aku still rasa aku masih ada dia. Tapi sekarang aku dah takde dia, aku dah tak tau kenapa aku perlu hidup. Ada sorang kakak nurse ni datang peluk aku. Mungkin dia tau apa yang aku rasa.

3 minggu lepas tu aku ke Klinik Mediviron Bangsar. Aku minta pandangan sebab kadang kadang aku macam terdengar arwah panggil aku. Doktor cadangkan aku ke hospital untuk dapatkan rawatan. Katanya mungkin aku tertekan & katanya lagi ini perkara biasa bagi seseorang yang kehilangan.

Sekarang, lepas ada anak sendiri baru aku faham apa yang arwah mak aku rasa. Mungkin arwah mak tak reti nak lahirkan perasaan sayang dengan kata kata tapi aku tahu dia sayang aku. Dan setiap kelatah anak buatkan aku lebih sayangkan arwah mak.

Untuk kawan kawan yang masih ada mak ayah. Hargailah…mungkin kadang kadang kita sibuk. Mungkin kadang kadang kita marah. Tapi ingat, kita dah tak punya banyak masa. Makin hari mak ayah kita makin tua. Kalau bukan mereka, mungkin kita yang pergi dulu.

Tak payah nak bangga pergi bercuti seluruh dunia kalau syurga kau pun kau abaikan. Tak payah nak acah-acah hipster makan kedai merata kalau mak ayah berkadar nak berbelanja pasal duit pencen tak masuk lagi.

Semoga arwah sentiasa dalam redha Allah & ditempatkan dikalangan orang orang yang soleh.

Anak Emak

– Anak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit