Ku Pinang Kau Dengan Bismillah II

Untuk part I, (https://iiumc.com/ku-pinang-kau-dengan-bismillah/).

Hai Assalamualaikum wbt pembaca sinetron akak semua.

Ramai yang baran nampaknya sebab tergantung sinetron akak di episod yang pertama.

Maaflah ye. Aku bukan test market, tapi anak aku pun waktu emak dia tengah nak recall kisah cinta, time tu lah dia nak susu sangat. Hahaha.

Okay aku sambung. Lepas Hariz tinggalkan aku, aku pun dengan hati yang luka dan lara teruskan hidup sambil menunggu jodoh dari langit yang lain.

Aku masih kerja di luar negara dah alang alang patah hati tu makin lama aku kerja.

Hahaha, sampai dah malas fikir pasal kahwin, aku nak beli kereta yang selesa dah la untuk mak ayah aku naik sekali kan.

Bulan berganti bulan. Selepas 10 bulan….. jeng jeng jeng. Ada whatsapp masuk.

Waktu tu aku tengah kerja. Jadi dah beberapa jam whatsapp tu masuk tapi aku baru berkesempatan nak buka.

Aku tengok nombor ni macam kenal. Tapi takpe kita baca dulu untuk mengurangkan perasan dan perasaan.

“Assalamualaikum Hanan (bukan nama sebenar aku). Buat apa tu? Busy ke?”.

Eh eh dalam hati aku, siapa pula tanya aku busy2 ni.

Aku pun check dp whatsapp tu untuk memastikan betul ke tak tekaan aku sambil hati aku dupdap dupdap. Apasal hati aku nak berdebar sangat ni.

Reply jela, “sape ni nak tanya aku busy ke tak!”

Eleh.. Ternyata memang dalam hati je aku cakap macam tu. Dalam whatsapp aku jawab macam ni.

“Waalaikumsalam Hariz. Maaf lambat reply, Hanan kerja. Ada apa tu?”

Control…. Gila tak control. Padahal rasa nak nangis ni. Dalam hati, kenapa kau message aku ha setelah kau hancurkan hatiku ini.

Ceh drama sangat! Padahal suka. Hahaha..

Dia pun reply, “Takde apa. Saja tanya khabar Hanan. Hariz kat kampung ni. Tak sihat sikit ambil cuti.”

Dalam hati aku, “alah ni nak jemput aku kenduri kahwin dia la tu. Kalau tak kenapa nak whatsapp aku setelah 10 bulan tinggalkan aku. Nak kahwin tu kawin jela tak payah la nak ajak2 aku!”.

Lagi sekali, memang dalam hati je aku cakap camtu tapi aku tak reply macam tu pun kat dia. Hahahaha.

Being aku yang memang lembut hati ni walaupun dia pernah lukakan hatiku tapi aku masih balas dia dengan baik.

“Sakit? Sakit apa. Semoga cepat sembuh. Jaga kesihatan”. Aku jawab kat dia.

Walaupun aku nak reply panjang lagi tapi aku tak nak nampak excited sangat.

Kawal siket perasaan tu walaupun kau happy dia message kau. Hahaha.

Esok lusa tulat dia message aku lagi. Ajak sembang. Aku pun reply macam biasa.

Sampai satu hari tu aku tak tahan dah. Aku kena tanya jugak.

Aku pun tanya, “sebenarnya Hariz datang contact Hanan semula ni kenapa? Ada apa2 ke?”

Saja aku pancing. Pattern2 macam aku ni memang tak menyabor. Aku nak jawapan yang jelas tuntas dan pantas.

Dia pun jawab, “Hariz nak kita macam dulu”.

Lama aku tenung jawapan dia tu. Macam dulu? Dia nak kat aku ke maksudnya ni. Macam dulu tu macam kawan ke macam bakal jodoh?

Ehhh tiba2 rasa bodoh jela sebab nak mengurangkan perasan dan perasaan dihati. Takut tersasar nanti terluka lagi.

Lepas aku korek punya korek, dia pun jelaskan kenapa dulu dia tinggalkan aku, apa yang dia nak sekarang, macam mana keadaan dia sekarang.

Walaupun dia pernah tinggalkan aku. Tapi sebab aku suka sangat kat dia dulu, aku pun akui aku tak pernah buang dia dari hati aku. Ni aku cakap kat korang jela, kat dia aku tak cakap. Hahaha.

Aku terus cakap kat dia, aku tak suka buang masa dan hanya nak bercinta saja memang aku tak prefer. Aku nak nampak terus jalan hubungan kita ni menuju ke mana.

Lepas kitorang bincang, kitorang pun plan untuk bertunang dan selepas 6 bulan kitorang pun nikah.

Aku bersyukur alhamdulillah.. Suami aku masyaAllah suami yang sangat baik. Kami saling melengkapi kekurangan masing2. Tiada yang sempurna tapi segala aturan Allah itu sentiasa baik.

Lagi best suami aku cakap, lepas dia nikah dengan aku barulah dia betul2 suka kat aku. Berani kan dia buat pengakuan macam tu lepas dah dapat aku.

Jadi dari cerita aku ni, aku nak cakap bagi sesiapa yang menanti jodoh diluar sana. Doa tu no 1. Usaha tu no 1.1.

Jodoh ni memang Allah yang tentukan ikut aturan dia.

Sebelum aku terima semula suami aku dulu memang aku banyak istikharah mohon petunjuk Allah di samping aku solat hajat tentang jodoh aku.

Cuma adab kita berdoa pada Allah, mintalah Allah yang pilihkan. Pilihan Allah pasti terbaik. Tepat pada waktunya.

Suami aku banyak ajar aku menjadi hambaNya yang lebih baik, dan wanita yang lebih baik.

Dulu aku memang suka dia sebab dia hensem di mata aku. Tapi Allah beri aku lebih. Aku dapat lebih dari yang aku pinta.

Aku doakan korang semua dikurniakan jodoh yang baik yang membawa korang ke Syurga..

– Isteri bertuah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *