Kuasa 3 Doa

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku seorang gadis berusia 19 tahun. Anak bongsu dan mempunyai kakak dan dua orang abang. Since form one aku duduk asrama sampai form six. Cuma sekarang aku duduk rumah sebab tengah tunggu panggilan universiti.

Okay cerita aku ni berdasarkan pengalaman sendiri. Aku menulis daripada sisi seorang remaja mentah berusia 19 tahun yang baru nak kenal dunia ‘sebenar’. So kalau ada apa-apa kesalahan, ketidak-matangan dalam penceritaan aku, mohon dibetulkan.

Hebatnya kuasa doa yang pertama yang aku telah alami adalah masa aku form six. Ye lah masa umur macam aku ni lah ada perasaan nak bercinta, sayang-menyayangi dan sebagainya. Jadinya, aku pon ada perasaan yang sama. Suka dekat budak lelaki satu sekolah aku. Tapi aku sedar,aku masih belajar,masih ada matlamat yang aku kena capai selain fikir tentang dialah-cinta-matiku-hashtag-tilljannah. So aku tak mampu nak buang perasaan ‘suka’ tu. Jadinya aku rawat dengan doa. Doa apa? Doa yang masyhur tu. “Rabbana hablana min azwajina wa zurriyatina qurrata a’yun wajnal lil muttaqina imama” Aku amal tiap kali lepas solat sambil niat, “Ya Allah jika dia jodohku, datangkanlah pada waktu yang tepat dan bantulah aku jaga hatiku. Tetapi jika dia bukan jodohku, redhakan aku utk melepaskan dia” Tak lama lepas tu, aku rasa perasaan suka tu makin hilang dan aku rasa tenang sangat ! Alhamdulillah.

Okay kuasa doa kedua. Sebelum tu meh aku cerita tentang abang aku yang second (alang) . Dia nie jenis yang kurang bergaul dengan family. Suka memencilkan diri dalam bilik je. Kalau bercakap pon, tentang perkara yang penting sahaja. Jadinya enam tahun duduk asrama, aku kurang kenal sikap pendiam alang nih. Bila dah duduk rumah tunggu u, baru aku kenal sikap super pendiam alang. Jadinya aku tak suka sebab aku nak bercakap dan bergurau dengan alang macam mana aku dengan angah(abang first). So aku pon berdoa kpd Allah. “Ya Allah satukan hati-hati kami dalam kasih sayang semata-mata kerana Mu. Jauhkan kami daripada berpecah-belah dan jadikan keluarga kami keluarga yang sakinah,mawaddah & rahmah” Aku minta doa sungguh-sungguh. Alhamdulillah alang mula menunjukkan tanda-tanda positif. Dia mula bergaul & boleh bergurau dengan aku. Boleh tonton televisyen sama-sama & mula cerita tentang hal-hal peribadi dia. Alhamdulillah! Aku lah yang paling gembira dengan perubahan alang.

Okay ketiga punya cerita. Actually doa aku untuk cerita ketiga nie belum diangkat Allah lagi. Insha allah satu hari nanti. Cerita ketiga nih tentang angah. Dia berusia awal 30-an dan belum berkahwin. Bukan tak ada kawan, tapi entah seorang pon tak ‘lekat’. Aku terfikir, adakah sebab doa aku? Aku selalu akan berdoa, ” Ya Allah kurniakan aku,angah dan alang (kakak dah kahwin) pasangan hidup & zuriat yang soleh & solehah,”
Okay mesti korang tertanya apa kaitan doa aku dengan angah kan? Macam ni, angah ni bukan jenis yg solat penuh. On & off je. Kadang tak solat langsung. Bukan tak ada yang menasihati tapi jawapan yang beri, “Ahhh biarlah. Kita masing-masing kt kubur nanti,” Hurrmm. Aku juga pernah menasihatinya. Kataku, dia harus belajar menjalankan tanggungjawabnya terhadap Allah dulu, baru dia boleh bertanggungjawab terhadap manusia(berkahwin). Tapi yalah kata-kata budak mentah sepertiku tak diendahkan. Dia mahu jodoh yang baik tapi tak mahu berusaha memperbaiki diri? Maksudnya kat sini, aku doakan dia berjodoh dengan gadis yang baik,jadinya dia harus jadi baik dulu. Tapi dah sikapnya masih sama mana dia nak berjodoh lagi selagi tak ubah sikapnya kan? Aku harap korang faham apa yang aku nak sampaikan. Maaf kalau tak faham aku tak tahu nak explain macam mana. Hehe

Point dia berdoalah. Sebab doa pengikat hati yang paling utuh. Kadang orang tu tak kuat pon, tapi dia tetap kuat melangkah sebab dia dah jadikan doa sebagai senjata dia yang paling ampuh. Maaf jangan kecam ye, adik baru belajar! Hehe

– ulya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit