Kuala Lumpur bandar mundur yg acah-acah nak jadi bandar maju…
Sejak zaman pemerintahan DS Najib Razak ini Kuala Lumpur semakin sesak tetapi jalanraya utama dalam kota semakin kecil dan parkir semakin mahal.
Pertama, kenapa Kuala Lumpur semakin sesak?
Ini kerana kepincangan kerajaan zaman Najib yg tidak mengikut sistem zaman Mahathir. Pada zaman Mahathir pembangunan dihentikan di Kuala Lumpur dan difokuskan di Putrajaya agar kesesakan lalulintas dan kepadatan penduduk di Kuala Lumpur dapat dikurangkan. Padw zaman Najib, semua tanah-tanah yg dahulunya taman atau tempat meletak kereta di KL dibangunkan menjadi bangunan pencakar langit seperti pejabat dan kondominium mahal jutaan ringgit yg hanya mampu dibeli oleh orang asing. Bayangkan satu tingkat bangunan mampu mengisi sekitar 30 orang, dan purata tingkat bangunan adalah 20 tingkat minimum, maka 600 orang telah bertambah setiap kali satu bangunan di tapak yg kecil dibina.
Selain itu, jalanraya yg ada diperkecil dan dibuat tempat pejalan kaki atau taman rumput besar2. Perancang bandar sekarang jujurnya saya katakan amatlah bodoh. Malaysia negara beriklim tropika yg panas, lembab dan selalu hujan. Kalau berjalan waktu tengahari cuma 100 meter di tempat pejalan kaki pasti telah bermandikan peluh. Apatah lagi kalau hujan sudah pasti basah kuyup. Oleh itu, tidak seperti di negara maju yg beriklim sejuk dan kering, tiada siapa sanggup berjalan tengah panas. Akibatnya tempat pejalan kaki yg besar adalah tidak diperlukan, maka lebih baik mengekalkan lorong dan jalanraya yg besar. Jika alasan kereta suka parkir secara haram di tepi jalan, itulah gunanya pegawai DBKL untuk menghalau dan menyaman kenderan parkir di tepi jalan yg menghalang lalulintas.
Kemudian kita sering mendengar Menteri Wilayah yg duduk di Putrajaya bebas daripada tekanan hidup di KL berhasrat ingin mengurangkan kemasukan kereta ke KL. Oleh itu beliau ingin mengenakan tol dan parkir yg mahal di KL. Beliau tidak faham bahawa sistem pengangkutan awam di KL masih kurang effisien dan amat mahal setelah dinaikkan oleh kerajaan BN pada Disember 2015. Rakyat tiada pilihan untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat terpaksa menggunakan kereta. Lebih dahsyat beliau dan kerajaan berhasrat ingin menghalangkan kemasukan motorsikal kecil ke KL. Hakikatnya rakyat menggunakan motorsikal kecil inilah wira sebenar yg sanggup menghadapi risiko demi mengurangkan kesesakan jalanraya dan tempat parkir.
Selain itu, kewujudan Grab dan Uber telah menyebabkan kesesakan lalulintas bertambah. Memang benar kewujudan Grab dan Uber memudahkan penumpang dgn tambang yg lebih murah dan tempahan hanya melalui smartphone selain menjadi pendapatan tambahan bagi rakyat seperti suri rumah kerana masa bekerja yg bebas. Tetapi kewujudan pemandu Grab dan Uber bertambah dengan banyaknya sehingga ada syarikat kapitalis mengambil kesempatan membuat program kereta sewa untuk pemandu Grab dan Uber. Maka bilangan kereta bertambah dengan drastik di bandar KL.
Penyelesaian kepada kesesakan lalulintas dan kepadatan penduduk yg bertambah di KL adalah dengan :
1. Menghentikan pembinaan bangunan pencakar langit
2. Melebarkan jalanraya dgn mengecilkan tempat pejalan kaki dan menghapuskan taman2 yg tidak berguna.
3. Membangunkan tanah kosong menjadi tempat parkir.
4. Mengurangkan harga tambang pengangkutan awam spt LRT dan Monorel.
5. Menambahkan jumlah pengangkutan awam yg bukan di atas jalanraya spt LRT, MRT dan Monorel.
6. Membina lebih banyak tempat parkir di setiap stesen LRT, MRT dan Monorel.
7. Menggalakkan rakyat mengggunakan motorsikal dengan memperbanyakkan tempat parkir motorsikal dan parkir percuma.
8. Menghapuskan semua tol di dalam KL kerana hakikatnya pondok tol (walaupun telah elektronik sepenuhnya) adalah punca utama kesesakan lalulintas di jalan tol tersebut.
Sekian saja luahan saya sebagai penduduk KL
– Warga KL
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit