Tindakan memberi itu adalah tanda kasih. Semakin kita memberi, semakin dalam kasih sayang itu menyerap dalam jiwa kita.
Aku ada satu kisah tentang seorang lelaki muda yang bergelut dalam kehidupan. Dia hidup dalam kekosongan yang tak terisi, ibarat hilang arah.
Bukan sahaja solat lima waktunya yang tak sempurna, malah hubungan dengan ibunya juga sering bergelora. Ada saja pertelingkahan yang membuatkan mereka berdua semakin jauh dan renggang.
Hingga suatu hari, seorang sahabat yang prihatin menasihatinya,
“Kalau kau benar-benar mahu sayangkan ibu kau, cubalah beri sesuatu padanya secara berterusan, dengan ikhlas.” Kata-kata itu menusuk jauh ke dalam hati.
Malam itu, dia termenung lama. “Memberi? Bukankah aku sudah cukup banyak berkorban? Gaji pun hanya cukup makan.”
Namun, nasihat itu terus berputar di benaknya, seperti suara yang tak mahu pergi.
Dengan hati yang berat tapi tekad, dia mula perlahan-lahan. Setiap kali mendapat gaji, dia asingkan sedikit untuk diberikan pada ibunya.
Dia tunaikan setiap keperluan ibunya, walau terkadang dia terpaksa berkorban lebih.
Namun yang anehnya, setiap kali dia memberi, hatinya seolah-olah diterangi cahaya yang semakin terang.
Perasaan kasih dan hormat yang dulu pudar, kini menyala kembali. Dia mulai melihat wajah ibunya dengan pandangan yang berbeza. Penuh kasih sayang, penuh dengan penghargaan.
Dan ketika itulah, satu keajaiban berlaku. Dia terfikir, jika memberi pada ibunya mampu menyemai rasa sayang yang sedemikian, bagaimana pula kalau dia cuba “memberi” kepada Allah?
Dia mula merangka cara. Mungkin dengan meluangkan lebih masa pada Allah. Dia mahu mulakan dengan “memberi” melalui solat.
Maka dia mulakan, dengan perlahan. Setiap hari, dia akan duduk atas sejadah lima minit sebelum azan, menunggu dengan penuh sabar.
Sambil menunggu, dia mengalinkan zikir yang tak putus-putus. Baginya, itulah “hadiah” buat Allah. Tanda cinta padaNya.
Dan sesuatu yang indah terjadi. Lama-kelamaan, dia bukan sekadar menunggu, tapi mulai mendambakan detik-detik solat.
Setiap sujudnya terasa dalam, setiap lafaznya terasa hidup. Dia mulai mencintai solat, merasai kehangatan kasih Allah, dan hatinya dipenuhi ketenangan yang tak pernah dia bayangkan.
Anda juga punya seseorang yang ingin disayangi lebih mendalam? Baiki hubungan sesama manusia? Atau ingin perbaiki hubungan dengan Allah?
Mungkin sudah tiba masanya untuk cuba memberi, dengan sepenuh hati.
#
– Tina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
suka cerita ni. terima kasih.
Kot iya kau syok sendiri menulis ala novelists. Tak perlu guna perkataan melampau.
Kita manusia, sedar diri!
Kau siapa!? Verangan namatey “hadiah buat Tuhan” kau level apa nak tulis begitu? Boleh jatuh kufur.
Yang jenis berangan sedap berfantasi cam kau sukalah baca.
Acik hidup dunia realiti deknon
Khehmainz kuasa memberi.
Beri pada Tuhan?
Haiyioooooooo TUHAN TAK PERLUKAN MANUSIA. JUSTERU MANUSIA ITU YANG HINA PERLUKAN TUHAN!
Manusia tiada kuasa memberi.
Semua ALLAH YANG REDA DAN MUDAHKAN SESUATU ITU TERJADI.
DAPAT BUAT BAIK DAN MEMBERI ITU DATANG DARI TUHAN.
Kalau ALLAH tak reda dan rezeki kan kamu untuk jadi baik. Selama itulah kamu dalam kegelapan.
Merendah diri, sedar diri. ALLAH PANDANG HATI YANG IKHLAS BUKAN FANTASI PERASAN.
KAU SIAPA NAK LUANGKAN MASA DENGAN ALLAH? Kah kah kah kah
Allah yang pilih manusia mana dia nak jadikan hidupnya penuh kebaikan.
Solat wajib 5 waktu sehari semalam. Auto semua orang Islam wajib buat tiada istilah beri masa, luangkan masa
Yang ada cuma keutamaan, yang wajib buat dulu! Buat terus!
Masa pun Allah yang cipta.
Punah generasi baru dok baca penulisan kau yang meromantiskan ibadat sebagai umat Islam nih.
Benda wajib pon nak sama level beri macam Tuhan tuh manusia plak .kau dah kenapa?
Udah la generasi sekarang banyak jantan malas sembahyang. Tibah yang sembahyang rasa ujub pula baca penulisan kau.
Beri masa pada TUHAN yang menciptakan masa. KAH KAH KAH KAH
Berhenti bodoh, manja tak bertempat wahai bebudak Threads kaki tulis acah perasan berpengalaman dan terpaling berilmu. Suka guna English dan meromantis tidak kena pada tempatnya.