Assalamualaikum semua pembaca IIUM Confession. Terseksa sungguh hati aku sekarang ni. Superior tempat aku bekerja hari-hari memalukan aku.
Arwah suami meninggal dunia masa aku tengah mengandung 4 bulan. Aku merupakan lepasan ijazah dalam bidang kejuruteraan tapi belum pernah bekerja disebabkan berkahwin semasa masih dalam pengajian.
Selepas arwah suami meninggal dunia dan aku sudah melahirkan anak maka berpusing lah aku mencari kerja ke sana ke mari.
Aku merupakan rakyat negeri di bawah bayu. Kesusahan aku mencari kerja ni sampai merantau ke semenanjung tetapi tetap saja belum ada rezeki lagi.
Aku kesian tengok ayah dan mak. Selalu mengeluh anak sekolah tinggi tapi kerja pun tidak.
Nekad aku mahu mencari kerja dalam bidang engineering demi mahu membanggakan mak dengan ayah.
Tapi 4 bulan di sana pun masih belum bertemu kerja disebabkan musim pandemik sekarang ni. Aku ambil keputusan pulang ke kampung halaman sebab dah terlalu rindu dengan anak-anak.
Sampai saja di kampung aku memang dah pasang niat awal-awal dalam hati tak mahu memilih kerja. Kalau kerja kosong jurujual pun aku okay saja.
Sebulan di kampung alhamdulillah ada jawatan kosong dekat rumah. Company engineering juga tapi jawatan tu ‘general clerk’ saja.
Alhamdulillah memang rezeki 5 minit interview saja terus dapat kerja tu.nMelompat lompat kegembiraan yang tidak terkata. Lebih 3 tahun aku tunggu peluang kerja.
Hari pertama bekerja masih biasa-biasa saja. Masuk hari ke dua semuanya kelam kabut. Syukur saja aku mampu bekerja dengan cepat.
Jawatan ‘general clerk’ tu betul-betul ‘general’. Aku lah admin, aku lah account, aku lah purchasing, aku lah logistic dan macam-macam lagi.
Ini bukan company kecil ya. Company ni ada HQ di semenanjung. Aku ada dua orang superior. Sorang engineer dan sorang head account.
Lupa nak cakap. Company ni Chinese base. Aku wanita muslim pertama dorang ambil bekerja. Tapi aku tak rasa pun disisihkan sebab perkauman. Sedikit pun tak ada rasa macam tu.
Tapi head account aku ni tersangat lah cerewet orangnya. Kalau cerewet pasal kerja tu aku terima saja.
Bukan isu untuk aku sebab aku profesional. Tapi siang tadi aku memang dah tak tahan sangat. Dia jerit panggil nama aku sampai satu company boleh dengar padahal itu bukan salah aku.
Jerit sebab apa tau, pasal driver salah bawa balik statement dari supplier. Aku tak tau apa salah aku tapi apa yang aku boleh buat cuma minta maaf.
Satu saja rules wajib follow kalau dengan dia. Kau salah atau tak kau kena minta maaf.
Gantung bekal dekat kerusi meja makan di dapur pun dia jerit ye. Sebab tu kerusi dia katanya. Mana aku nak tau bukan ada nama dekat kerusi tu.
Dia jerit kata tak nampak ke dia selalu duduk kerusi ni. Aku jarang masuk kitchen kecuali nak masuk tandas. Bekal tu pun first time bawa haritu tu.
Pakai minyak wangi pun dia marah ye. Katanya tak semua orang boleh hidu apa yang aku pakai. Start dari dia tegur tu dah tak boleh pakai minyak wangi ye.
Ada sekali tu pakai baju warna hitam pun dia tegur. Company kata tu bawa sial. Tak boleh pakai. Manager pun tak pernah cakap apa-apa dengan aku tapi dengan dia ni semua benda aku buat tak betul.
Pujian tu memang haram la nak dengar. Belum pasal kerja lagi. Masuk-masuk saja kerja dia expect aku pandai buat semua.
Budak-budak lepasan SPM atau yang sejenis lembut memang aku tau 3 hari saja tahan kat sini lepas tu lari sebab tak tahan.
Ada sorang kerani jugak tempat aku ni tapi haram aku tak pernah dengar lansung head account ni marah dekat dia. Jerit jauh sekali. Sebab kerani tu sejenis kaki kipas. Semua benda dia nak kipas. Buat kerja kalau ada bos tengok saja.
Tapi yang tu tak kisah la sebab tak menganggu aku pun cuma rasa sakit hati tu tetap ada la jugak.
Baru-baru ni aku dari interview engineer dekat rumah aku jugak. Aku mohon sangat doa-doa dari kalian mudah-mudahan Allah dengar salah sorang doa kalian dan rezeki tu memang untuk aku.
Rezeki untuk mak ayah aku dan anak-anak kecil ku. Semoga Allah permudahkan segala apa jua kesulitan yang aku dan kalian hadapi sekarang.
– Ummi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit