Ku Bersuara, Demi Masa Depan Ku

Assalamualaikum semua. Nama diberi B bukan nama sebenar. Aku merupakan seorang gadis berusia 26 tahun.

Bagi kebanyakan orang, di usia begini sepatutnya dah ada teman disisi. Tapi aku, di usia 24 tahunlah ditinggalkan teman lelaki yang dulunya aku sayang sangat. Yang mana aku dah fikir jauh untuk hidup dengan dia. Tapi Allah mengetahui segalan-galanya.

Perkenalan ku dengan ex aku bermula di tempat kerja pertama aku. Diberi gelaran K. Kami kerja satu company. Aku dah lama perhatikan K dan seorang lagi rakan karibnya, S yang juga seorang Consultant. Masa tu, dua-dua aku suka. Kawan-kawan sekerja aku pun minat dua orang ni. Abang-abang hot lah kata kan. Kedua-dua pada aku mempunyai kelebihan masing-masing.

Dalam usia yang masih muda bagi aku pada waktu tu (22 tahun), aku nekad nak sambung pengajian aku ke peringkat degree. Dan berhajat juga untuk sambung terus ke master selepas tu. Sebab bagi aku pada zaman sekarang, Perempuan kena ada ‘something’ yang boleh menjamin masa depan terutama untuk diri sendiri.

Kena pandai berdikari dan boleh berdiri sendiri. Degree sekarang ibarat diploma. Master ibarat Degree. Betapa susahnya nak bersaing untuk teruskan kehidupan. Dengan niat yang ada, aku sentiasa berdoa pada Allah yang Maha Kaya, supaya permudahkan urusan aku .

Nak di jadikan cerita, masa tu ada event raya, company ada buat makan-makan. Haritu, aku ada ternampak K dan S. Bahagia sangat masa tu walaupun aku tahu aku tak dipandang. Dan.. Selepas itu, aku berdoa pada Allah, buat istikarah, solat hajat..

Aku berdoa jika salah seorang dari dua orang tu jodoh aku, tautkanlah hati kami dan permudahkanlah urusan aku dan dia. Dan tak lama selepas tu, aku dilamar K. Ya Allah.. Betapa syukurnya aku pada masa tu. Suka teramat bila orang yang dah lama kita tunggu melamar untuk jadi teman istimewa.

Katanya, sebelum tu dia ada dapat tawaran company lain. Tapi dia tolak. Tak rasa nak keluar dari company ni. Ada hikmah katanya dia tak pindah ke company lain. Kesungguhan K terserlah bila dia datang bertemu ibu aku minta izin untuk berkawan.

Fyi, ayah aku dah lama meninggal. Dan dia mnyatakan hasratnya untuk serius dengan aku. Ibu aku menyambut baik niatnya itu. Seminggu perkenalan, dia bawa aku ke majlis perkahwinan kawan dia untuk bertemu papa dan mamanya. Agak segan juga sebenarnya.

Tapi nampaklah kesungguhannya disitu. Selesai berborak, kami berjumpa kawan-kawan dia di tempat lain. Kawan dia dah nak kahwin masa tu. Jadi sempatlah aku wish good luck semoga dipermudahkan urusan kawan dia tu. Selesai semua, kami solat di sebuah masjid.. Dimana masjid tu merupakan masjid favourite aku.

Masjid yang paling cantik bagi aku ditepi tasik. Aku dan dia sama-sama berjalan menuju masjid. Aku pandang K, didalam hati sentiasa berdoa agar aku dapat disatukan dinikahkan dengan orang yang aku paling sayang,iaitu dia. Sayu sangat hati aku masa tu.

Mengarap doa dikabulkan. Selepas beberapa minggu, aku terus terang degan K yang aku nak sambung degree. Minta izin dia sebab kami merancang untuk berkahwin. Bagi aku, setiap apa yang aku buat, aku memerlukan persetujuan dari dia juga. Dan semestinya ibu aku juga. Ibu menyokong apa yang aku buat.

Dan dia juga menyokong aku katanya, “lebih elok belajar sekarang. Nanti kalau nak tunggu majlis takut drag masa. So better sambung terus.”.Kemudian aku terus proceed daftar course semua. Segalanya aku urus sendiri duit yang aku kumpul untuk yuran semuanya duit sendiri.

Alhamdulillah.. Rezeki dari Allah.. Hari pendaftaran K setia teman aku. Dan aku balas kebaikan dia tu dengan masakkan aku. Balik dari daftar terus aku masakkan untuk dia. Lama kelamaan, terasa seronok memasak. Hampir setiap kali dia datang, aku mesti akan masakkan dia.

Dann. Dia sangat suka air teh o. Dia asthma,so aku kena bagi teh o panas. Kadang-kadang je la dia minum yang ber ais. Aku rasa macam terlalu akrab sangat. Mcamana aku layan dia bgi minum, makan, macam aku layan suami.

Rasa sayang tu lain macam. Satu yang aku bersyukur sangat, dia jaga solat dan dia sangat jaga batas aku dengan dia. Bila dengan dia, aku rasa selamat. Nak bagi botol pun, dia akan pegang bahagian penutup botol tu dan aku akan pegang bahagian badan botol tu.

Sangat menjaga ikhtilat. Dia tak pernah tengking aku, marah aku. Dia banyak kali plan nak masuk minang, tapi selalu ada je hal. Daripada sebelum puasa, tak jadi. Lepas raya pun tak jadi. Lepas tu senyap saja. Bila aku tanya, dia cakap nanti dia datang.

Pada bulan 8 2018, K berpindah company lain. Dan kemudian aku juga berpindah ke company lain.
Alhamdulillah, setelah 2 kali berpindah company, aku dapat offer dekat company yang agak stabil dgn offer yang lebih tinggi yang aku sangat tak sangka.

Aku sangat bersangka baik dengan rezeki aku ini. Aku sentiasa fikir, “Ohh mungkin rezeki aku nak kahwin kot sebab tu dapat yang ini.” Tapi, Semuanya berubah bila dia tukar kerja ditempat lain. Dugaan bermula bila dia berubah sikit demi sikit. Aku tak tahu punca dia apa.

Aku cuba nak hadam apa yang dia cuba nak sampaikan tapi tak dapat. Aku rasa aku pun macam perempuan lain jugak suka dimanja. Tapi kitaorang call pun jarang sangat. Aku tak boleh call dia mcm tu je. Kena tanya dia dulu. Jumpa sebulan sekali. Itu aku faham kadang dia busy. Tapi itula, aku cuba nak faham dia. Makin hari rasa makin menjauh.

Hati kita tak boleh tipu bila kita rasa something yang tak best. Aku banyak kali slow talk dgn dia. Aku tanya dia dgn lembut and elok kenapa kita jadi macam ni. Ada salah kat mana2 ke. Ada apa2 nak cakap or nak bincang ke. Tapi still tak dpt jawapan. Sedih aku.. Aku rasa setiap hari aku menangis.

Makin hari aku rasa makin keruh. Sampai satu masa tu aku buat istikarah. Aku sempat buat 3 hari je masa tu. 1st day aku nampak gambar dia pakai kemeja putih tengah senyum pegang kek. Gambar tu aku dah lama sangat tak tengok.

Aku pun dah lupa yang aku ada gambar tu. 2nd day, lepas solat asar, masa tengah berzikir terdetik kat hati aku, aku nak jaga mak aku dulu, umur 26 tahun baru aku nak kawin. 3rd day aku tak rasa apa2. Tenang sangat rasa. Masa tu aku tak contact dia langsung then hari ke 4 tu baru aku contact balik macam biasa.

Allah Maha mengetahui,tak lama selepas tu keadaan makin keruh. Masa tu aku rasa sedih, kecewa sangat. Aku decided pergi rumah kakak aku untuk aku tenang kan diri. Aku suka pergi pantai. Tapi bukan untuk mandi la. Aku tak pandai berenang.

Aku pandang pantai sambil berdoa, aku monolog dalam hati apa yang aku rasa sambil menangis keluar air mata. Bila kena angin pantai yang kuat tu aku rasa Allah tengah peluk aku dan buatkan aku rasa tenang sangat. Terasa macam Allah tengah peluk and pujuk aku supaya jangan sedih jangan menangis.

Berderai air mata aku. Kakak aku dapat detect yang aku tengah sedih, dia tanya. Then dia bagi kata-kata semangat and nasihat dekat aku, aku terus menangis laju air mata aku keluar. Benda yang aku pendam lama sangat aku cerita dekat kakak aku. Then esoknya aku balik rumah aku balik.

Beberapa hari selepas tu kitaorang gaduh lagi. Dan malam tu jugak kitaorang putus. Malam tu jugak dia cerita balik dan ungkit apa yang aku buat dia tak suka itu ini. Yang paling aku sedih waktu tu, dia ungkit semua apa yang aku mampu buat untuk dia happy and celebrate untuk dia selama ni sebenarnya dia tak suka.

Tuhan je tahu perasaan aku masa tu. Berderai air mata aku macam air terjun. Effort aku selama ni semua sia-sia. Dia cuma cakap ada jodoh ada lah. Lepas dia cakap putus tu, aku terus pergi bilik mak aku sambil nangis masa tu pukul 11 malam.

Aku seorang yang susah nak nangis depan mak aku, tapi haritu aku menangis. Bila kakak aku dapat tahu, dia dengan husband dia terus datang rumah aku esokntya sebab nak make sure aku okay. Lepas tu aku okay. Sampai hari ke-3, aku sedih sangat Malam tu aku menangis sambil peluk mak aku sampai aku lembik sangat tak ada tenaga.

Aku bangun pkul 3 pagi tahajud, taubat menangis semua dan sambung menangis lagi sampai aku penat dan tertidur. Aku rasa tidur tu adalah ubat bagi aku untuk lupakan segalanya. Aku bangun pagi solat subuh, aku sambung menangis lagi sambil bercakap dengan mak aku.

Mak aku pun menangis sekali peluk aku. Dia sedih tengok anak dia macam ni. Aku cuba rileks sekejap, ambik time off aku datang kerja pkul 11 tghari. Dan lepas daripada tu, aku berjanji dekat diri aku yang aku tak nak buat mak aku menangis sebabkan aku sedih.

Aku tak nak dah menangis depan dia walau macamana sakit pun hati aku. Yela, mak mana yang tak sedih tengok orang buat anak dia menangis macam tu. Yang rapat dengan aku je tahu. Dan diaorang bagi nasihat dan buat aku happy. Thanks korang!

Dugaan.. Aku rasa aku double triple sedih masa ni sebab masa aku aku nak start kerja isnin tu, jumaat sebelum tu aku accident, kereta tak boleh guna kena masuk bengkel dekat sebulan juga.

Syukur masa 1stday kerja kawan sebelah aku tu rumah dia dekat dengan aku, so, tumpang dia je. then anak buah aku meninggal beberapa minggu lepastu and aku tak pernah jumpa arwah sebab arwah masuk nicu lepas lahir. Masa meninggal je aku dapat tengok dia dimandikan, dikafankan. Suci je arwah. Kesan bedah jahit langsung tak nampak.

Dan dalam masa yang sama aku kena friendzone dengan kawan aku sendiri dekat kelas. Kawan rapat sangat masa belajar sama-sama degree ni. Tambah pulak aku putus dengan boyfriend aku. Benda ni semua berlaku dalam masa 4 bulan je.

Setiap bulan ada dugaan satu-satu. Aku masa tu sangat down gila sampai aku pergi kelas pun aku rasa jasad je aku kat situ. Aku rasa macam tak nak pergi kelas sebab kat mana-mana aku lalu semua aku nampak dia ada. Sedih sangat sampai aku betul-betul terduduk . serius.!

Masa ni AKU DAH RASA MACAM BETUL2 TERJATUH TERLENTANG TAK BOLEH BANGUN DENGAN DUGAAN AKU NI. Masa nak final exam dekat tepi dewan, kawan aku tu dia nampak aku, dia tanya aku ni cane2, then dia blah je. Sedih sangat aku masa tu. Dah lah aku sorang2 je strugge, kau tinggalkan aku mcm tu je.

Then bila nak final exam ni tanya pasal formula exam kau cari aku, then kau blah macam tu je. Aku try untuk tak sedih masa tu. Cuba fokus untuk final. Tempat duduk exam pun aku duduk depan sekali sebab tak nak nampak diorg tu. Then bila habis, aku nk drive balik, aku menangis bila teringat moment tadi.

Sakitnya hati aku.. Allahu.. Dan result exam aku ikut tuan dia jugak menurun teruk. Lagi tambah sedih. Tapi Allah sangat baik. Dalam masa aku sedih tu, Allah happy kan aku dengan aku dapat permanent kerja dalam masa kurang 4 bulan kerja.

Sepatutnya 6 bulan probation, 6 bulan contract barulah permanent. Diorang semua terkejut sebab tak pernah jadi macam tu. Aku sorang je macam tu boss awalkan. Dan aku sangat bersyukur sangat sebab aku dikelilingi orang yang sayangkan aku. Boss-boss, colleagues aku semua sangat baik.

Ujian aku tak terhenti sampai situ, aku dapat tahu exec aku nak berhenti kerja. Ya Allah, aku lagi bertambah sedih sampai balik tu aku nangis. Farewell dia aku nangis depan dia. Sebab aku dah anggap dia macam abang aku. Sayang macam abang sendiri. Thanks Abg L.!

Allah akan ambil dan gantikan dengan yang lebih baik. And yess. Orang yang gantikan dia pun baik. Aku rasa lagi rapat dengan dia walaupun dia cina. Dia sangat caring. Aku bersyukur sangat. Sampai sekarang pun, boss dan exec aku selalu ajar aku benda baru. Aku dapat pengalaman baru. Bila aku tanya pasal study, diorang ajar sampai aku faham. Best sangat!

Dan sekarang dah tahun 2020. Aku mengharapkan aku bertemu seseorang yang boleh jaga aku macam mana parents aku jaga aku.

Yang paling penting boleh jadi anak yang baik untuk mak aku. 1st day tahun baru ex aku masa sekolah text balik. Tanya dah berpunya ke belum sebab dia nak ajak kawin. Girlfriend dia tak nak kawin lagi. Tapi aku tolak cara baik sebab aku tahu perangai dia mcm mana.

Dan seorang lagi kawan sekolah aku pun ajak kawin. Pun aku tolak jugak. Ada lagi kawan sekolah jugak yang suka dekat aku, tapi aku tolak. Kenapa aku tolak? Sebab aku tahu diorang macam mana dan aku tahu diorang tak boleh jaga dan bimbing aku. Bukan suka-suka tolak ya.

Aku bukan perasan diri cantik ke apa. Aku tak cantik pun. Biasa saja. Tapi aku perlu pilih yang betul-betul. Hati tak boleh dipaksa kan. Aku ada juga kenal2 dengan kawan boss aku, tapi tak sampai seminggu. Sebab dia suka cakap “auta”.

Everytime whatsapp, dia akan cakap, ‘kena pandai auta’. Then aku terus trun off. Dan yang last aku buat adalah aku ada masuk portal online cari jodoh, but apa yang aku jumpa yang jenis tak serius pun. Untuk geli2 je. Tu pun aku dah redha dah. Aku terus tutup akaun tu. Haha. Pada yang jumpa jodoh dekat situ, mmg rezeki korang. Serius!

Dan apa yang merubah aku sekarang adalah aku jadi lebih kuat dari dulu. Aku jadi ignorance person. Orang nak kawan ke tak nak aku dah tak kisah. Nak cakap pasal aku aku dah tak ada hati nak ambik tahu. Aku lebih suka buat hal sendiri dan hidup aku dengan adik-adik aku dan mak aku.

Aku stand alone struggle nak hidup dengan usaha aku. Aku susah ke, sakit hati ke apa aku diam. Masa solat aku nangis sambil doa. Itu je ubat aku selama ni. Aku ada Allah, family adik-adik, kawan-kawan yang bagi semangat. Bila kau dekat dengan Allah, kau tak perlukan orang lain. Allah saja yang akan dengar segala rintihan kau tanpa judgemental pun.

Sekarang, Bila aku jumpa orang, diorang tanya aku dah berpunya ke belum, semua tak percaya. Takkann lah tak ada, Tipulah tak ada boyfriend. Apa yang aku buat adalah aku mintak diorang doakan aku yang baik-baik supaya aku jumpa jodoh aku cepat.

Aku kena cukup bersabar dengan pertanyaan cepumas diorang akak2 makcik2 sebab dirg selalu cakap lepas. Pernah aku nak terlepas cakap dekat sorang akak ni, dia tanya aku, “B umur berapa sekarang?” aku jawabla “26 kak. kenapa?” Dia pun balas, “Ohh akak dulu 26 tengah buat hantaran kahwin dah.. Awak tu memilih sangat nak yang korea2 thai2 je.”

Then aku masa tu terus jawab, “Ohh YEKE, TAHNIAH LA. TAKPE, JALAN KITA LAIN2 ALLAH ATUR. SAYA 26 NI TAK HABIS BELAJAR LAGI KAK. INSHA ALLAH SAMPAI JODOH SAYA KAHWIN. DOAKAN YG BAIK2 YE SUPAYA JODOH SAYA CEPAT.”

Actually masa tu aku ada nk sambung lagi sebab geram dengan akak ni sebab selalu bitter dengan aku pasal jodoh ni. Dengan akak yang sorang lagi yang janda pun dia bitter jugak. Mengata macam2 bangga dia ada suami ada anak. Tapi masa tu tak tercakap sebab ada akak lagi sorang tu dia janda kat tepi kitaorang.

Aku nak cakap macam ni, “AKAK JAGA SUAMI AKAK ELOK2 YA. ZAMAN SKRG NI RAMAI PEREMPUAN SINGLE PERAMPAS. LAGI SATU AKAK JANGAN YAKIN SANGAT SUAMI AKAK TU JODOH SAMPAI MATI AKAK.

MANA TAHU KOT ESOK SUAMI AKAK MATI KANG JADI JANDA PULAK. KALAU ALLAH TU NAK BOLAK BALIKKAN HATI SUAMI AKAK TU, SEKELIP MATA JE BOLEH KAK. JANGAN BITTER SANGAT DENGAN ORANG SINGLE NI DORANG LAGI KURANG DOSA DARIPADA AKAK. .” Haishh. Aku nak bebel tu sebenarnya. Aku tahan je masa tu.

Tapi itulah, diorg yang tanya ni langsung tak jaga hati member. Aku pulak nak kena fikir jaga hati dia. Jaga percakapan ya kawan2.. Jangan bittter sangat dengan orang. Sekali orang doakan kau yang teruk2, sekali makbul, haa baru tahu langit tu tinggi ke rendah . Masa tu baru kau tahu kau tak cukup tanah ya.

Itu je nak cakap. Aku bukan nak give up, tapi aku sedang mencari & menanti yang terbaik and at the same time cuba jadi yang terbaik. Aku yakin Allah akan hantarkan yang terbaik untuk aku.

Doakan yang terbaik buat aku ya sahabat-sahabat sekalian. Doakan aku habis belajar awal tahun 2021 dan bertemu jodoh yang terbaik untuk aku. Aku tak tahu apa perancangan Allah buat aku, tapi aku sangat yakin yang segala perancangan Allah adalah yang terbaik. Doakan aku ya..

Ok. Apa yang aku nak share dekat semua pembaca adalah :

1) Perempuan kena pandai berdikari. Jangan mengharapkan orang lain untuk tolong kau. Selagi kau boleh buat sendiri, buat je. Sebab aku dulu aku tak pandai berdikari sangat dan sangat manja. Takut nak drive jauh2 paling jauh aku pergi pun puncak alam.

Lepas aku putus, aku dah berani drive jauh Selangor sampai Kelantan/ Terengganu. Apa2 yang aku nak buat, aku buat je sendiri selagi boleh. As long as mak tahu aku nak buat apa.

2) Cuba jadi ignorance person. Orang nak cakap buruk ke apa kau buat tak tahu je. Tapi kalau dah betul2 melampau tu tembak dengan peluru mulat kau tu je. Biar dia tahu hormat dekat kau. Sebab bagi aku sabar tu ada had kalau dah melampau batas yang melibatkan maruah kau.

Aku pernah buat macam ni. Aku banyak sabar dan diam sampai satu tahap aku geram sangat aku marah je sampai orang tu terdiam. Masa tu aku dah tak kisah walaupun orang tu dah tua 20 tahun dari aku. Aku rasa aku tak kurang ajar sebab aku nak betulkan dia tu. Jangan kurang ajar sangat. Orang pendiam ni bahaya ya gais.

3) Kena ingat, “sebenarnya orang yang dekat dan paling rapat dengan kita tak semestinya orang yang paling sayangkan kita.” Aku ambil kata-kata ni sebab baru aku nampak apa itu sayang sebenarnya. Dan aku rasainya sekarang. Serius! SAKIT SANGAT rasa dia, tapi inilah realiti kehidupan.

4) Selagi bujang, ambil masa spend masa untuk family. Manfaatkan betul-betul masa dengan family. Kalau ada duit lebih, belanja je family. Sebab bagi aku, masa tu tak boleh beli dan ulang balik. Family takkan friendzone kau, takkan tinggalkan kau walau macam mana jahat sekali pun kau.

Dan family juga yang akan bimbing kau jadi baik. Bagi aku, Bila aku dah spend masa untuk someone tu, maksudnya aku dah guna hidup aku ni hanya untuk spend masa dengan orang tu. Masa aku sangat berharga untuk orang yang aku sayang sahaja.

5) To be able to love someone else, Love yourself first. Apa-apa kau nak buat, fikir diri sendiri apa kesan kalau kau buat benda tu dekat diri kau. Jaga diri & hati kau betul2. Kau nak sayang orang boleh, tapi bak kata mak aku, kena ada rasa curiga/ negative at least sikit la.

Manusia tak perfect and ada jahat dia juga. Then sayang diri kau dgn ubah personality kau jadi lebih baik and cantik. Kalau kau dulu tak cantik dan gemuk, then skrg berubahlah jadi cantik dan kurus. Aku pegang kata2 ni sampai sekarang : “Focus on thing that could lead you to HAPPINESS”.

6) Put your trust in Allah and trust your journey. Kena yakin setiap apa yang jadi, semua dengan izin Allah. Allah tak pernah salah aturkan jalan hidup kita. Ingat tu! Cuma kita kena pandai pilih jalan hidup dan ikut je aturan Allah.

Dengan apa? Dengan doa. Hari-hari doa minta yang terbaik. InshaAllah, yang terbaik akan datang tepat pada masanya. Ustaz pesan, kalau kita nak Allah makbulkan doa kita, kita kena nangis betul2 merengek masa berdoa.

Sungguh2 berdoa. Last but not least, Jalan hidup kita tak sama dengan orang lain, so jgn ikut orang sangat. Ambil yang positive saja buat semangat dan ubah jalan kita jadi lebih baik dengan minta pada Allah s.w.t pencipta kita. Wallahualam.. Babaii. :)

Yang ikhlas,

– MISS LEBAH (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *