Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada warga IIUMC semua. Terima kasih admin kerana siarkan luahan aku ini.
Aku S, berumur 20-an. Anak sulung daripada dua adik beradik. Bekerja dalam sektor swasta selama dua setengah tahun.
Sebenarnya aku perlukan kata-kata semangat dari otai-otai semua memandangkan aku ni tak banyak pengalaman dalam dunia pekerjaan. Aku rasa semakin hari semakin kurang motivasi aku dalam diri bila berada di tempat kerja.
Di sini aku jelaskan serba sedikit ya (panjang juga sebenarnya). Aku bekerja di sini sebagai staf junior pada awal nya.
Alhamdulillah aku bersyukur sangat lepas je grad dari Universiti, aku dapat kerja terus. Tak perlu tanam anggur lama-lama. Setelah beberapa bulan bekerja aku dapati firma aku ni ada masalah kewangan.
Perkara itu serba sedikit merisaukan aku tapi aku kerja macam biasa je. Menimba ilmu dan perkara baru mengenai kerja-kerja di firma tu. Aku seronok sebab dikurniakan seorang senior yang baik dan banyak tunjuk ajar.
Untuk pengetahuan semua, pekerja di firma aku ni tak ramai. Pekerja 3 orang dan seorang bos.
Pada hujung tahun 2018, seorang pekerja yang aku panggil Abang Y telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung halamanya untuk berniaga. Hal ini disebabkan gaji kami selalu lambat. Masalah kewangan makin hari makin teruk pada waktu itu.
Aku ada bertanya mengapa boleh jadi sampai macam tu? Kenapa projek jalan tapi duit tak berapa nak ada. Akak Z ada bagitahu aku yang dulu bos ada terguna duit office untuk kegunaan sendiri. Tak dapat nak pusing modal duit tak ada katanya.
Jadi, tinggallah aku berdua dengan Akak Z. Uruskan kerja Abang Y sendiri. Aku terpaksa ke hulu ke hilir hantar surat, pergi bank lepas tu balik office sambung kerja aku semula tapi bos ada lah bagi duit minyak motor aku, Alhamdulillah.
Perkara ni kadang-kadang buat aku jadi letih. Kerja aku bertambah memandangkan projek baru masuk tambah pulak kerja-kerja abang Y. Balik rumah aku rasa letih sangat. Terkejar-kejar ke sana sini. Aku paham bos nak cut cost tapi, tak terdaya juga kalau tiap hari macam tu.
Mengenai projek baru masuk tu, aku handle. Mula-mula Akak Z ada ajar sikit-sikit lepas tu dia serahkan pada aku. Sebab dia pun banyak kerja. Memang banyak.
Gaji macam biasa lambat. Ada sebulan gaji tu drag ke bulan seterusnya. Aku ingat dapatlah double bulan tu maksudnya gaji bulan lepas dan bulan ni. Tapi hampeh. Dapat yang bulan lepas je. Masih tertunggak sebulan gaji.
Tapi Alhamdulillah Allah murahkan rezeki aku menerusi perniagaan kecil-kecilan aku. Setiap hari cuti Sabtu dan Ahad aku buat COD.
Aku belajar mem-baking dan sambutannya Alhamdulillah boleh tampung perbelanjaan aku. Dapatlah aku bayar dulu rumah mak aku, beli barang dapur sikit kadang-kadang kirim duit dekat adik masih belajar.
Dekat office pulak, aku dimaki, dimarahi, diperli oleh client-client yang tiap kali call tanya progress kerja mereka. Aku STRESS sangat. Rasa macam kenapa aku yang dimarahi?
Bos aku yang suka tangguh-tangguh kerja. Bila kerja dah nak siap nak buat proses yang kena guna duit ayat dia “hold dulu”. Bila hold kerja tu kena denda sebab tak dapat nak diselesaikan pada tempoh yang ditetapkan.
Bukan aku tak cari kerja lain, tapi belum rezeki. Berpuluh-puluh IV aku pergi tapi belum sangkut. Aku hanya dapat luah pada mak aku je. Mak aku sangat memahami aku. Terubat sikit apa yang aku pendam selama ni.
Hari berganti hari akhirnya Akak Z bagitahu dia pulak nak berhenti, dapat kerja baru. Aku dengar berita tu terus aku nangis dan start fikir apalah nasib aku selepas ini. Aku tiada tempat nak rujuk pasal kerja sebab jenis bos aku suka bertapa dalam bilik, tak tahu sangat pasal IT.
Siapalah aku nak menghalang Akak Z dari berhenti kerja. Aku pasrah jelah, tapi bos aku ada jugak pujuk-pujuk Akak Z sebab Akak Z dah lama kerja dengan dia dalam 2 dekat lamanya.
Dalam tempoh sebulan lebih bermula lah episod aku kerja SORANG-SORANG dalam office tu. Kerja berlambak-lambak.
Bayangkan aku kena handle sendiri. Masa tu aku fikir nak berhenti kerja je. Tapi tiap malam bila aku pandang muka mak dan adik aku, aku rasa sedih dan tak berguna. Aku kena kuat dan terus kerja macam biasa demi tampung keluarga kecil ni.
Tapi Allah je tahu, tiap hari aku nangis dekat meja sambil buat kerja. Dengan tak faham pasal fail-fail Akak Z tinggalkannya, dengan bos yang tak tahu pasal IT dan pasal fail-fail tu, aku jadi bertambah stress.
Ada jugak Akak Z reply wasap aku tiap kali aku tanya pasal kerja tapi susah sikit sebab dia baru kerja. Jadi aku kena pandai-pandai sendiri.
Ada jugak 4 kali dia datang office ajar aku sikit-sikit pada fail lama dia. Tapi aku tak menang tangan. Client masih lagi marah-marah, pemaju kejar deadline. Bulan 1, 2020 adik aku cuti sem, dapatlah dia temankan aku kat office ni.
Ada satu hari tu Akak Z wasap aku, suruh aku tanyakan kepada bos gaji dia yang tertunggak tu, tak tahulah aku ni b***h sangat pergi mintak gaji tertunggak untuk bahagian Akak Z tu je. Bila dah settle apa semua, baru teringat yang gaji aku pun tertunggak.
Bila aku ceritakan pada Akak Z, dia cakap trylah mintak dengan bos. Tengok buku cek yang dia tulis tu. Dia pun tak ingat (memang tugas dia selama ni handle gaji).
Bila aku bagitahu bos, bos kata dia hanya berhutang dengan Akak Z, aku pulak masa tu tak tahu sangat pasal cek atau bukti kukuh yang lain sebab Akak Z kata, “dah lama akak tak tanda atau tulislaaa” Aku bertambah sedih. Takpelah aku malas nak argue lagi.
Macam-macam dalam kepala ni nak fikir, fikir tu bab duit lagi, jumlah sebulan gaji lepas tu aku pulak ambik alih jaga akaun (takut dicop penipu) jadi aku tak ada bukti kukuh hmm. Salah aku juga sebab tak terus tanya pada bos masa mintak gaji Akak Z tu.
Lepas peristiwa tu, PKP dilaksanakan dan aku mula WFH, dapatlah aku lupakan sekejap masalah dekat office tapi sekali lagi rasa macam nak berhenti, nak mulakan bisnes aku.
Tapi, bila terkenangkan nasib Akak Z yang baru diberhentikan kerja oleh majikan baru dan banyak artikel ramai yang kena kehilangan kerja tu belum bab ekonomi lagi, aku jadi takut dan lupakan niat nak berhenti tu.
Jadi, aku kumpulkan kekuatan aku, kerja macam biasa walaupun aku rasa macam dah tawar hati dah nak kerja sini. Aku harap kalian semua dapat berikan sokongan moral kepada aku. Aku perlukan kata-kata semangat. Bantu aku.
Maaf sebab aku tulis panjang sangat. Terima kasih sudi baca ya.
Sekian,
– S (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit