Assalamualaikum, sebelum memulakan luahan saya ini saya ingin berterima kasih kepada IIUM Confession sekiranya luahan saya ini di siarkan.
Saya Kelly baru bergelar seorang ibu kepada anak yang comel yang baru berusia 3 hari.
Saya dah berkahwin dengan seorang lelaki yang sangat saya cintai, dan sanggup berkorban apa pun untuk sampai ke alam perkahwinan ini.
Boleh dikatakan sebelum berkahwin banyak yang saya korbankan yang saya rasa orang lain tak kan mungkin berbuat demikian….
Dimana saya pernah ikat perut berhutang sana sini demi membantu keluarga si suami saya ini, bahkan keluarga saya sendiri saya lupakan.
Sebelum kami berkahwin, suami saya pernah berkahwin dengan orang lain tanpa pengetahuan saya, dimana kami masih status pasangan kekasih,
Saya tahu dia berhak memilih, tetapi betapa sakitnya hati saya pada ketika itu, namun saya tetap menunggunya dudanya, kot jadi duda,
Tiada angin tiada ribut dia pun cerai dengan isterinya itu, dan untuk pengetahuan semua saya bukan punca penceraian ya, bah kan setelah tahu dia kahwin pada ketika itu, saya suruh dia jaga isterinya elok2 dan setia kepada isterinya.
Betul la kata orang cinta itu buta dan tuli…. Setelah mereka bercerai, si suami melamar saya jadi isterinya… dan saya terima itu.
Sepanjang perkahwinan 2 tahun saya sangat bahagia, tiada keraguan, tiada rahsia dalam dan luar (itu yang saya rasa)
Hinggalah masuk tahun ketiga saya hamil anak pertama kami… sejak dari itu saya mula rasa si suami seperti ada orang lain…
Kenapa saya kata begitu, disebabkan dia dah mula tidur lambat…. Dan asyik membawa telefonnya bersamanya.
Saya tidak tahu adakah ini naluri ibu mengandung, tetapi saya seperti merasakan ada orang ketiga tetapi saya tidak dapat buktikan.
Yang paling ketara sekali, dia selalu tidur lambat dan alasanya dia tak dapat tidur dan nak tengok cerita anime dia.. walhal saya tahu dia sangat letih dan ngantuk kerana boleh lihat dia akan tidur tengah hari.
Sikap dia juga mula berubah dingin dan suda tidak mengupdate kemana dia berada. Saya tidak tahu kemana silap saya.
Ada kalanya semasa dia menonton cerita dia itu saya intai dari jauh dan dari arah belakang, dia berwhatsapp dengan seseorang, apabila saya pura-pura ingin keluar dia cepat-cepat sorokan telefonya.
Situasi itu lagi membuatkan saya ragu-ragu dan berfikiran negatif. Sekarang saya rasa seperti terjerat.. nak tanya pun salah disebabkan tiada bukti, nak diam pun salah sebab hati tidak tenang.
Apa-apa pun saya minta doakan saya supaya dapat petunjuk yang saya tak perlu nak siasat macam nak gila…. Biarlah bukti2 itu datang dengan sendirinya.
Sekarang saya sudah tahap yang tiada rasa apa2, cuma minta dipermudahkan urusan, kalau itu yang Allah tentukan saya akur dan redha..
Kalau betul dia ada seseorang yang dia sayang saya minta untuk dilepaskan…
Sebab saya tak mampu untuk menjadi taat kepada suami sekiranya saya dimadukan, dan saya tahu tahap ekonominya, untuk bermadu tak mungkin mampu memberi nafkah zahir yang adil.
Saya juga ingin meminta pendapat pembaca dari iium confession, sekiranya ada cadangan yang boleh saya gunakan dalam menyelesaikan masalah saya ini.
Sekian…
– Kelly (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tahniah sis dpt cahaya mata.Selamat berpantang.Sis fokus jaga diri dan baby dulu ok.Fikir diri sis dulu.Saya fhm perasaan dlm pantang nie dgn sakitnya lagi dgn masalah suami pula.Jgn stress fikir pasal suami.Biarkan suami sis tu nak buat apa.Lantak dia.Fikir pasal baby dulu.Dah habis berpantang baru sis fikir pasal suami.Kalau betul apa yg sis rasa dan nampak sis kumpul bukti.Kalau betul suami sis ada perempuan lain mmg dia lelaki tak guna.Sebab sis sanggup berkorban untuk dia.Masa tu buatlah keputusan sis macam mana ya.Sekarang jgn fikir pasal suami fikir pasal baby je.Semoga yang baik untuk sis.Semoga semua urusan sis dipermudah.Aminm