Ku Pinang Kau Dengan Bismillah

Assalamualaikum wbt pembaca sekalian. Aku doakan kalian semua berada dalam keadaan yang baik dibawah rahmat Allah.

Sebab aku tak boleh tido malam ni, tergerak hati aku nak kongsi kisah cinta aku dan suami aku yang aku rasakan Masha Allah memang jodoh dari langit sangat.

Seperti tajuk yang aku letak, ye akulah yang pinang suami aku dan akhirnya kami telahpun bersatu hampir 8 tahun sudah. Alhamdulillah.

Cerita dia macam ni. Lepas aku graduate dari UIA Allah rezekikan aku peluang pekerjaan di luar negara. Aku pun dengan semangat membara seronok dapat bekerja di negara orang.

Basically semuanya perfect. Kerja baik, gaji banyak, kalau ditanya tentang rupa paras aku Alhamdulillah takdelah cantek sangat tapi sweet tu ada. Cewah.

Tapi bila usia aku dah masuk 27 tahun gelabah tu pun datang. Dah la kat negara orang, mane pulak nak cekau jodoh kat sini.

Walaupun aku ade jugak la kawan dengan lelaki kat Malaysia tapi semua rase tak meyakinkan pun. Macam nak test market je. Memang tak minat betul aku lelaki camtu.

Jadi aku pun mulakanlah operasi mencari calon suami melalui portal cari jodoh.

Kalau nak ikotkan dengan pekerjaan aku dan rupa paras, orang macam tak sangka aku boleh carik jodoh kat situ. Tapi ntah mana idea aku dapat aku pun cubalah.

Tidaklah terlalu desperate pun, cuma aku nak rasa secure. Jadi aku fikir aku perlu berusaha selain berdoa.

Lepas aku masuk portal tu ade few candidates yang aku sapa termasuklah suami aku sekarang. Aku namakan dia Hariz la ye.

Yang aku approach tu ada doctor, ada engineer, ada banker. Cliche sangat laki pilihan pun. Hahahaha.

After few days aku pun cuba tengok respond macam mana. Wahhh ada jugak yang respond. Termasuklah Hariz.

Budi bahasa memang baik sopan santun tapi macam biasa aku jenis ambik masa untuk menilai orang jadi walaupun dia hensem seperti yang aku nak tapi aku takut jugak kalau kalau dia sebenarnya bukanlah lelaki yang baik.

Aku duk fikir jugak takkan lah hensem macam ni takde girlfriend lagi. Memang suspicious betul.

Sembang punye sembang, dia relax je takde mintak no watsap aku ke fb ke. Aku rase tergugat jugak. Hati macam dah suka ni.

Tapi dia macam relax je. Mungkin dia ade banyak pilihan lain. Yela dah name pun portal carik jodoh kan. Takkan aku dengan dia je ade dalam tu.

Nak di jadikan cerita. 1 hari aku jawab mesej dia, tapi dah 3 4 hari dia masih tak reply reply. Fb dia dah la aku takde, watsap jauh sekali.

Dalam hati tu ade jugak la fikir, meninggal ke dia ni. Dah kawen ke? Aku kena game ke?

Aku pun check lah mesej aku kat dia rupanya tak boleh send. Sebab kosong je.

Ntah macam mane aku punye gigih aku cakap kat dia boleh tak bagi aku fb or watsap dia kite sambung contact kat sana. Hahaha gigih kan aku. Ni kira aku request chat baru la dengan dia.

Ye! Aku memang tak suka buat benda yang sia sia. Jadi aku pun lupakan tentang malu, dengan selumber aku mintak fb n watsap dia.

Dia pun bagi. Tapi tak tau lah ape perasaan dia disebalik sana kan.

Maka selepas tu aku pun dapatlah kenal dia dengan lebih details. Ade hikmah mesej tu tersangkut.

Kenal punye kenal. Aku pun mulalah berdoa pada Allah. Aku ingat lagi doa aku. “Kurniakanlah suami yang baik paras rupanya, baik akhlaknya, pekerjaannya dan agamanya untukku”.

Aku tau doa aku terbalik, kau takyah kecam. Memang aku tau sepatutnya agama dulu, ni dah rupa paras pulak dulu agama yang last.

Aku sedar dah kejahilan aku dulu. Nak ensem je, tak sedar ensem tak boleh buat ape. Hahaha aku dah insaf.

Maka aku pun mintalah Allah beri petunjuk, adakah Hariz ni baik untuk aku.

Jeng jeng jeng. Jawapan Allah memang pantas.

Aku pendekkan cite jela ye. Lepas jumpa mak ayah dia, dia pun tinggalkan aku. Dia kata dia tak bersedia. Semuanya terlalu cepat.

Aku yang waktu tu kat luar negara bukan takat meraung, sampai dah mati akal dibuatnya. Rasa nak balik Malaysia waktu tu jugak nak tanya dia kenapaaaaa. Kenapa?

Kenapa lepas jumpa mak ayah dia baru dia nak putuskan hubungan. Dia dah pun jumpa ayah aku dan ayah aku sangatlah suka dia. Can u imagine????

Tapi being Hariz, dia siap boleh jalani hidup dengan aman damai je lepas tinggalkan aku.

Walaupun aku block dia dari semua media sosial, kadang kadang aku unblock dia jugak saja nak tengok dah kawen ke belum. Hahaha.

Sampailah satu hari, ayah aku tanya bila Hariz nak masuk minang. Aku pun sambil mengalirkan air mata bagitau dah tak contact dengan dia.

Ayah aku agak frust tapi dia tak tunjuk sangat. Dia just cakap takpelah. In sha Allah ada yang terbaik.

Eh, sekejap tau korang. Anak aku nangis nak minta susu pula..

– Isteri Bertuah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *