Salam .. tq kalau conffesion ni disiarkan. Alkisahnye aku ada berkenalan dengan seorang hamba Allah ni dalam alam maya. Dia ni lah yang aku suruh jumpa mak abah aku memandangkan aku dah banyak kali dikecewakan sebelum ni. Bagi aku mungkin dengan keseriusan dia ni dapat mengubati hati aku yang berduka lara dulu tu. So dipendekkan cerita, dia ni sanggup terima cabaran aku untuk datang jumpa mak abah aku untuk sampaikan hasrat dia yang nak berkawan dengan aku. first time dia datang rumah aku tu aku kerja so yang ada dekat rumah hanya parents aku. Pada masa dan hari yang sama kami jumpa jugak lah sebab lepas dia jumpa parents aku dia terus datang tempat kerja aku.
Kami selalu berhubung melalui wassap. Makin hari aku makin sayang dekat dia. Bila sehari tak berhubung tu mula lah rasa tah apa-apa lah hati ni. Nak dipendekkan cerita, dia ni tiba-tiba berubah since dia pergi kursus.perubahan dia tu makin ketara lepas dia balik dari kursus. Aku nampak lah perubahan dia tu.aku tanya sikit dia jawab sepatah dengan nada serius.aku dapat rasa ada yang tak kena disitu.tapi aku ni abaikan perasaan tu cuba buat keadaan tu tak jadi keruh and then dia ni tiba-tiba tanya aku “pernah buat istikharah tak”. Aku dapat rasakan sesuatu disitu. Memandangkan sepanjang perkenalan aku dan dia, dia ada syorkan aku untuk buat istikharah. Dan masa sebelum hubungan ni bertambah keruh memang aku ada buat solat istikharah tu dan mungkin ini lah jawapan yang Allah berikan pada aku.
Aku direct jawab soalan dia tu memandangkan memang aku ada buat solat istikharah semasa tempoh perkenalan aku dan dia. Lepastu dia kata dia nak berubah jadi lebih baik..dia tinggalkan aku macamtu je.Kau boleh bayangkan tak betapa sakitnye bila kita tak tahu sebab munasabah dan terus ditinggalkan macamtu.kau boleh bayangkan tak rasa malu tu macam mana bila dah bawak jumpa family, bila family semua ingat yang kita memang serius lastly jadi macamtu. Tapi sejujurnya hati aku tenang lepaskan dia. Semuanya sebab jawapan yang Allah bagi dekat aku melalui solat istikharah yang aku buat tu.
Istikharah ni tak bermakna kau dapat mimpi.. bila urusan kau dipermudahkan, ditunjukkan jalan, tu pon dah dikira sebagai jawapan daripada solat istikharah yang kau buat. Betul lah bila kita lepaskan sesuatu kerana Allah hati kita tenang dan senang. Sebab aku percaya Allah akan gantikan sesuatu yang indah pada akhirnya.. so jangan malas atau rasa ragu-ragu untuk buat istikharah. Buatlah. Mintaklah petunjuk daripada Allah supaya kita keluar dari kekeliruan dan kecelaruan.
– Miss Nur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit