Assalamualaikum kepada semua readers setia IIUMC.. Hi, kenalkan aku Ciktom (nama samaran) fresh graduate dari salah sebuah universiti di utara Malaysia. Aku baru sahaja 2 bulan menamatkan pengajian dan Alhamdulillah sekarang sudah pun mendapat pekerjaan di salah sebuah industri dengan jawatan yang diidamkan. Alhamdulillah rezeki Allah itu luas.
Okay gais, berbalik pada tajuk diatas, ” The Power of Al-waqiah dan sedekah”, okay sebenarnya penulisan aku ni lebih kepada nak berkongsi tips dan pengalaman untuk semua orang, dan tak dak sikit pun niat aku nak menunjuk atau bangga diri. Haaa.. habaq siap2 sebab nanti kena kecam belagak pulak… kiki, tidak yaa, aku cuma nak berkongsi dengan semua. Aku tak da la hebat mana cumanya ni laa salah satu tips yang aku boleh kongsi untuk hampa amal kan, InsyaaAllah menjadi satu saham juga buat aku disana nanti.
Okay let’s start.. aku mulakan perkongsian dengan surah Al-waqiah dulu la yaa. Okay, sebenarnya kalau nak ikutkan aku rasa ramai ja yang tau pasal kebaikan, manfaat surah Al-waqiah ni dan aku juga yakin ramai orang yang amalkannya dalam kehidupan harian hampa. Tapi bagi yang tak pernah, hampa bole start amalkan dari sekarang. Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.
Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
Okay, petikan di atas aku google dari web yang sahih laa. So now, aku nak cerita pengalaman aku dengan surah kekayaan ini. Baiklah, aku start amalkan surah ni since aku belajar di matrikulasi, dekat matrik kadang2 ada hari aku tak baca sebab kadang2 ada kelas malam kan, balik pun dah petang, so bukan harian la aku amalkan. Tapi alhamdulillah, yang bukan harian aku baca tu pon Allah tak pernah putuskan rezeki aku, aku jarang amik duit parents sebab tak nak susahkan diorang. Budak2 matrik mesti tau, kami akan dapat elaun setiap sem tapi tak banyak pon mesti kena topup lagi kalau nak survive. Tapi aku alhamdulillah dengan duit tu aku bole survive setahun tanpa buat part time pon dan cukup semua keperluan.
2014 start aku masuk universiti aku dah jadikan doa ni rutin harian sampai la sekarang. aku akan amalkan surah ini lepas solat maghrib lepastu baru baca al-Quran. Alhamdulillah, dengan amalkan doakan ini terbukti ia membawa rezeki Allah dari pelbagai jalan yang tidak disangka2. Allah tak pernah putuskan rezeki aku dari segi duit, sama juga macam matrik, dekat uni aku amik ptptn dan sebolehnya tak amik duit parents.. aku selalu tolak tapi pastu mak aku akan sorok2 masukkan dalam purse. Aku ni bukan dari keluarga yang mewah jadi aku kena faham banyak benda dan consider banyak perkara. Duit ptptn pon tak da la banyak mana, start 2nd year aku dah buat part time, tapi tak selalu kadang2 jaa.. so dari duit tu aku tak saving pun, aku beli keperluan aku and belanja family.
Rezeki Allah sangat luas, aku selalu dapat part time yang diorg bayar sehari rm 100 tu.. banyak tempat dah aku buat, Alhamdulillah Allah bantu dan permudahkan setiap perkara. Okay long story short, sekarang aku baru dapat kerja setelah berminggu2 usaha berkat doa mak abah aku yang pertama, doa yang tak henti, usaha tawakal dan yang paling penting positif dengan Allah.. serious talk, bila hg positif dalam kekecewaan hg akan dapat rasa satu perasaan yang aku sendiri tak boleh gambarkan dengan kata2.. Allah indahnya :'( . Siapa saja yang tak pernah sedih kecewa ? semua orang dah pun rasa, cumanya tak semua dapat positif dengan perkara tu.. yakin laa Allah akan bantu kita cepat atau lambat saja.
Perkara yang penting lagi satu adalah sedekah… sedekah jariah, aku seorang yang berjimat untuk diri sendiri jaa, tapi untuk family aku tak pernah berkira (bukan nk bangga diri, tidak). Aku seorang yang sangat family person. Aku suka keluarkan duit untuk belanja family, adik beradik, tambah2 parents kita.. jangan sesekali pernah berkira, walau tak banyak mana pun duit usaha dan cuba untuk bahagiakan mereka. sedekah ni bukan duit saja, tenaga, masa semua tu pon sedekah jugak. Berbakti dengan ibu bapa ni inshaAllah Allah akan permudahkan perjalanan hidup kita.
Ada satu hari ni, aku tak kerja lagi.. aku p la bejalan ngn kakak aku beli keperluan diri sikit, dah membeli ni berapa la sangat tinggal kan duit kat tangan.. tapi perut lapar aku pon ajak la kakak aku g makan roti canai seringgit. aku cakap ” Kakak sorry laa sekarang ni ja aku mampu belanja roti singgit ngn teh ais ja dulu “, ( kakak aku boleh ja belanja tapi kali ni biaq la aku pula kan ) alhamdulillah.. esok lusa tu aku dapat kerja part time lg untuk weekend dan time aku keja tu aku dapat call dari satu company ni suruh aku datang kerja hari isnin. Ya Allah bersyukurnya aku tak terkata. Alhamdulillah rezeki Allah itu luas. Yakin dan percaya la dengan Allah, Allah bantu kita. Keep on positif. Gais doakan aku, semoga penulis karangan ini dipermudahkan setiap urusan hidupnya, bahagia dan sentiasa diberkati Allah. Semoga setiap urusan kita semua dipermudahkan Allah.
Thanks kepada yang sudi membaca, semoga perkongsiaan ini ada manfaatnya. Assalamualaikum.
– Ciktom
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit