Kuasa Sedekah

Assalamualaikum… Aku perkenalkan diri aku sebagai carrot… Aku ingin share confession aku disini sebab kalau aku share dekat media sosial aku sendiri nanti dikatakan riak pulak…

Aku ingin share hebatnyer kuasa sedekah nie… Perkara nie baru sahaja berlaku pada diri aku…
Kipas siling dekat rumah aku sejak dua menjak semakin nazak dimane ianyer seperti minta untuk ditukar ganti setelah berkhidmat dengan kami bertahun tahun lamanyer… Thankkk youuu kipas sebab banyakkk sgttt jasa mu kepada kamiii sekeluarga… Ibu aku adelah menyuarakan hasratnyer untuk membeli kipas baru… Setiap hari aku ckp kat kipas, kipas tolong berkhidmat pada kami sampai aku gaji yer…

Dan hari gaji aku kipas langsung tak boleh berfungsi dan tamatlah riwayatnyer pada hari itu… Pandai kau kipas ea… Pagi2 sebelum aku pergi kerja aku dah ckp pada ibu… Nanti saya balik, ibu siap2 nanti kite pergi cari kipas baru… Petang tu aku cek online banking nak tgk gajiku sudah masuk ke belum… Sungguh terkejut aku bile aku tengok angka yg tertera berbeza dari angka2 gaji sebelum ini… Actually aku staff yg not entitle utk claim ot so maksudnyer gaji aku sama sahaja setiap bulan… Dan actually aku masih belum confirm dan tempoh percubaan aku adelah selama 6 bulan…

Pada hari itu aku baru sahaja memasuki 5 bulan bekerja… Aku terus tanyekan kepada hr kenape gaji ade lebihan dari sepatutnyer… Rupa2 nya aku telah diconfirmkan dan gaji aku dinaikkan… Syukur alhamdulillah… Aku cumer ingin hadiahkan kipas baru untuk keluarga ku tapi Allah gantikan balik nilai yang lebih besar dri harga kipas itu dan rezeki aku diconfirmkan…

Dan hari ini satu kejadian lagi berkaitan kuasa sedekah yang berlaku padaku… Pagi tadi sebelum berangkat untuk pergi kerja aku singgah untuk membeli sarapan… Semasa aku ingin membeli ibuku turut ada bersama disitu… Aku membeli sarapan untuk dibawa ke tempat kerja dan wang baki daripada lebihan pembelian sarapan itu aku berikan kepada ibu… Sesampai sahaja aku ditempat kerja….tiba2 officemate bagi duit… Aku tanyer ehhh ini duit untuk ape??? Dia : nie claim minyak kau yang pergi training haritu…company bagi…

Hahahahahahahahaha rezeki aku dipagi hari… Claim yg aku dapat tu 4 kali ganda daripada apa yang aku berikan kepada ibu ku sebentar tadi….terus aku memberitahu kepada ibuku mengenai ini…

Ibuku katakan pelaburan yang paling menguntungkan adelah pelaburan sedekah… Yakinlah dengan kuasa sedekah in sha Allah kite akan dapat pulangan yg luar jangka… Serius weyhhh rezeki dari sedekah nie adelah rezeki yang kite tak expect langsung pun akan perolehi… Kalau korang rase dengan sedekah akan mengurangkan jumlah rezeki yang korang ada itu ternyata salah… Malah dengan sedekah lah rezeki korang InshaaAllah tak akan pernah putus dan korang akan sentiasa akan rase cukup dengan rezeki yang korang perolehi tu…

Sekian coretan daripada aku… Semoga kita sama2 dijauhi dari sifat bakhil kerana disetiap rezeki yang kite perolehi terdapat rezeki insan2 lain juga disitu untuk kite sama2 berkongsi…

– Carrot

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *