Krisis Adik-Beradik

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sudi siarkan. Terpanggil nak meluah kat sini sebab rata-rata komen semua positif. Jadi, mungkin saya dapat sesuatu lepas meluah disini.

Ceritanya macam ni, saya ni sejenis yang dari umur 16 tahun dah mula duduk jauk dari keluarga. Bersekolah asrama, masuk IPTA dan kerja.

Jadi beberapa tahun kebelakangan ni saya ambil keputusan untuk kerja dekat dengan rumah mak ayah sebab saya ada ketakutan masa duduk kerja jauh dulu fikir tak sempat nak jaga dan luangkan masa dengan mak ayah sebelum mereka atau saya tutup mata selamanya.

Jadi, bila saya ambil keputusan berhenti kerja selepas dapat tawaran kerja berdekatan dengan kampung, terus saya beritahu niat saya pada keluarga untuk tinggal dirumah mak ayah.

Malangnya, akak sulung saya mula berbunyi. Sebab waktu tu dia sekeluarga tinggal dirumah mak ayah.

Oh ye, saya masih bujang. Jadi, lepas mula kerja ditempat baru, saya ulang alik dari rumah ke pejabat. Rutin harian saya, lepas balik kerja pun saya akan duduk dalam bilik menghadap kerja.

Tambahan, saya nak kurangkan interaksi dengan mereka. Sebab suami akak saya ada serumah. Jadi saya tak keluar bilik sangat.

Satu hari tu sampai kat telinga saya yang dia mula cakap saya buat rumah mak ayah macam hotel. Sebab rutin saya yang macam tu tadi.

Waktu ni, saya pekakkan telinga je. Sebab saya taknak bergaduh. Jadi, saya buatlah apa yang patut asalkan saya tak dianggap tinggal di hotel. Punyalah demi nak puaskan hati orang.

Cerita tu tak habis sampai situ je. Timbul pula cerita lain yang akak saya ni tanya pada mak, bila saya nak duduk rumah sewa. Sebelum saya duduk rumah mak ayah, memang saya ada berniat nak duduk rumah sewa.

Tapi mak yang tak bagi sebab dekat je dengan rumah. Dan mak kata kalau saya ada, sekurangnya dia ada kawan berborak. Pasal kes ni, saya diam lagi sebab malas nak bertekak.

Lepas tu, saya buat je macam biasa. Saya cuba berborak dengan akak, tapi dia pulak tarik muka. Saya fikir baik jela mungkin sebab penat.

Ada satu hari tu masa saya masak kat dapur, saya cuba la ajak dia berborak. Dia langsung tak layan saya. Saya macam fikir, apa salah saya?

Lepas dari tu, saya memang diam je tak bercakap sangat melainkan bercakap dengan mak ayah je. Sebab pada saya, kalau orang tak suka tak perlu dah terhegeh-hegeh lagi nak buat baik. Sebab saya pun ada maruah.

Tak cukup sampai situ, dia dok ulang tanya mak bila saya nak menyewa sendiri. Dan suruh mak kahwinkan saya. Dia cakap saya memilih sangat.

Waktu ni saya dah mula geram dah. Siapa dia nak tentukan saya perlu kahwin bila dan tak perlu memilih? Sedangkan perkahwinan dia sendiri pun huru hara dengan suaminya tak kerja, duduk rumah mak ayah saja.

Bangun tidur tengahari, terus makan makanan yang mak masak. Sampai anak 3 pun masih duduk rumah mak ayah.

Selama saya berkerja jauh, saya cuma dengar cerita ni dari mak je. Tapi bila saya dah duduk rumah mak ayah, saya nampak sendiri apa yang mak cerita memang benar-benar berlaku.

Lepas dari tu memang saya mengamuk teruk. Sebab kesabaran saya dah sampai limit. Saya akui yang saya bukanlah orang yang penyabar.

Tapi bila orang dah mula melampaui batas biarpun saya berdiam diri sebelumnya, dia akan dapat pulangannya.

Waktu saya marah tu banyak yang saya bangkitkan termasuklah buat mak saya macam kuli. Dia laki bini anak-anak tahu nak makan je. Tapi makanan semua mak saya yang masak.

Lepas tu insaflah sekejap, masak sendiri. Dah lama tu jadi balik. Kulikan mak sesuka hati.

Perkara ni berlarutan sampailah ke hari ni. Dah 2x Ramadan (tahun lepas dan tahun ni), bila waktu berbuka je memang saya akan asingkan diri duduk berbuka dalam bilik sendirian.

Saya masak makanan untuk saya sendiri sebab setiap kali kalau saya masak atau beli makanan, diorang takkan sentuh pun makanan tu.

Kadang-kadang saya rasa sedih. Tapi saya tak boleh lupa setiap bait perkataan dan perlakuan dia terhadap saya. Apa yang saya cerita ni pun banyak yang saya dah tapis agar tak nampak teruknya.

Bila saya mengamuk, adik beradik semua pulaukan saya. Kata diorang, saya ni lupa pengorbanan kakak tu.

Tapi diorang tak nampak waktu saya berdiam cuba elak pergaduhan. Saya selalu diasak, dikata, diumpat. Sampailah waktu ulangtahun hari lahir saya. Sorang pun tak wish.

Tapi rezeki saya, Allah bagi dari sudut lain. Ramai kawan-kawan tempat kerja bagi hadiah dan surprise birthday.

Kalaulah mental saya tak kuat, saya rasa saya dah boleh kena depression. Sebab kakak saya yang kedua pun tak kurang hebatnya mengumpat mengata saya.

Waktu mula-mula pandemik, dia kehilangan kerja. Jadi saya bagi sikit duit belanja pada dia setiap bulan untuk tampung perbelanjaan anaknya.

Niat saya ikhlas. Tak canang pun pemberian tu pada sesiapa. Tapi akhirnya cerita yang sampai ditelinga saya, dikatanya saya ni berpura-pura baik. Mengucap panjang saya waktu ni. Saya nangis sendiri dalam bilik menahan sebak.

Sampai satu tahap, saya rasa saya taknak dah buat baik kat orang. Sebab akhirnya orang cakap saya bukan-bukan. Waktu saya ada duit, saya cuba bahagiakan semua orang. Sebab waktu saya tak berduit dulu saya dilayan macam sampah.

Ni cerita kakngah saya pulak. Waktu saya kecil, dia dapat masuk Universiti terkemuka. Dia cakap dengan mak ayah dan adik beradik yang lain, dalam keluarga ni saya la yang paling bodoh.

Tapi Allah tu Maha Adil. Dia tak dapat pun habiskan pengajiannya sebab kena repeat paper.

Dan kelayakannya kini hanyalah SPM. Pernah dulu waktu zaman saya belajar, saya minta kakngah tu untuk belikan baju raya untuk saya.

Dia tarik muka. Tapi tetap juga dia belikan. Bila dia sampai rumah dari beli belah, dia campak baju raya tu kat muka saya sambil dia kata ‘Nah, ko nak sangat kan baju raya.’

Apa yang saya boleh buat waktu tu? Saya hanya berdiam diri, asingkan diri dan menangis.

Banyak lagi yang tak saya ceritakan. Banyak lagi kekecewaan dan kesedihan saya yang tak mampu saya nak luah. Cuma saya minta doa dari semua yang membaca kisah saya ni agar doakan saya kuat lalui ujian ni.

Saya pun tak pasti, apa yang Allah nak ajarkan saya melalui ujian ni.

Sebab dalam keluarga, apa saja yang saya lakukan mesti orang akan perlekehkan.

Sampai sekarang saya masih memikirkan, apa silap saya sampai orang bencikan saya. Adakah silap saya lahir dalam keluarga ni?

– Zana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *