Assalamualaikum semua para readers IIUM Confession. Aku Seroja, umur 28 tahun dan belum berkahwin.
Aku terpanggil untuk buat confession di sini setelah terbaca confession “murahnya panggilan sayang” (https://iiumc.com/murahnya-panggilan-sayang-ii/).
Aku rasa terkena orang yang sama!! Aku terkejut ye baca confession tu. Ya Allah sedihnya, bodoh nya aku. Belum jumpa pun aku boleh tersuka dia.
Dan serius, dia bukan scammer, dia memang wujud hensem dan comel macam confessor sebelum ni kata, tapi rupa rupanya dia buaya langit ketujuh!!!
Dia memang kerja dalam aviation tapi bukan lah pilot!! Yang aku tau dia pernah cerita dengan aku dia ada masuk akademi pilot tu tapi dia gagal.
Weh aku support je minat dia dalam aviation tu even aku tak reti pun apa benda dia cerita pasal aviation apa tah. Dia kata muka dia macam retis pun aku support nyah!!!
Kepada Adara, keep it that way. Jangan pernah buka ruang di hati awakk! Dia approach dengan semua perempuan yang dia nampak berperwatakan muslimah.
Hahahahaha memang favourite dia lah tu perempuan yang menutup aurat, tudung tutup dada, pakai Abaya. Hahahahahaha aku rasa geram dan lucu. Walaupun ada lah sedikit perasaan sedih.
Aku pun bodoh jugak, dia approach aku sama weh di tahun 2022. So, maknanya dia pun approach Adara tu lah!! HAHAHA bagus Adara jenis tegas.
Aku rasa Adara tak salah pun, mungkin dia layan sebab kesian je weh hanya layan sebagai manusia macam aku la pada mulanya hmmm. Tapi memang sebiji cara lelaki tu ajak aku in relationship.
Aku pun bodoh ingat dia serius weh. Dia siap kata “abang nak dengan seroja selama lamanya, jaga pakaian seroja selalu tau, i love you”
Aku balas i love you dia tu ya Allah. Aku rasa nak pukul diri sendiri. Adara tu bijak lagilah dari akuuuuu!!! Then lepas aku reply i love you tu dia pun cakap, “Alhamdulillah yeayy dah dapat Seroja” Entah kenapa masa tu aku happy siap tersenyum malu HAHAHAHA
Ye dia memang jenis clingy!! Tapi baru aku perasan. Dia lepas dapat tau kita ni suka dia, dia terus macam tak peduli je. Asyik asyik aku yang cari dia.
Kadang sampai seminggu dia tak ada cari aku. Aku yang mula cari dia, pastu pandai pulak cakap “Maafkan abang sayang, abang busy” entahlah busy tapi sempat pulak buat story.
Aku rasa aku yang bodoh kerana dibutakan oleh rasa sayang. Ye, dan aku pun sebenarnya tak pasti sangat dia kerja apa! HAHAHA kononnya aku nak menerima dia seadanya.
Memang dibutakan oleh rupa, sedihnya aku. Rupanya buaya. Aku ingat dia lain dari yang lain. Rupanya betul betul buaya. Semua dia nak ngam!!
Entahlah aku tak rasa sedih tapi geram dengan kebodohan sendiri. Aku ada dapat dm dari perempuan perempuan kat Instagram!! Dorang lagi berganda lawa dari aku wallawehh.
Dorang kata, lahhh lelaki ni memang selalu je reply story aku, tapi aku tak layan sebab macam something wrong je.
Ada jugak yang kata, “ko tak rasa ke dia tu main main je, eh red flag siot following dia tu asrama perempuan” Memang aku lah salah satu perempuan bodoh yang mudah perasan dan sayang. Yang lain cepat je dapat detect!!
Dorang pun ada screenshot chat WhatsApp, dm Instagram. Weh macam sama je cara dia layan aku dengan layan dorang!! Lagi clingy dia dengan dorang banding aku weh.
Aku tak pernah jumpa dia tapi aku boleh suka dia hahahahah. Pernah plan nak jumpa tapi kan, aku pulak yang malu tak ready nak jumpa. Ke sebab tu, dia cari orang lain???? Korang rasa?? Ehh tak tahulah!!
Aku tak tahu lah dia betul betul anggap aku sebagai girlfriend dia ke atau sama je dengan stock perempuan lain weh. Rupanya, dia pun ada ajak perempuan lain jumpa dia siap nak ootd bersama hahahah. Entah entah Adara tu kawan aku ke??
Tapi, ni jadi pengajaran untuk aku lagi lagi sebagai perempuan. Jangan mudah letakkan seseorang tu dalam hati, dan terbuai perasaan sebelum betul betul kenal hati budi lelaki, selagi belum pernah jumpa.
Bodohnya aku kan??? Boleh tersuka, boleh terus “in relationship “ HAIH..
Dah, jangan kecam si Adara. Korang kecam aku!!! Aku lagi naif dan bodoh dari si Adara Kesuma tu.
– Seroja (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit