Aku laila, 25 tahun. Dari perak. Aku seorang lone ranger. Atau lebih senang faham diri aku, aku seorang yang tk pandai bersosial. Pandai tu pandai, tp tak boleh buat secara naturally. Mesti ada fake2 sikit. Tambahan lagi, aku ni seorang yang cepat panik dan menggelabah bila aku datang rasa malu. Hahaha. Pegi mana2 mesti sorang diri. Dari tadika, sampailah zaman universiti ni. Tipu la kalau takda kawan langsung. Ada, tapi sekadar kawan tegur2 bila terserempak tu je la. Aku takda bff mcm org lain. Yg boleh berkongsi cerita, yang boleh bergelak ketawa sama2, yang boleh gosip2, yang boleh selfie sama2, yang boleh overnight sama2 apa semua.
Honest speaking, kadang2 aku cemburu jugak tgk orang lain yg happy berkawan, pergi mana2 berteman. Tp makin lama, aku jadi okay dan selesa mcm ni. Mungkin Allah tak beri aku rezeki dlm persahabatan, tp dia bagi dgn cara lain? Mungkin aku akan dpt jodoh yg baik2 satu hari nanti? Mungkin aku akan disayangi family aku satu hari nanti? Aminnn. Walaupun skrg aku rasa tak diperlukan sangat pun dalam family. Adik, abang, dan kakak aku selalu perlekehkan aku. Tapi aku tahu dorang syg aku. Hehe. Cuma kadang2 hati aku tisu sikit bila dorang bahan2 aku. Mungkin tu semua normal, tp biasa la kan… org mcm aku mesti sensitif lebih. Kalau aku sedih hidup sorang2, mesti aku akan pujuk hati aku balik dgn berfikir mcm tu. Aku percaya, Allah akan hadiahkan aku pelangi lepas dia dtgkan ujian yang dia bagi kat aku sekarang. Rezeki kan ada macam2 bentuk.
Aku tak ada nak luah apa sangat. Aku saja nak share kehidupan harian aku mcm mana. Mana la tahu ada yang sama mcm aku dlm group ni. Aku nak buat pape semua sorang2 tau. Pergi shopping sorang2 je. Aku naik bas nak pergi mana2. Family duduk jauh sebab aku belajar kat perak, family kat melaka. Nak ajak adik n kakak keluar pun, tak boleh kan. Haha. So aku hadapilah semua seorang diri. Oh ya, aku ada boyfriend, tapi boyfriend aku sentiasa sibuk, dia tgh sambung Master. So aku tak boleh la nak kacau dia selalu. Aku buat semua sorang2 je. Bila aku bosan duduk rumah, aku tengok la movie ke, main fb ke, tengok tv ke, tidur ke. Yela, tak ada sapa ajak keluar kan. Kita buat la hal sendiri. Kalau nak makan pulak, aku selalu berlapar sebab aku malu nak keluar sorang2 beli makanan. Yela, mcm aku cakap first2 tadi, aku ni pemalu orangnya. So kadang2 tu sampai seminggu tak jamah nasi, hanya makan benda2 ringan mcm maggi dan makanan2 ringan je utk alas perut. Kadang2 sampai menangis bila tak boleh tahan lapar.
Korang doakan aku kuat tau hidup mcm ni. Aku takut aku rasa sunyi mcm dulu dan lead aku ke arah depression. Korang doakan aku kuat bila orang kutuk2 aku, mengata2 cakap aku ni “takda life” tau. Sekarang aku nampak la improvement dlm diri aku, aku boleh kawal pemikiran aku, aku boleh selesakan diri aku hidup mcm ni. Dan aku harap aku akan sentiasa okay dan kuat. Aku taknak sedih2. Nanti tak cantik dan untuk korang kat luar sana yang hadapi ujian mcm aku ni, aku percaya korang kuat dan korang boleh berdikari. Aku doakan korang mampu happykan diri sendiri tanpa harapkan bantuan sesiapa. Percayalah, Allah akan ganti kesunyian kita ni dengan sesuatu yang baik one day. Jangan pernah berhenti berharap. Allah tahu apa kita rasa, dia takkan aniaya hamba dia.
Much love, Laila S.
Xoxo
– Laila Kuat
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit