Kuasa Allah

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin jika cerita saya ini disiarkan.

Baru-baru ni saya ada terbaca confession mengenai tanah pusaka. Saya pun ada cerita yang lebih kurang sama dan ini mengenai keluarga saya.

Saya tak mahu cerita secara detail sebab mengingatkannya pun menyakitkan hati.

Ceritanya, keluarga kami ada tanah pusaka yang diminta oleh extended family kami untuk pegang buat sementara waktu.

Ini kerana waktu tu ketua keluarga kami masih berada di bawah umur (ya, ini sebelum kami wujud di dunia ini lagi).

Diamanahkan tanah itu kepada si sepupu ketua keluarga kami. Dengan janji, tanah itu akan dipulangkan kepada ketua keluarga kami sebaik sahaja mencecah umur 18 tahun.

P/S: Ketua keluarga kami anak yatim piatu. Dijaga oleh nenek beliau. Makanya yang nenek beliau yang mengamanahkan tanah tersebut kepada anak saudaranya.

Dah nama pun manusia.

Tanah itu tidak dipulangkan. Amanah tidak ditunaikan. Malah dibuat umpama harta sendiri dan dibuatnya rumah menjadi tempat tinggal keturunan mereka hingga sekarang.

Paling tidak tahu malu, si pelanggar amanah tanpa segan silunya berharap untuk mati di Mekah. Setiap tahun menunaikan umrah dan haji, mahu tinggal di sana kalau boleh kerana mahu meninggal di bumi Allah.

Apa yang kau harapkan? Sedangkan harta anak yatim kau ambil.

Jangankan mahu pulangkan tanah tersebut, sepatah kata maaf pun tiada. Kelibat kau apatah lagi.

Allah Maha Besar.

Setiap kali si pelanggar amanah menjejakkan kaki di Tanah Haram, tidak pernah sekali pun dia sihat. Tidak mampu menjalani ibadah umrah dan haji dengan sempurna dan sebaiknya.

Tetapi sebaik tiba di bumi Malaysia, sihat seperti sediakala. Boleh berjalan dan makan umpama tidak makan setahun.

Masih tidak sedarkah engkau? Bahkan Tuhan sendiri tidak terima kau di Tanah Suci. Bahkan Tuhan mahu meningatkan engkau akan kesalahan lalu engkau.

Jangankan mahu mati di Mekah pun tak dapat, entah-entah tanah Malaysia sendiri yang muntahkan engkau nanti.

Keluarga dia sekarang sangat kaya. Hasil penggunaan tanah yang sepatutnya milik keluarga kami. Tanah tu sangat luas. Sebab tu keluarga si pelanggar amanah boleh kaya.

The funny thing is, jiran kami pun tahu kau duduk di atas tanah anak yatim.

Dan bila ada orang kampung beli sebahagian tanah tersebut daripada keluarga si pelanggar amanah, orang kampung tersebut sentiasa berbagi rezeki buah-buahan dan sayur-sayuran hasil tanaman di tanah itu dengan keluarga kami.

Malu keluarga kami menerima tetapi orang kampung bertegas.

Beliau tahu keluarga kami dianiaya, dan beliau tidak mampu untuk pulangkan balik tanah kerana beliau beli secara sah dengan keluarga di pelanggar amanah.

Apa yang mampu beliau lakukan hanyalah berkongsi rezeki di tanah tersebut.

Kepada keturunan keluarga si pelanggar amanah, if any one of you are reading this and not knowing the truth, do check with your family especially your grandparents or great-grandparents.

It might be your family. Terutama sekali keluarga di Pantai Timur. Yes, you. Kalau kalian tahu mengenai perkara ini dan tidak berbuat apa-apa, shame on you.

– Cu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *