Allahu, tak tahu nak mula dari mana sebab aku rasa sangat kagum dengan kuasa Allah.. SubhanaAllah.. Sungguh Allah Maha Pengasih Maha Penyayang, Maha Pemurah.
Kejadian hari ni betul-betul buka mata dan hati aku. Terasa begitu tersentuh, sebak tapi rasa syukur lebih dari segalanya. Betul la pepatah, rezeki yang sedikit walau dikongsi tanpa harapkan balasan terdapat seribu barakah.
Hari tu aku ada baca tentang confession tentang surah al-mulk dan al-waqiah yang mana confessor tulis bila mana kita baca surah tersebut dengan ikhlas dan tanpa harapkan balasan Allah, maka Allah beri tanpa kita sangka.
Sungguh, bila aku baca surah-surah tersebut tanpa harapkan sebarang balasan, hari ni Allah tunjukkan kuasaNya.
Aku seorang peniaga online kecil-kecilan, membuat kraftangan untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Semalam ada kawan aku tempah sesuatu untuk anak dia tapi dia susah nak datang ambil sebab tak ada kenderaan.
Jadi aku cakap pos je la senang tak susahkan dia nak bergerak. Dalam hati aku dah niat tak apalah postage aku niat sedekah.
Memandangkan dia pon hanya suri rumah. Lepas dah pos barang dia aku balik buat kerja macam biasa dan tiba-tiba muncul hamba Allah ni nak beli barang aku yang die dah lama tempah tapi dia tiada masa nak datang ambil. Dia bayar dan tak nak ambil baki, dia kata takpe dia halalkan.
Terus aku terfikir, Allahu, tadi aku niat sedekah untuk postage kawan aku, cepat pula aku dapat balik duit yang aku guna tadi malah lebih dari harga postage. Korang paham tak ni apa aku cerita. Maaflah kalau berbelit-belit.
Lepas tu, aku balik rumah, memang aku jenis suka check kotak pos tu walaupun tak ade surat ke apa. Haha. Nak dijadikan cerita hari ni, bila aku bukak kotak pos tu, ada satu sampul hanya tulis alamat rumah aku, excited la aku bukak.
Allah, aku dapat voucher kfc RM20 rupanya. Rezeki lagi wei hujung-hujung bulan macam ni. Memang terasa nak makan kfc tapi demi kelangsungan hidup sampai hari gaji nanti terpaksa tunda dulu. Alih-alih hari ni dapat voucer pula dari satu company sebab aku ada tolong jawab survey diorang hari tu.
Terasa sebak seolah-olah Allah menunaikan niat hati aku ni. Walaupun kecik nilainya tapi semua tu rezeki. Nikmat Allah apa lagi yang mahu didustakan Strootttt..
Next story, kan aku cakap aku ni peniaga kecil-kecilan, tiba-tiba aku terima tempahan demi tempahan dari customer.
Sampai aku rasa, Ya Allah, sungguh aku malu padaMu. Aku hanya hamba hina tapi sebegini balasan yang aku terima dariMu. Aku memang tak jangka lansung dengan kejadian-kejadian hari ni. Berkait-kait datang satu demi a satu untuk tunjukkan kuasaNya. :’)
Benarlah, dalam rezeki kita ada rezeki orang lain juga dan benar juga bila kita ikhlaskan hati tanpa mengharapkan sebarang balasan dalam apa-apa sekalipun Allah akan balas tanpa kita jangka. Terima kasih Allah.
Terima kasih kawan-kawan sudi baca. Semoga kita sama-sama beroleh baralah dariNya. Terima kasih.
– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit