“Kroni” dan “Mencari Pasal” Ada di Mana-mana

Assalamualaikum wbt. Terima kasih sudi baca luahan aku.

Aku Javelin (bukan nama sebenar), lulusan master dalam bidang bioteknologi tapi belum dapat sebarang peluang untuk bekerja dalam bidang pengkhususan aku. Bahkan, tercampak di sebuah sekolah swasta sebagai seorang guru.

Aku bersyukur seadanya dan masih berusaha untuk menempatkan diri aku untuk bekerja di dalam bidang pengkhususan aku. Doakan aku ya.

Ok, bukan itu fokus utamanya. Yang aku nak story kat sini adalah situasi-situasi mencabar yang aku hadapi sepanjang bekerja di sini. Memang tak dinafikan banyak adegan mencari pasal dan keutamaan bagi kroni di sini yang aku lihat dan alami.

Dan aku ni pula jenis yang payah nak bersuara. Aku berpandangan yang sekolah adalah sebuah institusi pendidikan yang mana guru adalah role model pada para pelajarnya. Sekolah bukan tempat bertanding guru terhebat, terbagus, terpandai, dan macam-macam ter…lagi lah.

Jadi, bila dicari pasal atau dibuli, aku kebanyakannya diam sahaja. Sebab aku rasa sebagai guru, tak perlu kot berkelahi dengan orang yang tak faham bahasa.

Tapi, ya lah, sepasif-pasif aku, aku ada juga had kesabaran aku. Siapa boleh tahan bila kita terus-menerus dicari pasal oleh spesies manusia yang bingai lagi tak faham bahasa?

Kisah 1: Si Licik

Blacky adalah salah seorang guru di sekolah tu. Berkelulusan degree pengajian agama, Blacky diberikan matapelajaran Sains utk mengajar. Blacky ni masuk dulu daripada aku. Aku pula dapat matapelajaran Bahasa Inggeris.

Mesti korang pelik kan macam mana lulusan pengajian agama boleh diberi subjek Sains untuk mengajar? Sedangkan matapelajaran diajar mestilah ikut pengkhususan guru tu. Rupanya, baru aku tahu, Blacky yang minta nak ajar Sains ni.

Aku tak kisah lah semua tu. Aku happy jer dengan B.Inggeris yang aku dapat. Tapi, yang aku tak selesa ialah bertubi-tubinya soalan Sains yang ditanya oleh Blacky kepada aku.

Aku bukan selfish tapi masalahnya, sudah beberapa kali Blacky berkelakuan biadap terhadap aku (tak perlu lah aku cerita secara terperinci). Bahkan, Blacky pernah mengaibkan aku dalam bilik guru depan guru-guru lain.

Aku tak tahulah apa yang ada dalam otak Blacky yang dia ingat aku akan lupa macam tu jer segala kebiadapan dia tu.

Walaupun aku seorang guru, aku pun manusia, aku ada maruah, takkan aku nak biarkan diri aku diperalatkan oleh seorang guru yang sebenarnya tak berkebolehan dan malas nak buat persediaan tetapi lebih kepada nak glamour sahaja.

Aku tak nak guru-guru lain nampak macam aku ni boleh diperlakukan sesuka hati. Aku ambil keputusan untuk jauhkan diri dari Blacky dan tidak berkomunikasi lagi dengan dia supaya dia faham dan berhenti tanya aku macam-macam soalan.

Sebab pada aku, kalau pasal benda hidup dan bukan hidup pun nak menyoal aku yang sedang menulis rancangan pengajaran, itu melampau… Aku rasa buku rujukan Sains di pasaran takdelah sampai RM100.. Nak dengan tak nak jer sebagai guru untuk beli dan buat kajian.

Aku sendiri pun, memang bukan daripada background TESL, tetapi macam-macam buku rujukan dan ulangkaji aku rujuk untuk elakkan ajaran sesat sampai kepada pelajar. Blacky nampak faham dan tidak lagi cuba bertanya aku sebarang soalan.

Tapi, haaa,… ada tapinya. Seorang guru pun tidak lagi menegur aku di dalam bilik guru. Rupanya, Ustazah Blacky sudah menjaja cerita bahawa aku seorang yang marah kalau diganggu ketika sedang buat kerja.

Hakikatnya, aku tak marah kalau soalan tu memang susah atau level KBAT, tapi kalau setakat pengelasan benda hidup dan bukan hidup ni, orang awam yang bukan guru tu pun boleh fikir.

Jadi, korang nampak tak, dia sebenarnya bukan tak boleh fikir atau kaji, dia memang sengaja nak tunjuk boleh memerintah atau mengarah-arah aku dalam bilik guru tu.

Sunyi memang sunyi sebab dah takkan terlibat dalam sebarang sesi berborak ke dan sebagainya. Tapi, aku dah decide takkan sesekali tunduk pada pembuli seperti Blacky, yang sangat licik dan suka mereka cerita.

Aku tak sangka seorang guru boleh ada perangai bawa mulut macam ni. Haih… Aku takkan ajar matapelajaran yang aku tak mahir, kalau aku lah. Sebab ibubapa bayar yuran pakai wang, bukan daun kering.

Mana boleh biar guru yang tak berkemahiran menyampai ajaran macam tu sahaja kepada murid? Tapi, aku bercakap pun tak berguna because… everyone is on Blackey’s side!

Kisah 2: Menipu dan Tidak Mahu Mengaku Kesilapan

Well, semua orang tahu yang UPSR sudah dibubarkan. UPSR ni dulu ada dua kertas untuk matapelajaran B.Inggeris ni. Yang ada sekarang UASA, 1 kertas sahaja. Ok, aku ni tulis luahan jer bukan buat bengkel teknik menjawab soalan.

Berbalik kepada tajuk. Aku namakan dia Shorty. Dia ni orang lama sekolah ni. Shorty lagi tua dari aku dan hanya berkelulusan STAM begitu. Dia tiada ijazah sebab tidak tamat pengajian. Tetapi, dia sangat dijaga oleh orang atasan kerana sudah lama berkorban (berkhidmat) di sini.

So, Shorty selalu diberi jawatan yang tinggi. Dan Shorty juga pernah memalukan aku di hadapan rombongan lawatan guru dari Indonesia sebagai orang yang tidak ada keyakinan diri.

Walaupun aku seorang guru, aku juga manusia biasa, aku juga ada maruah,so, aku memang ada menaruh perasaan dendam.

Ok, berbalik kepada kisah. Begini. Kertas UASA tu dah tak boleh didownload dari website yang biasa. Maka, kami perlu sediakan sendiri. Aku tanya pada Lovely (GPK Akademik), akan format kertas yang nak dibuat. Nak ikut UPSR lama ke atau UASA baru.

Lovely tanya pada Shorty. Shorty jawab format UPSR lama yang ada 2 kertas itu, melalui Lovely.

Aku dan guru2 pun ikut dan hasilkan ikut format UPSR lama. Dah siap, dah hantar semua, Shorty call aku. Aku pun jawab. Dia tanya aku tentang format yang seharusnya digunakan untuk kertas peperiksaan.

Aku pun jawab, kalau ikutkan format terkini. Dia tanya aku lagi, aku dan guru-guru buat ikut format apa. Aku katalah. ikut format lama lah sebab Lovely bagitau kami yang kau kata suruh buat ikut format lama. Shorty kata dia takde cakap macam tu dekat Lovely pun.

Aku macam “oh ya ke?”. Dalam senyap-senyap, aku berjumpa dengan Lovely dan tanya dia. Lovely siap tunjuk pada aku bukti WhatsApp yang mengatakan si Shorty suruh ikut format lama.

Aku tengok jadual peperiksaan pun meletakkan setiap subjek sebagai 1 kertas sahaja. “Adui, Shorty… Format pun kau tak pasti ke” kataku dalam hati. Lepas tu, nak suruh gabung kertas 1 dan kertas 2 yang aku dah sediakan tu.

Aku kata mana boleh, nanti jadi 3 jam lah paper tu. Masa 1 jam 30 minit jer dalam jadual peperiksaan. Dalam hati aku, ni lah dia keyakinan diri yang sibuk disalak-salakkan dulu tu. Kertas peperiksaan pun dah tak tahu beza dah.

Banyak lagi bentuk kebiadapan yang aku alami. Aku tahu mungkin akan ada yang akan kecam aku. Tapi aku suka tulis kat sini. Sebab rasa bebas nak luah. Rasa puas.

Aku sebenarnya enjoy juga tau menyaksikan kebodohan orang yang cari pasal dengan aku ni. Sebab ia akan jadi penguat jiwa untuk aku abaikan kejahatan mereka itu. Terima kasih sudi baca.

– Javelin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Saya cadangkan cik Javelin cari jela kerja yg dlm bidang cik tu..insha Allah, sya doakn cik dpt kerja spt itu.. (dlm kluarga saya pon ada beberapa org yg amk course tu, rse nya x susah sgt diorang dpt kerja, at least jd ‘tutor’ dlu di IPT ke.. itu bab lain la), apa yg ingin saya bgi pendapat, bkn setakat guru (atau x terhad kpd jantina perempuan shj, yg lelaki pon sama), kebanyakan yg bekerja di ofis krjn or swasta, adalah bangsa yg ‘kepochi’ serta jarang2 skali yg berhati bersih & mulia, sampaikn kita yg duduk dekat (x join pon), boleh kdg2 terdengar dan terfikir “betul ke yg diorang ckp ni..?” Sesiapa yg ‘membangkang’ secara terang2an akn dianggap spt ‘kera sumbang’ dan hiduplah dia sorang2.. so, paling selamat, buat xtahu je n x perlu tambah2 ‘ajinomoto’ dlm perbualan diorang.. sya dah lma dlm keadaan mcm ni, sampai org kta, mcm xde perasaan.., lantaklah diorang nk mngata, mnganggap diri diorang je yg betul n ‘perfect’, pdhal kdg2 lagi teruk, malah paling teruk dlm kalangan diorang tu.. bila kita dah ‘keluar’ dari kelompok tersebut, barulah hati kita rasa aman dan damai.. so, pandai2 lah bwak diri n buat keputusan demi kehidupan awak di masa depan juga.. wallahu a’lam n wasalamu’alaikum..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *