Kpoppers

assalamualaikum,

Entri ini adalah khas untuk semua kpoppers yang fanatik. Aku merupakan seorang student yang belajar di luar negara namun mempunyai komuniti melayu yang ramai di sini. Hidup seperti biasa, namun dikelilingi oleh peminat kpop yang TERLAMPAU fanatik membuatkan hidupku berasa rimas.

Aku tidak boleh terima facts yang mereka menyukai sesuatu yang membuat untung atas korang. Bila ada demand, then they will get more money. Anda semua sekadar sumber income je okay. Not that they really love u all. And yang lebih memburukkan lagi, some of them dari mula celik mata bangun dari tidur hingga ke lewat malam melayani video kpop tanpa sikit perasaan bersalah.

We are all grown up. We have responsibilities towards families, friends, studies, lecturers, and our deen. But some of my friends, bangun lewat meninggalkan solat subuh dan tanpa perasaan bersalahnya terus menonton video kpop. Some of them sanggup tak keluar bilik and bertapa dalam bilik berhari2 lamanya sebab nak tengok kpop.

Like seriously? Kpop ajar korang jadi macam tu ke? Kalau macam tu la ajaran Kpop, sorry I’m not going to respect any Kpoppers anymore. Korang membuatkan orang2 di sekeliling mempunyai bad impression towards the Kpop itself.

Yang paling latest, sanggup menggunakan duit titik peluh rakyat malaysia membayar cukai untuk membeli album yang berharga lebih kurang RM500 ( tidak termasuk cukai kastam) atas dasar minat dan rasa duit tu korang punya. dan bila end of the sem mula merungut duit tak cukup sampai sampai meminjam dari rakan2.

To all kpoppers, please lah, you have so many more to achieve, fikirlah untuk jangka panjang. sampai bila korang nak minat kpop tu. Tak salah untuk minat, tapi asalkan korang tahu limit. Sedar tanggungjawab yang diberikan. Hidup ni bukan hanya sekadar kpop semata-mata. Takkan korang nak ajar anak2 korang kpop . Buka mata, buka minda, terokalah dunia ni dengan lebih luas. Semoga Allah merahmati kalian semua.

– Yang Concern

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit