Bismillah.. Assalamualaikum IIUM Confession’s readers. Aku cuma nak kongsi satu cerita.
Ok pastinya kalian dah baca tajuk dulu kan, so mesti kepala dapat agak aku nak cerita pasal apa.
This day, waktu petang after asar. Biasanya sebelum solat Asar aku mandi dulu lepas balik prep sebab yelah mana logik kan terus solat dengan badan lekit lekit plus bau hapaknya.
Biasanya memang aku tak dapat nak jemaah sebab time camtu mesti dah ramai solat, kalau ada jemaah pun aku follow jelah.
Rutin biasa, ada mathurat. Pengenalan tentang mathurat, mathurat ni himpunan doa yang telah disusun elok oleh Imam Hasan Al-Banna.
Kalau pergi kedai buku ke kan, tanya je kat pakcik kaunter tu, cik ada mathurat yang kecik kecik tu tak? Confirm dia tahu punya.
Ok share sikit sebelum masuk cerita ni okay. Mathurat ni sangat bagus kalau nak amalkan, sebab ada doa minta sihat, doa dijauhkan malas, dilindungi jin dan syaitan. It’s good for soul. MashaAllah.
—–
Berbalik pada cerita tadi. Lepas habis mathurat tu aku pun duduk kejap bawah kipas lol penat plus panas faham tak haha. Lepak jap sambil belek qur’an ke before balik asrama.
Kat situ aku stay lah dengan a few bebudak yang malas nak balik asrama jugak. Ok tetiba tengah duduk tu sorang kawan aku start cerita. She called me em nama olok olok jelah.
“Dee.. aku nak rant ah.”
“Apadia?”
“Kau tahu, parents aku ni jenis liat nak solat.”
Lol aku macam tersentak weh.pastu dia sambung lagi.
“Kau tahu kan, aku ni pun ikhtilat tak jaga, couple sana sini. Tapi aku ni nak tengok keluarga aku amalkan perintah Allah. Aku still cuba jaga solat aku.
Tapi mak ayah aku tu… kadang-kadang aku ajak adik aku solat, dah kuatkan suara aku sebab aku nak mak ayah aku tu terkesan sekali. tapi entahlah…”
Allah. Time tu jugak aku rasa nak nangis weh. Dulu aku fikir, aku je ke yang diuji seberat ujian..rupanya ada yang lagi besar. At least, keluarga aku masih terjaga dari segi solatnya.
“Weh, kau dah doa belum? Kalau kau takut nak tegur,kau doa kat Allah supaya digerakkan hati parents kau tu solat. Kuasa doa tu hebat tau.”
“hmm. Aku cuba, inshaAllah. mak aku pernah cakap, mak hantar anak mak pergi masuk maahad ni sebab mak nak anak mak berjaya dunia akhirat.
Tapi kalau diorang sendiri tak didik diorang sendiri macam mana aku dgn adik aku nak follow. Aku dahlah anak sulung. Aku tak kuat. Adik aku semua kecik lagi.”
——-
Sebulan lebih lepas tu. Time ni baru lepas balik wajib
“Deeeeeee! Happynya aku!”
“Yo…why?”
“Ingat tak aku cerita pasal parents aku? Kau tahuuuu? Haritu balik family aku semua solat berjemaah. Happy do. Cuma aku sedihlah sebab aku period time tu.”
Conclusion dia. Jangan sangka buruk pada Allah. Kalau kita hadapi kesukaran, face it. Minta Allah permudahkan. Kalau niat kita ikhlas, untuk benda baik. InshaAllah Allah akan tolong. J
adi, berdoalah. Memintalah. Kerana hamba tu memang bersifat lemah. Dan perlukan sokongan yang kuat iaitu dari Tuhannya, Allah. :-)
– Hydrangea (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit