Kuantiti Anak Vs Kualiti Anak

Setahun lebih usia perkahwinan dengan suami. Alhamdulillah kami dikurniakan seorang cahaya mata.

Kini sudah injak usia 7 bulan. Dalam setahun lebih perkahwinan suami sering menyatakan hasrat inginkan anak yang kedua.

Almaklum usia kami masing2 sudah masuk 30an pastilah suami tidak ingin lengahkan usia yang ideal untuk peroleh zuriat.

Tetapi emosi dan badan aku tak bersedia sepenuhnya lagi untuk menjadikan ia suatu kenyataan.

Sudah berapa kali aku pesan jarakkan 2 tahun kelahiran tetapi yang diratibnya adalah ‘anak tu rezeki’ lagi banyak anak lagi la melimpah ruah rezeki kita. Buntu.

Mana taknya dia bahas guna term agama aku bahas guna term medical views. Serupa masuk ayaq dua2 orang.

Selalunya aku end up dengan buat bodo. Bila dah banyak kali naik isu ni aku semakin bosan.

Perlahan2 aku sudah kurang bernafsu untuk bersama. Bukan kerana takut tapi lebih kepada rasa annoyed.

Part ni aku tau aku salah in term of isteri. Lama aku cari point macam mana aku nak bagi reason yang lebih logic supaya topik ni dah tak perlu jadi bualan.

Ku katakan anak yang sekarang fully EBM. If I pregnant again means anak sekarang PERLU berkongsi air susu dengan adiknya.

Kesian anak kita. Tak sampai usianya 2 tahun.

I maybe kena stop bagi dia susu dan gantikan dengan susu bancuh ja. Can you imagine that?

As long as air susu ni masih ada. Ini hak Aisya (our baby).

If susu ni masih berterusan itu rezeki Aisya. So if susu ni dah stop that means Tuhan kata rezeki Aisya untuk susu ni sampai situ saja.

Then we will think about another baby once susu I for Aisya dah stop. Aku tengok laki aku macam berfikir panjang.

Dia kata betul la you kata tentang orang c*** lebih pentingkan kualiti berbanding kuantiti. Now I know why.

Aku macam lega gila benda kat setahun dok discuss benda ni apasal la lambat sangat aku dapat idea untuk bagi reason macam ni.

Haha, jauh di sudut hati aku berharap agar Tuhan panjangkan rezeki Aisya untuk susu ni sehingga 2 tahun.

Ibu mana yang taknak susukan anaknya sampai 2 tahun. Tak semua ibu mampu BF sampai 2 tahun lamanya.

Respected to all moms out there. Kalau masuk groups moms ni banyak alkisah tersendiri.

Pahit manis masa carry the baby delivery baby tak kurang masa berpantang. Adoii banyak dugaan.

Try to be in their shoes and kita akan rasa very grateful dengan life yang ada sekarang.

– Chempaka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Ini pengalamab sy ye. Anak sy dua2 sy bf sehingga umur 2 thn. Alhamdulillah, memang jarang sakit/demam/batuk. Wpun dlm tempoh tu tidur sy memang xpenah nak cukup, tp sy puas sbb anak sy menyusu badan sepenuhnya. Jimat pun jimat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *