Kuatkan Aku

Assalamualaikum.

Aku seorang wanita berusia 26 tahun. Berstatus janda. Selepas 1 tahun kawen aku diceraikan oleh suami aku.
Punca penceraian adalah salah aku sendiri.

Aku dan bekas suami mula berkenalan pada tahun 2010 di laman social chatting. Kami tak pernah berjumpa sepanjang berkawan. Selepas 1 tahun kami berjumpa dengan secara tak sengaja. Sejak itu kami mula rapat. Dari kawan ke babak percintaan.

Dalam bercinta selalu saja kami bergaduh. Dia selalu ignore aku. Jarang mesej jarang call. Jumpe apetah lagi. Aku di selatan dia di utara. Tapi okay saja walaupun bercinta tapi jarang berhubung sebab aku boleh concentrate study.

Habis study, dia ajak aku tunang. Kami bertunang. Masa ni dia dah kerja di KL. Dan aku di kampung masih mencari kerja. Dugaan bertunang sangat mencabar. Banyak kali aku ditinggalkan tanpa berita. Berbulan kemudian dia akan cari aku kembali. Banyak kali kami gaduh. Tapi aku sabar sebab aku sayangkan dia.

Lagi beberapa bulan nak kawen. Hubungan kami makin baik. Dia dah berubah sikap dari seorang yg ignorance kepada lelaki yg caring. Aku sangat2 bahagia. Tapi apakan daya dugaan terbesar datang saat aku dan dia lagi 2 bulan nak mendirikan masjid. Dia disahkan HIV positif. Tuhan saja tahu perasaan aku masa tu. Dia terkejut dan sedih. Aku buntu. Semua persiapan kawen dah kami siapkan. Kad sudah diedarkan. Katering dah tempah. Pakej bridal dah bayar. Aku doa kat Tuhan. Aku terima ujian ni. Aku tahu dia perlukan sokongan aku. Tapi dalam masa yg sama aku takut masa depan aku. Benda ni kami rahsiakan dari keluarga dan kawan2.

Kami teruskan juga perkahwinan ni. Tapi aku kena sabar sebab kami tak boleh bersama. Nak impikan ada anak pon aku tak boleh. Setiap kali tgk kawan2 update tentang pregnancy and anak aku jadi sedih sangat. Sebab aku tak boleh.

Untuk dapatkan anak Dia perlu dptkan rawatan HAART. Kena makan ubat ontime. Kena konsisten selama 6 bulan ke 1 tahun. Sampai virus HIV undetected. Tapi aku manusia biasa. Aku perlukan belaian seorang suami. Setiap kali aku minta aku tahu dia kecewa. Kami selalu bergaduh. Dia langsung tak nak sentuh aku. Even sedikit skinship pon dia tak suka. Aku sedih sangat2. Jiwa aku kosong. Dia buat hal dia. Aku buat hal aku. Handphone dan barang2 dia, dia tak suka aku sentuh.

Dia jarang endahkan aku. Tak pernah ambil tahu tentang aku. Pergi mana2 tak pernah bagitahu. Pernah sekali dia suruh aku balik kampung. Sebulan aku di kampung langsung dia tak tanya khabar. Call wasap langsung xde. Kalau aku wasap dia balas nak tak nak. Bila aku call. Aku kena marah sebab ganggu dia main game. Aku cemburu lihat kawan2 yg lain bahagia.

Badan aku makin kurus. Muka cengkung dan kusam. Ramai kawan tanya kenapa sejak kawen makin kurus. Aku makan hati dengan sikap suami aku. Dalam masa yg sama aku salahkan diri aku yg tak sabar. Tak paham situasi suami aku. Aku tahu dia tak mampu bagi nafkah batin tapi aku nak kan hanya perhatian dan kasih sayang saje. Walaupun begitu dia tetap layan aku dengan baik. Dia sediakan rumah yg selesa untuk aku. Dia sediakan perkakas rumah. Dia beli barang dapur. Dia cuba bahagiakan aku dengan material. Tapi perhatian dan kasih sayang kurang.

Dia mula tidur asing bilik dari aku.
Makin lama emosi aku makin tak stabil. Setiap malam aku menangis mengenangkan sikap dia. Sampai 1 tahap kesabaran aku dah tak tertanggung. Kami gaduh dan ada salah faham sedikit. Aku nekad keluar rumah tinggalkan dia.

Dia marah aku sangat2 sebab aku tinggalkan dia. Aku isteri derhaka. Aku cuba pujuk dia. Aku mintak ampun dengan kesilapan yg aku dah buat. Dia taknak terima dan ceraikan aku.

Aku redha. Aku tahu ini salah aku. Sekarang aku nak mulakan hidup baru. Aku cari kerja baru pergi tempat baru. Aku ingat aku kuat. Tapi tak. Aku sangat2 lemah. Aku menangis setiap hari sebab rindukan dia. Aku risau kesihatan dia. Aku asyik salahkan diri aku sebab tak dapat jadi isteri yg baik untuk dia.

Doakan aku jadi lebih kuat. Aku tak tahu nak hadapi dunia kat luar sana dengan tittle yg aku bawa sekarang.

– Magnet

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *